Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Thursday, November 24, 2016

3 Jenis Manusia yang Diperlukan untuk Berjaya



Pada tulisan kali ini, saya ingin menulis mengenai 3 jenis manusia yang sangat diperlukan oleh Usahawan untuk berjaya. Jika anda baru nak bertatih dalam bidang keusahawanan. Pastikan anda cari 3 jenis orang ini dengan apa cara sekalipun. 

Jalan anda akan menjadi jauh lebih mudah dengan adanya 3 jenis manusia ini. Siapakah mereka? 

1. Mentor 

Mentor atau guru adalah sesiapa di sekeliling anda yang lebih tua dan telah berjaya bagi anda. Orang seperti ini tidak semestinya hanya seorang. Anda boleh mencari ramai orang, seolah-olah mencari ramai guru untuk mempelajari ilmu-ilmu tertentu. 

Anda perlu juga tahu cara membezakan ilmu dan sampah. Kekadang mungkin anda perlu melaluinya baru anda tahu samada ini ilmu atau sampah. 

Contohnya, jika mentor yang anda ada pernah ditipu oleh orang Pakistan, maka mungkin dia akan menyatakan kepada anda bahawa "orang Pakistan tak sesuai untuk perniagaan. Jangan sekali-kali berurusan dengan mereka". 

Kenyataan seperti ini mungkin betul, mungkin juga sampah. Tetapi anda harus mengambil langkah berjaga-jaga jika ditakdirkan membuat perniagaan dengan orang Pakistan. 

Tetapi dalam banyak keadaan saya lihat, kesimpulan yang dibuat oleh orang yang lebih tua kebanyakannya betul (orang Pakistan hanya contoh semata-mata). 

Mempunyai seorang mentor adalah seperti anda berdiri di atas bahu gergasi yang besar. Anda tidak perlu melalui pengalaman 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun. Anda hanya perlu tahu tips-tips ini dari orang yang layak memberi tips. 

Saya secara peribadi agak bersyukur kerana saya mempunyai ramai rakan yang dua kali ganda umur dari saya. Dan saya mendapat banyak tips-tips berguna dari mereka. 

Jadi sebagai usahawan baru, cari mentor anda. Jika tidak, anda akan menghabiskan 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun melakukan kesalahan yang tidak perlu. 

2. Rakan Sekeliling yang Berjaya 

"Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk" 

Apabila dua insan bertemu, mereka akan saling mempengaruhi antara satu sama lain, walaupun dalam aspek yang baik mahupun jahat. Ini reality. Terima ini sebagai kebenaran. 

Jadi untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu mengelilingi diri anda dengan orang yang berniaga, jika lebih baik, orang berniaga yang berjaya. 

Anda harus lakukan apa saja untuk ini. Jika anda kekal mengelilingi diri anda dengan orang yang bekerja makan gaji, semangat anda akan luntur. 

Ini boleh difahami dengan mudah apabila kita lihat apa yang dituturkan oleh pekerja dan peniaga. 

Pekerja biasanya akan merungut mengenai gaji, boss, politik pejabat, masa cuti yang singkat, dan akan bergembira jika diberi bonus, kenaikan pangkat atau mendapat tawaran kerja baru. 

Manakala peniaga pula akan merungut mengenai sales yang jatuh, perniagaan yang tak menjadi, pengurusan perniagaan yang salah, barangan lambat sampai dan peniaga akan bergembira jika sales meningkat naik, perniagaan yang dirancang menjadi, pelanggan puas hati atau membuka cawangan baru. 

Jadi pekerja dan peniaga dalam dunia yang berasingan. Untuk jadi peniaga, kelilingi diri anda dengan golongan peniaga. Mereka akan lebih memahami anda dan anda juga akan lebih memahami mereka. 

Kongsi masalah dan kongsi pengalaman bersama mereka . 

3. Super-connector 

Golong ketiga pula adalah super-connected. Super-connected adalah orang yang mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan. Mereka ini mudah dikenali. Ciri-ciri mereka adalah mereka mesra dengan semua orang, mempunyai ramai kawan, tidak mempunyai cita-cita tinggi dan selesa dengan kehidupan yang ada. 

Sebagai usahawan kita mempunyai cita-cita tinggi, jadi kita boleh gunakan orang super-connector ini untuk mengenali orang yang kita perlukan. Mengunakan di sini tidak bermaksud mengeksploitasi. Menggunakan dengan niat yang baik. 

Jaga super-connector ini sebaik mungkin. Berikan mereka keselesaan untuk bersama anda. Cuba selesaikan masalah mereka. Biasanya masalah yang mereka hadapi mungkin dari aspek kewangan. Anda boleh belanja mereka makan setiap kali keluar bersama. Ini sudah memadai bagi mereka. Mereka tahu bahawa mereka tidak mengeluarkan apa-apa modal apabila bersama anda. 

Melalui mereka ini, dapatkan contact yang perlu pada waktu yang perlu. Ini bermaksud, anda seolah-olah meminta pertolongan dari mereka. Jika mereka kenalkan dengan orang yang kita perlukan. Ucapkan terima kasih. Sentiasa kenang jasa mereka. 

Orang yang bersyukur akan ditambahkan rezeki mereka.

Saturday, November 12, 2016

Cerpen : Rahmat Allah


Singgah MYDIN cari barang. Puas pusing.
Akhirnya jumpa barang. Berjalan menuju kaunter.

"Adik, ada kad MYDIN tak?" Satu suara menyapa.

Aku menoleh. Seorang makcik lingkungan umur 40-an.

"Maaf makcik, saya tiada kad MYDIN." Jawabku.

"Oh. Makcik ada kad. Tapi hari ini tertinggal pulak." Ujarnya lagi.

Kulihat bakulnya penuh barang. Terbit rasa kasihan dihati.

"Tapi makcik, saya ada kad lain yang boleh buat potongan harga barang. Cuma, barang tu saya kena bayarkan. Sebab ini kad siswa universiti." Tuturku pula.

"Oh. Ye ke? Ok. Terima kasih dik." Senyumannya sampai pipi.

Aku bahagia melihat senyumannya. Seakan perasan gembira dalam dirinya mengalir juga kedalam diriku.

Ramai orang disitu. Kami terpaksa beratur panjang. 

"Ramai orang lah dik. Takpelah dik. Tak payah lah." Ujarnya rasa bersalah.

"Eh. Takpe makcik. Okay je." Tuturku pula.

Pipinya kembali berhias senyuman. Aku membalas senyumannya. Tapi tidak pasti dia mampu melihat atau tidak. Senyumku tersembunyi disebalik kain. 

Senyumannya semakin melebar. Aku yakin dia boleh membaca senyumanku ini. Dulu, dua perkara aku risaukan jika berniqab. Mad'u takut didekati dan senyumku tak dapat dilihat oleh manusia lain. Sedangkan dua benda itu, penting dalam hidupku.

Aku suka bergaul dengan sesiapa saja yang baru kukenal. Aku juga suka sebar senyuman. Senyuman itu satu sedekah. Sedekah yang tidak perlukan modal. Senyuman itu adalah cara kita menyebarkan cas-cas positif kepada orang.

Bahagia itu sesuatu yang boleh berjangkit. Bila kita senyum, orang lain tertarik untuk senyum. Senyuman itu sesuatu yang gembira. Bila orang lain gembira, kita akan turunt gembira.

Sedangkan kata habib Ali, memasukkan sesuatu yang gembira kedalam hati manusia yang bersedih itu, sesuatu sedekah. Mudahnya bersedekah dengan senyuman.

Setelah sekian lama memakai niqab, aku rasa sama saja keadaannya. 

Makcik ini tidak rasa takut dengan aku yang tinggal mata dua biji saja ni. Dia tegur ramah saja. Tidak negatif. Alhamdulillah.

Yang perlu diperbaiki olehku adalah persepsi. Aku perlu yakin sesuatu. Iaitu bila kita niat lillahi'ta'ala, I'Allah semuanya Allah akan permudahkan. Cumanya, niat itu kena selalu diperbetulkan. Niat itu mudah tersasar oleh banyak keadaan. Kerana itu ianya perlu sentiasa diperbaiki. Terutamanya bila tentang niqab. Silap cara, mudah terkena fitnah.

"Beli apa tu dik? Soal makcik itu lagi.

"Losyen Pati halia makcik." Jawabku lagi.

"Nak buat apa?" Berkerut dahinya.

"Oh ini saya beli untuk adik saya. Dia teringin nak kurus." Ujarnya ku bersahaja.

"Oh.. dia angguk kepala. Faham.

"Makcik minta maaf ya, buat adik terlambat." Tuturnya lagi. Belum habis rasa bersalah.

"Takpe makcik. Takde masalah la. Ok je." Aku menenangkan hatinya.

Dia senyum lagi. Murah dengan senyuman. Memang aku rancang sekejap saja singgah. Setelah itu, aku perlu berkejar jauh lagi ke bandar. Ada Usrah. Tapi, aku di pertemukan oleh Allah, seseorang yang boleh aku beri kebaikan padanya. Aku akan utamakan dia. Untuk tunaikan hak sebagai saudara semuslim. Kerana aku cintakan sebuah perkenalan.

Keadaan yang berlaku ini, buat aku teringat akan suatu kisah. Kisahnya memberi motivasi padaku untuk membina peribadi dan personaliti diri. Buku padanya ada hikmah. Tulisan oleh Dr. Muhaya dan Baharuddin Bekri.

Tajuk kecil buku itu mengenai topik hati.

'Hatinya Itu Terlalu Besar.'

Penulis buku itu seorang yang begitu percaya pada Rahmat Allah. Rahmat Allah boleh turun dalam pelbagai jenis kebaikan yang dilakukan oleh manusia. Manusia cuma tinggal pilih saja. Kebaikan macam mana dia nak buat.

Namun, penulis tu kata, bercakap pasal Rahmat memang mudah. Tapi mendapatkannya, susah. 

Suatu hari, dia terjumpa seorang cleaner. Masih muda. Cleaner muda itu lah bermula segala cerita tarbiyahnya. Cleaner muda itu pertama kali bekerja membersihkan surau pada pagi itu. Lalu dibersihkan sepenuh hati. Maklumlah, sebagai orang baru, apa saja tidak kena dimata, pasti diambil untuk dibersihkan. Akhirnya cleaner itu sedar sesuatu. Dia terambil satu plastik hitam berisi barang. 

Cleaner itu bertanya pada penulis tentang itu. Penulis sarankan supaya dia letak semula ditempat asal. selepas itu ada cleaner lagi sorang tanya, 'sudah cari pemiliknya?' Lalu terus cleaner muda itu berjalan keruang legar hospital. Bertanya seorang demi seorang yang dia jumpa. 

Penulis terkedu. Cleaner muda itu langsung tidak dipaksa buat begitu. Wajahnya sikit pun tidak rasa terbeban. Semuanya nampak tenang. Nampak ikhlas. Penulis mengekori cleaner itu. Dari ruang legar, menuju ruang ubat. Dan akhirnya menuju ke kafe. Ajaibnya cleaner itu jumpa pemilik barang itu.

Penulis datang dekat dengan cleaner. Memuji. Dia tidak pernah melihat ada orang yang bersungguh-sungguh membantu orang lain. Di bertanya, mengapa buat begitu.

Jawapan makcik itu memang benar-benar mengesani jiwa aku. Seriously.

'Makcik ini sudah tua. Pelajaran tidak tinggi. Gaji pula gaji orang miskin. Jadi, apa lagi saya boleh tawarkan pada manusia lain, selain bantuan yang tidak seberapa ini? Ingatlah, rahmat Allah itu sentiasa turun kepada manusia yang berbuat baik. Dan rahmat juga Allah turun kepada orang yang menolong orang lain. Itulah yang saya harapkan. Semoga pekerjaaan saya ini diberi rahmat dan tetap berada dalam redha Allah. Apa yang lebih besar di dunia ini selain rahmat dan redha Allah ke atas kita?'

Kata-kata cleaner itu telah membuka mata penulis itu. Aku sebagai pembaca juga turut terkesan dengan Kata-katanya. Bahkan mungkin, sesiapa saja boleh terkesan dengan bicaranya yang mantap dan penuh isi itu. Dan kerana ingin mencontohi isi cerita itu lah, aku disini.

"Makcik duduk dekat kampung Gelugur je ni dik." Ucap makcik itu lagi. Mematikan lamunanku tentang buku itu.

"Oh. Itu pun kampung saya makcik. Setiap kali raya, atau ada kenduri, saya akan ke sana." Jawabku lagi.

"Oh. Dekat mana?" Tanya makcik itu pula.

"Kampus sungai pinang." Balasku.

"Eh. Makcik pun tinggal kat situ." Balasnya.

"Ya, dekat mana?" Soalku pula. Rasa kecilnya dunia.

"Dekat kawasan yang ada sarang burung tu." Tuturnya bersemangat.

"Oh. Kalau macam tu, saya nak nombor telefon makcik lah, boleh? I'Allah kalau raya nanti boleh lah saya singgah." Ujarku pula.

"Eh. Boleh-boleh. Tapi fon makcik dalam kereta. Makcik tak ingat nombor makcik. Hehe. Awak bagi nombor awak lah. Nanti saya mesej" Jawabnya pula.

Nombor telefonku ditulis pada kertas. Kertas bertukar tangan. Kami sampai di kaunter pembayaran pada Ketika itu.

"Awak beli satu barang ni aje?" Tanya makcik itu.

"Aah makcik." Balasku.

"Letak lah sekali dengan barang makcik. Biar makcik bayarkan." Ujarnya makcik itu. 

Aku terkesima.

"Eh. Takpelah makcik." Ujarku.

"It's okey. Letak je." Ujarnya pula.

Bila aku berfikir-fikir. Aku berniat untuk beri kebaikan padanya. Supaya dia dapat beli dengan harga murah. Tapi sekarang dia pula yang belanja aku. Ya Allah. Aku dapat rasa rahmat Allah mengalir di celah-celah sisi kebaikan manusia lain. SubhanaAllah. Benar apa yang dikongsikan oleh makcik cleaner itu. 

*** ** ***

Pada suatu hari Rasululah SAW ditanya oleh sahabat: 

“Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah? 

Rasulullah SAW menjawab : 

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ” 

( Hadits riwayat Thabrani ). 

@wardatul_khaulah

Monday, November 7, 2016

Jaga Hati, Bersngka baik lah.


Ada satu kisah nak cerita. 
Kisah pasal ahli sufi. 

Seorang sufi muda mahu berguru kepada Abu Said Abul Khair, seorang Guru Sufi yang terkenal kerana ‘karamah’nya dan mengajar tasawuf. 

Rumah guru sufi itu terletak di tengah-tengah padang pasir. 
Ketika sufi muda itu tiba di rumahnya, Abul Khair sedang memimpin Majlis pengajian, di tengah-tengah para muridnya. 

Sewaktu Abul Khair membaca surah Al-Fatihah. 
Ia tiba pada ayat: ghairil maghdubi 'alaihim, wa ladh dhallin. 

Sufi muda itu berfikir, 

"Bagaimana mungkin ia seorang Guru sufi terkenal? Makhraj bacaan Al-Fatihahnya tidak begitu bagus. Bagaimana mungkin aku boleh berguru kepadanya. Bacaan Qur'annya saja tidak bagus." 

Sufi muda itu mengurungkan niatnya untuk belajar kepada Abul Khair. Sufi muda itu merasa salah memilih calon Guru baginya, dan ia memutuskan pulang dan mencari Guru lain yang makhraj bacaannya lebih bagus darinya. 

Begitu sufi muda itu keluar, ia langsung dihadang oleh seekor Singa Padang Pasir yang buas. Ia kemudian mundur menghindari Singa itu, akan tetapi di belakangnya ada seekor Singa Padang Pasir lain yang menghalanginya. Lelaki muda itu menjerit keras meminta tolong karena ketakutan. Mendengar teriakannya, Abul Khair segera turun keluar meninggalkan majlisnya. 

Ia menatap kedua ekor Singa yang kelaparan itu dan menegur mereka, "Wahai Singa, Bukankah sudah kubilang padamu, jangan pernah kalian menganggu para tamuku!" 

Kedua singa itu lalu bersimpuh di hadapan Abul Khair. Sang sufi lalu mengelus telinga keduanya dan menyuruhnya pergi. 

Lelaki muda itu keheranan, 

"Bagaimana mungkin Anda dapat menaklukkan Singa-Singa yang begitu liar?" 

Abul Khair menjawab, 

"Anak muda, selama ini aku sibuk memperhatikan urusan hatiku.Bertahun-tahun aku berusaha menata hatiku, hingga aku tidak sempat berprasangka buruk kepada orang lain. Untuk kesibukanku menaklukkan hati ini, Allah SWT menaklukkan seluruh alam semesta kepadaku. 

Semua binatang buas di sini termasuk Singa-Singa Padang pasir yang buas tadi semua tunduk kepadaku. 

"Sekarang apakah kamu sedar akan kekuranganmu wahai anak muda?"

"Tidak, wahai Guru.”, Jawab anak muda itu. 

“Selama ini kamu sibuk memperhatikan hal-hal lahiriah." 

** ** ** **

Pengajaran :

Jaga hati. Bersangka baik selalu. ;)

Sunday, November 6, 2016

Alhamdulillah. Dapat bertemu lagi kita.
Hadirkan rasa syukur atas nikmat umur untuk hari ini.

Moga nikmat hidup yang masih tersisa ini,
Peluang beramal Allah berikan hari ini,
Kita gunakan sepenuhnya untuk kebaikan.

Untuk mencari redha Allah semata. 
Allahumma Aamiin. I'Allah.

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit pengisian.
Isi ceramah dari ustaz yang saya dengar minggu lepas.

Moga yang dikongsikan ini,
Dapat membentuk Taqwa ke dalam diri kita.

Ustaz kongsikan satu hadis.
**  ***  **

Dari Sa`id al-Khudri ra, beliau mendengar. 
Rasulullah saw bersabda:

“Sungguh, kalian akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk masuk ke lubang baiwak sekalipun, pasti kamu akan mengikuti mereka.”

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, mereka itu Yahudi dan Nasrani?”

Jawab Baginda, “Lalu siapa lagi?” 

(HR Muslim)

** *** **

Umat Islam akan ikut carahidup orang Yahudi dan Nashrani, sampailah urusan yang kecil  yang tak munasabah pun diikutnya. kalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan ikut.

Zaman sekarang, hadis ni telah terbukti terjadi.
  
Helah Yahudi dan Nashrani sangat licik. 
Ramai orang Islam yang telah tertipu.
Ramai orang Islam hilang pegangan hidup. 
Mereka banyak meniru cara hidup Yahudi dan Nashrani.

Ada pula orang jadi tali barut mereka.
Mungkin secara mereka sedar atau tidak.


"Beb, berat lah musibah ni. Aku tak faham, apa salah aku? kenapa Tuhan hukum aku macam ni?"

'Musibah itu boleh gugurkan dosa kita. Mungkin kita rasa, kita tidak buat salah pada manusia. Tapi salah kita pada Allah pasti ada.'

"Apa dosa aku? Aku tak berjudi. Berzina jauh sekali. Apa lagi minum arak!" 

* * **

Skrip paling kerap diguna.

Ia berbentuk luahan dari hati.

Ya. Satu luahan jujur tanpa selindung.
Saat manusia benar-benar tersinggung.

Terasa dengan ujian Tuhan.

Baca skrip begini buat hati teringat.
Akan ungkapan ahli-ahli sufi.

'Rasa tidak berdosa itu sudah cukup dikira sebagai dosa.'

Rasulullah saw yang tidak pernah berdosa pun sentiasa kekalkan rasa berdosa sampaikan baginda bertaubat tak kurang 70 kali.

Rasa tidak berdosa itu satu dosa.

Cuba muhasabah sekejap.

Bagaimana solat kita?
Bagaimana hubungan kita dengan AL-Quran?

Memang kita tidak berjudi.
Tidak pula berzina.
Apatahlagi minum arak.

Tapi bagaimana solat dan Al-Quran kita?

Bagaimana pula amalan-amalan hati kita dengan Allah?

"Amalan hati tu macam mana?"

Sabarkah kita dengan ujian?
Syukur ke kita dengan nikmat?
Qanaah ke kita dengan rezeki?

Macam tu jugak dengan taubat kita daripada dosa-dosa lalu.

Takut ke kita pada AzabNya?
Berharap ke kita pada keampunanNya?

Malu ke kita pada kurniaanNya?
Gerun ke kita pada kebesaranNya?

Ikhlas. Taqwa.
Sangka baik dengan Allah.

Itu semua amalan hati.

Bila lalui musibah.
Bacalah doa ini.

"Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik darinya."

;)

* * **

Saya suka menulis.
Bahkan cintakan menulis.

Jadi kerap juga orang sindir saya.

Katanya saya diuji dengan kata-kata sendiri.

Tidak kurang juga ada yang terasa dengan tulisan ini.

Saya senyum.

Kerana penulisan saya ini,
Hanya perkongsian.
Dan kebanyakan tulisan saya,
Adalah untuk diri sendiri.

Berdasarkan pengalaman.
Tak kurang juga,
Perkongsian buku.

Betapa saya sendiri pun,
Masih gagal dalam menjaga,
Amalan-amalan hati.
Bahkan amalan sendiri.

Hasan Al basri pernah kata,
Menasihati tidak kena tunggu sempurna.

Nak tunggu sempurna,
Maka tiadalah nasihat didunia ini.

Kerana tiada manusia yang sempurna.

Setiap kali menulis,
Niatkanlah dihati.

Teguran untuk diri sendiri.

Hari ini orang lain diuji.
Hari lain, mungkin diri sendiri.

Semoga tulisan sendiri,
Yang pernah ditulis ini,
Akan diguna semula,
Saat saat hati sendiri diuji.

Aamiin. I'Allah. :)

Kepakaran teknologi, Adalah kekuatan Islam


Hari pertama belajar,
Sudah pegang wayar motherboard.

Serius, seronok.
Dapat tengok Database Admin,
Dapat belajar Installation,

Belajar format laptop,
Tengok screen.

Dalaman processor.

Dapat tengok real,
Berbanding teori.

Teori, aku lambat sikit faham.
Praktikal Alhamdulillah.

Perasaan berubah sikit.
Semakin cinta bidang ini.

Moga Allah terus kurniakan,
Rasa cinta ini padaku.

* * **

Kerja itu ibadah umum,
Melibatkan habluminannas,
Hubungan dengan manusia lain.

Dengan ibadah umum,
Manusia boleh beri kebaikan,
Kepada orang lain,
Selaras dengan tuntutan Islam.

"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi kebaikan kepada manusia lain"

(Hr. Tabrani)

Perkerjaan itu,
Wadah untuk kita,
Beri manfaat pada orang lain.

Ingat selalu,
Insan yang sering terlupa.

Kerja bukan sekadar cari rezeki,
Tapi juga ibadah,

Yang akan di nilai oleh Allah.

Sentiasa rasa Muraqabatullah.

Allah pantau kerja kita.

* * *

Kepakaran teknologi,
Adalah kekuatan.

Kekuatan yang harus dimiliki,
Oleh umat Islam

Untuk kembali memayungi dunia.

Seperti waktu dahulu,
Zaman kegemilangan Islam.

Kekuatan ini digeruni musuh-musuh Islam.

Teringat surah Al-Anfal.
Surah ke 8, ayat 60.

"Dan bersiap sedialah dengan kekuatan daripada tentera berkuda sehingga menimbulkan kegerunan musuh-musuh kamu dan musuh Allah."

Tentera berkuda zaman sekarang,
Sinonimnya kekuatan fizikal.

Kekuatan fizikal,
Merangkumi banyak,

Salah satunya teknologi. :)

Aku budak intern.
Sedang belajar untuk Itqan. 

Jangan kau rasa pelik, Dengan ketaatan kau sekarang.


Jangan kau rasa pelik,
Dengan ketaatan kau sekarang.

Semua tu pemberian Allah.

Jangan tertipu.
Usah terpedaya.

Belum tentu ketaatan tu,
Allah terima.

Mungkin ada kesalahan,
Dalam ketaatanmu sekarang.

Mungkin dalam kau taat,
Tapi sebenarnya timbul riak.

Mungkin juga tiada ikhlas.

Sikap ini, mencacatkan ibadah.

Sebab tu saidina Ali pernah kata:

"Keburukan yang kau buat lebih baik disisi Allah dari kebaikan yang kau kagumi."

Keburukan yang disesali,
Kita akan jadi menyesal.
Memohon ampun kat Allah.
 
Tapi kebaikan yang dibangga pula,
Buat kau jadi lupa diri.

Sedang semua itu milik Allah.

Puisi : Tujuan Menulis


Tujuan menulis itu,
Hanyalah cuma satu.

Untuk mengajak manusia,
Kembali menjadi hambaNYA,

Supaya dosa-dosa lalu ditangisi,
Lalu redha Allah kembali dicari.

Tulisan kita,

Bukan untuk menjatuhkan orang,
Bukan pula untuk memuji orang,

Kita bukan hamba emosi.
Kita cuma hamba Ilahi.   

Ramai manusia hebat berbicara, 
Namun tidak pula dia melaksana,

Yang tinggal cuma kata-kata,
Tidak diambil nilai untuk dirinya.

Maka sia-sia ucapannya,
Tidak beri manfaat apa-apa.

Jagalah hati kita, 
Jangan cari dunia.

Jangan di pentas dunia, 
Kita lantang berbicara.

Namun di pentas akhirat pula,
Kita akhirnya bergelar pendusta.

Hati yang bimbang itu, 
Akan berjaga-jaga selalu.

Hati bergelumang dunia, 
Memang suka berbohong saja.

Bimbinglah hati kita,
Saat menukilkan kata-kata,

Biar kita buat dulu amalannya, 
Barulah setelah itu kita berbicara,

Itulah kunci penulisan yang berjaya,
I'Allah tulisan itu akan bawa makna.

(Wardatul Khaulah, 2016)

Anak Palestine :'(


Ada dua beradik. Masih kecil.

Mengintai di pembuangan sampah.

Ketinggian tidak seberapa.

Si adik menumpangkan belakang badannya, untuk mengintai di tong sampah besar dab tinggi itu.

Setelah bebarapa lama.

Masa berjeda.

"Kakak, belakang saya sudah terasa sakit. Ada sudah jumpa apa-apa untuk kita makan atau belum?"

Allahu.

Mereka mencari makanan disitu.

Mereka terlalu lapar.

Tiada apa-apa untuk dimakan.

Mereka saudara kita.

Di bumi anbiyaa sana.

Kita disini sungguh. Terlalu selesa.

Cukup makan dan pakai.

Kadang-kadang membazir pun ada.

Buang merata.

Kita ada tempat tinggal selesa.

Kadang-kadang kita jadi lalai.

Leka. Lupa dunia.

Hakikatnya.

Setiap dari kita.

Ada tanggungjawab. Buat mereka.

Saudara seakidah kita.

Allah akan tanya sumbangan kita.

Banyak mana usaha kita?

Bantu untuk mereka?

Berdoa untuk mereka? Penuh istiqamah.

Jika sumbangan wang kita tak mampu, sejauh mana kita mujahadah?

Memboikot?

Alat yang membantu Israel?

Atau sendiri menikmati  barangan "Nestle" yang mudah didapati.

Ingatlah. Jihad terbesar, jihad nafsu.

"Saya tak boleh tinggalkan milo."

"Kegemaran saya Nescafe."

"Saya tak boleh berpisah dengan Milo."

"Itu je minuman yang terdapat kat kafe."
 
"Alah sesekali takpe, cuba MacDonald."

Sedangkan, saudara kita?

Makan pun takde.

Kita ada banyak pilihan makanan.

Banyak usaha syarikat Malaysia terbitkan.

Produk yang menggantikan.

Mungkin rasanya agak berbeza.

Tapi, terlalu sedikit usaha kita kalau usaha yang ini.

Dan kita gagal jua menghayati.

Kita nak bermujahadah sedikit, pun berkira.

Kita ni, benar-benar ke sayang saudara kita?

Sejauh mana kita buktikannya?

Bersungguh-sungguh?

Atau bermusim?
 
Semua umat Islam, saudara kita.

Pengasingan negara bangsa,

Ini semua agenda yahudi.

Hidup dunia ini bukan selamanya.

Hiduplah penuh makna.

Mujahadah penuh rasa.

Ayuhlah sama-sama.

Alam berzikir kepada Allah. Kita?


Langit-langit semua berzikir padaMu,
Ombak mengalir sambil berzikir,
Pepasir yang beribu jumlahnya,

Jua tanpa henti berzikir,
Memuji dan memuja kebesaranMu.

Rumpu hijau tumbuh melata,
Siapa mendengar suara mereka?

Angin yang kita tak nampak,
Tapi dapat dirasai,

Semuanya sedang berzikir.

Tanpa henti.

Walau sesat.

Aku menjadi malu.

Kerana akulah,

Yang paling sedikit,
Berzikir kepadaMu,

Yang paling jarang,
Mengingati dan mengagumi,
Keindahan dan kebesaranMu.

Astaghfirullah..
Ampunilah ya Allah.

Serasa diri ini,
Makhluk paling sombong.

Sedangkan begitu banyak,
PemberianMu.

Yang sepatutnya
Menjadi asbab terbesar,
Untuk aku bersyukur,

KepadaMu.

Sedangkan hakikat Sebenarnya,
Biarpun aku berzikir,
Untuk setiap saat,

Aku masih takkan mampu,
Untuk membalas semua,
PemberianMu.

Sungguh,
Engkau Maha Menguasai.

Engkau Maha Memberi.

Engkau Maha Mengasihi.

Cuma diri ini,
Yang jarang mensyukuri,
Apatahlagi berzikir pada Ilahi,
Sang Pemilik Diri..

Sungguh aku mengisafi. :'( 

Kenagan aku dan Nadia


Dia merenung langit.

"Bintang bersinar indah." Ujarnya.

Aku pula merenungnya.

Masa terus berjeda.

Dia berpaling.

"Kenapa?" Soalnya.

"Saya rasa bahagia, dapat peluang kenal awak." Jawabku tersenyum.

"Jangan bahagia kerana manusia. Tapi bahagia lah kerana Allah." Aku menghayati kata-katanya.

"Tapi, adalah suatu rahmat dari Ar-Rahman bila dapat jadi sahabat yang diutuskan oleh Allah untuk bahagiakan sahabat." Sambungnya lagi sambil tersenyum.

Aku tersentuh.

Kata-katanya bermakna.

Semoga ukhwah kita selamanya.
Dengan izinNya. Aamiin. I'Allah.

-------

Adakala kita tersalah,
Allah datangkan sahabat,
Untuk tegur.

Adakala kita betul,
Allah datangkan sahabat,
Yang patut ditegur.

Adakala kita diuji,
Allah datangkan sahabat,
Untuk bantu kita.

Adakala sahabat kita diuji,
Allah beri kekuatan,
Untuk kita bantu dia.

Jadi, hargailah sahabat.
Mungkin kerana dia,
kita ke syurga.

Prof Dr Hamka. 

palestine


"Ramai yang mati syahid dekat negara sana."
Tidak.
Mereka tak mati.

Mereka cuma mati,
Di sisi pandang manusia.

Hakikatnya, mereka hidup mulia..
Disisi Allah, memiliki Jannah yang abadi.
 
Hakikatnya, kita yang mati.
Kita masih di alam mimpi,
Dalam hati kita penuh duri,
Duri-duri cinta terhadap duniawi.

Sayyidatuna Fatimah.



"Sayyidatuna Fatimah..
Keluar rumah pakai hitam semua,
Beliau menutup semua mukanya.

Hanya ada satu lubang,
Dibahagian matanya,
Untuk melihat jalan.

Semasa berjalan,
Kepalanya sentiasa tunduk kebawah.

Barang siapa yang tidak mengikuti Sayyidatuna Fatimah selama berada di dunia, bagaimana bisa akan selalu bersamanya di akhirat?"

(Habib Umar bin Hafidz)

Tidak dikenali dan mengenali,
Tidak memandang dan dipandang,

Itu prinsip buat seorang muslimah,
Tanamlah sifat malu seperti sayyidatuna Fatimah.

 Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad                        

Solat itu hiburan kita.


"Kenapa awak solat sunat dhuha?"
 
Selalu sangat jawab, kunci rezeki.

Ya, kunci rezeki.
Tempat melafazkan syukur.

Juga kunci cinta sebenarnya.

Sebab seseorang hamba itu,
Sepatutnya rasa tak puas,
Untuk 'bertemu' Allah,
selepas solat Subuh tadi.

Nak 'jumpa' lagi dan lagi.
Rindu menggebu dihati.

Usai sahaja solat sunat dhuha,
Masih rasa tak sabar pula,
Nak bertemu lagi Dia.

Pada fardhu Zuhur,
dan waktu seterusnya.

Solat itu hiburan kita.
:')                        

cinta itu penting.


"Beb, cinta itu penting."

'Kenapa?'

"Buatlah apa saja,
Jika tanpa cinta,
Semua sia-sia saja,
Ikhlas tidak turut serta."

"Jika buat sesuatu bersama cinta,
Maka jadi ibadah semua kerja."

Dunia umpama lautan


Seluruh air di lautan,
Takkan mampu tenggelamkan,
Sebuah perahu kecil,
Jika air itu tidak masuk,
Ke dalam perahu tersebut.
  
Maka seluruh kesedihan,
Segala rasa kegundahan,
Serta beban hidup di dunia ini,
  
Takkan mampu tenggelamkan hati kita,
   
kecuali kita membiarkannya
Masuk ke dalam hati kita sendiri.

Sibuk dengan al Quran


Bila dengar kisah Para Sahabat Rasulullah khatam Al Quran 3 kali seminggu, kita rasa mustahil untuk diri kita, kan?

Ketahuilah ianya tak mustahil.

Kenapa?

kerana Sahabat Rasulullah sangat sibuk dengan al Quran sebagai mana kita sibuk dengan Gadjet

Setiapkali lepas solat dan sebelum solat kita sibuk dengan telefon.

Jom, kita kembali kepada sunnah.

I'Allah. 

Orang mukmin akan sentiasa dalam cahaya


Orang mukmin akan sentiasa dalam cahaya.

Ucapannya adalah cahaya.
Ilmunya adalah cahaya.
Tempat masuknya dalam cahaya.
Tempat keluarnya juga adalah cahaya.
Tempat kembalinya juga adalah cahaya.
Hari kiamat juga cahaya baginya.

Begitu kata Ubay bin Ka'ab,

Mengambarkan status orang mukmin yang dikelilingi cahaya.

Jika kita benar-benar ingin,
Menjadi mukmin yang disinari cahaya.

Bersungguh-sungguhlah,
Dalam menjauhi maksiat dan dosa.
Dan jangan sesekali,
meringan-ringankan,
Dosa-dosa kecil.

Dosa besar kita nampak raut wajahnya tetapi dosa kecil sering menyembunyikan wajahnya disebalik kekecilannya tetapi ia juga boleh mengelincirkan kita kepada kekufuran.

Umar Al-khattab pernah berkata,

" Takutilah kamu akan dosa kecil kerana kuda kuda tidak akan tergelincir sebab memijak batu yang besar tetapi tergelincir asbab batu batu yang kecil."

Bersungguh sungguhlah bermujahadah melakukan ketaatan untuk mengutip pahala agar beroleh rahmat Allah.

Gunakanlah umur sebaiknya.
Kita sedang tempoh musafir.

Tempat kita paling nak pergi:

"SYURGA ALLAH"

Kembalikan hatimu pada Ilahi,


Tidak melepaskan usaha,
Dalam doa dan tawakkal.

Itulah puncanya.

Punca manusia mudah kecewa.

Kecewa dalam dakwah dan tarbiyah.

Kecewa dalam kehidupan.

Ya.

Juga punca manusia jadi lost.

Dengan matlamat hidup.

Kembalikan hatimu pada Ilahi,
Rawatlah hati memuhasabah diri. 

kata-kata sheikh


"Zikir dengan hati adalah zikir yang paling tinggi sekali. Yakni berfikir kepada kebesaran Tuhan, berfikir tentang kehebatan Allah dan berfikir tentang ayat-ayat Allah."
(Syeikh Zainul Asri)

"Aku serahkan urusan rezekiku hanya kepada Allah Penciptaku, kerana aku yakin Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki"
(Imam Syafie)

"Cara hidup kita didunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti."
(Imam Al-Ghazali)

Janganlah malu untuk bertaubat kerna terlalu banyak melakukan dosa,tapi malulah untuk berbuat dosa kerna sudah terlalu banyak bertaubat.
-HAMKA-

"Kadang-kadang umur seseorang panjang masanya,tetapi sikit manfaatnya & ada pula umur yang pendek masanya tetapi penuh dengan manfaatnya."
(Ibn Atahillah)

"Allah tidak akan bosan untuk memberi pahala sehingga kamu sendiri yang merasa bosan untuk mengerjakan ketaatan."
(Muttafaqun alaih)

"Siapa yang menyembah Ramadhan, ketahuilah Ramadhan sudah pergi..Siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Dia kekal abadi."
(Dr Yusuf Al-Qaradhawi)

"Siapa yang tak pernah berasa puas dengan dunia,maka tiada dunia baginya."
(Abu Darda)

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." 
(Imam Hassan Al Basri)


Itu Urusan Allah


Setiap orang itu,
Pasti meninggalkan
Atau ditinggalkan.

Tapi tak semestinya,
ia tak baik untuk kita.

Mungkin memang dia,
Yang Allah takdirkan untuk kita,
Tapi cuma untuk sementara.

Untuk jadi Sahabat,
Tempat mengadu,
Bermanja,

Cuma untuk seketika.

Selepas tu,
Untuk jadi pengajaran buat kita,
Untuk mendewasakan kita. 

Tuesday, November 1, 2016

Puisi Kecintaanku pada Al-Quran



Al-Qur'an itu jika dibaca sahaja,
Sudah rasa tenang seluruh jiwa,
Seluruh kehidupan kita diberkatiNya,
Apalagi jika kita cuba menghafaznya.
  
Bila kita berjaya menghafaznya,
Mudah untuk dibaca dimana-mana,
Mudah untuk istiqamah hendaknya,
Tapi kena awasi setiap bacaannya.

Perlu menjiwai setiap bacaan,
Perlu dibaca penuh tumpuan,
Setiap maksud dalam penghayatan,
Kerana ianya kalam dari Tuhan.

Ramai manusia cuba menghafaznya,
Tidak ramai pula yang berjaya,
Allah tentukan kamu Berjaya,
Bacalah penuh rasa syukur didada.

Jagalah hafazan dan betulkan niat,
Bacalah selalu di dalam solat,
Moga hidupmu menjadi berkat,
Dalam meniti hidup yang singkat.

Nafikanlah semua usaha kita,
Usaha itu tiada semuanya kuasa,
Kita berjaya kerana rahmatNya,
Kejayaan ini hasil belasNya semata.

Bacalah dengan rasa cinta dijiwa,
Bacaan penuh takzim kepadaNya,
Rasa terima kasih tak tehingga,
PadaNya yang telah memilih kita.

Cuba untuk terus perbaiki hafazan,
Memperelokkan tajwid bacaan,
Meneliti ayat-ayat sarat tujuan,
Menghadirkan hati saat ditadabburkan.
  
Ingatan hafazan yang dianugerahkan,
Menjadi tanggungjawab untuk diamalkan,
Moga dijaga sebaiknya amanah Al-quran,
Sampai saatnya kita dijemput kematian.

Tuesday, September 6, 2016

Koleksi Puisi Motivasi


Saya suka mengarang puisi.
Selalunya tulis di wall facebook.
Susah untuk dicari semula.
Jadi saya kumpul dan torehkan di sini.
 
Silakan baca jika berminat.

----------

Koleksi Puisi Motivasi.

1. Manusia

2. Dakwah

3. Cantik
 
4. Optimis

5. Sedih

p/s : Maaf masih under renovation. ;)
 

2 Positif lawan 1 Negatif, Siapa Menang?


Hai. Saya ada nak cerita sikit. Baca Perkongsian dari Irfan Khairi, 
Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial.

----

Katakan dalam satu kumpulan, ada 10 orang ahli.

Dalam kumpulan itu, 
Ada 2 orang yang berfikiran positif.
Ada 1 orang yang berfikiran negatif.
 
siapa akan menang?
Jawapan Irfan Khairi, 1 yang negatif akan menang.

Mengapa ya?

Kerana sesuatu yang negatif lebih senang disebarkan.
Perkara yang negatif juga lebih senang berjangkit.
Yang negatif lebih senang difikirkan dikepala.

Contoh, ada seorang yang negatif di pejabat.
Dia pasti akan menjatuhkan moral orang lain.
Tak kira walaupun ada beberapa ramai orang yang positif.

Mempunyai seorang yang berfikiran negatif 
Dalam sesebuah kumpulan sudah cukup berisiko.

Kerana bila-bila masa saja boleh berjangkit.
Bimbang terjangkit pada diri kita sendiri.

Berhati-hati.

----

Dahsyat kan? 

walaupun kita sudah hampir berjaya berfikiran positif,
kita tidak dapat lari daripada orang yang berfikiran negatif.

Mereka berada disekeliling kita.
Bukan senang menangani mereka.

Negatif ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

So, kita kena cari dinding, 
Bila kita kenal orang-orang negatif.
Supaya biar kita yang menyebar aura.
Bukan mereka.

:)

-----


Sikap kita adalah keperibadian kita, fikiran memberi peranan yang sangat besar terhadap sikap seseorang kerana itu ia boleh membawa perubahan dan perbezaan didalma kehidupan kita.
Sikap baik bermula dengan fikiran yang positif, bersikap positif pula penting dalam pembentukan diri kita. kekuatan kita dalam bersikap positif ini merupakan unsur terpenting dalam mencipta jenis kehidupan kita.

Monday, September 5, 2016

Mengalir Air Mata Indahnya Zikrullah

Teks dari Qod Kafani


قَدكَفَانِى عِلمُ رَبِّى
qod kafani i’lmu robbi
telah cukup bagiku ilmu Tuhanku

مِن سُؤَالِى وَاختِيَارِى
min su-aali  wakhtiyaari
tentang permintaan dan usahaku

فَدُعاَئِى وَابتِهَالِى
fadu’aii  wabtihaali
Maka doa serta permohonanku

شَاهِدٌلِى بِافتِقَارِى
syahidullil  biftiqoori
Sebagai bukti kepada kefakiranku

فَلِهذَا السِّرِّ اَدعُو
falihaadzaassirri  ad’uu
Maka oleh karen rahasia itu aku berdoa

فِى يَسَارِى وَعَسَارِى
fi yasaari wa ‘asaari
Pada saat senang dan susahku

اَنَاعَبدٌ صَارَ فَخرِى
ana ‘abduu shoro fakhri
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku

ضِمنَ فَقرِى وَاضطِرَارِى
dhimna faqri  wadhthiroori
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَااِلهى وَملِيكِى
yaa ilaahi wa maliiki
Wahai tuhanku, wahai yang memilikiku

اَنتَ تَعلَم كَيفَ حَالِى
anta ta’lam kaifa haali
Engkau mengetahui akan keadaanku


وَبِمَا قَد حَلَّ قَلبِى
wa bima qod halla qolbi
Dan apa yang berada dalam hatiku


مِن هُمُومٍ وَاشتِغَالِى
Dari kesedihan dan kesibukanku


فَتَدَارَكنِى بِلُطفٍ
fatadaa rokni biluthfin
Maka tolonglah aku dengan kelembutan


مِنكَ يَامَولى المَوَالِى
minka yaa maulal mawaali
dariMu wahai Tuhan orang2 yang memohon pertolongan


يَاكَرِيمَ الوَجهَ غِثنِى
yaa kariimal wajha ghitsni
Wahai yang maha mulia tolonglah aku


قَبلَ اَن يَفنى اصطبارى
qobla anyafnash thibaari
Sebelum lenyap kesabaranku


يَاسَرِيعَ الغَوثَ غَوثًا
yaa sarii’al ghoutsa ghoutsan
Wahai yang segera memberi pertolongan


مِنكَ يُدرِكنا سَرِيعًا
minka yudrikna sarii’an
Berilah kami perolonganmu dengan segera


يَهزَمُ العُسرَ وَيَأتِى
yahzamul ‘usro wa ya’tii
Yang menghilangkan kesulitan dan mendatangkan


بِالذِى اَرجُوجَمِيعًا
billadzi arju jamii’an
Dengan segala yang aku harapkan


يَاقَرِيبًا يَامُجِيبًا
ya qoriiban ya mujiiban
Wahai yang maha dekat dan maha memperkenankan


يَاعَلِيمًايَاسَمِيعًا
yaa ‘aliiman yaa samii’an
Wahai yang maha mengetahui dan maha mendengar


قَد تَحَقَّقتُ بِعَجزِى
qod tahaqqoqtu bi’ajzi
Aku mengaku akan kelemahanku


وَخُضُوعِى وَالكِسَارِى
wa khudhu’ii wal kisaari
Dan ketundukanku serta kesedihanku


لَم اَزَل بِالبَاب واقف
lam azal bilbaab waqf
Aku senantiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMU


فَارحمن رَبِّى وقُوفِى
farhamna robbi wuquufi
Wahai Tuhan kasihanilah aku


وَبِوَادِى الفَضلِ عَاكِف
wabiwaadil fadhli ‘aakif
Di lembah kurniaaMu aku bersimpuh


فَاَدِم رَبِّى عُكُوفِى
faadim robbi ‘ukuufi
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana


وَلحَسن الظَّنُّ لاَزِم
Bersangka baik(dengan Mu) adalah kewajiban


فَهُوَ خِلِّى وَحَلِيفِى
fahuwa khilli wa haliifi
Ia (sangka baik) adalah teman dan sahabatku


وَاَنِيسِى وَجَلِيسِى
wa aniisi wa jaliisi
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku


طَولَ لَيلِى وَنَهَارِى
thoula laili wanahaari
Sepanjang malam dan siangku


حَاجَةٌ فِى النَّفسِ يَارَب
haajatun finnafsi yaa rob
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat


فَاقضِهَايَا خَيرَقَاضِى
Maka kabulkanlah wahai yang sebaik baik mengabulkan


وَاَرح سِرِّى وَقَلبِى
Lapangkanlah sirr dan hatiku


مَن لَظَاهَا وَالشِّوَاظِ
Dari gejolah dan kegelisahan


فِى سُرُورٍ وَحُبُورٍ
Gantikanlah ia dengan kesenangan dan kebahagiaan


وَاِذَامَاكُنتَ رَاضِى
Dana dalam keadaan yang Engkau ridhoi


فَالهَنَا وَالبَسطُ حَالِى
Maka ketenangan dan ketentraman itulah keadaanku


وَشِعَارِى وَدِثَارِى
Dan juga lambang dan pakaianku(sebagai hambaMu)

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."