Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Tuesday, April 7, 2015

Berbicara Tentang Tingkatan Nafsu


Allah menjadikan haiwan mempunyai nafsu tanpa akal. 
Allah menjadikan para malaikat mempunyai akal tanpa nafsu. 
Dan Allah jadikan manusia memiliki akal dan nafsu. 
Maka jadilah manusia itu sebaik-baik ciptaan Allah SWT.

Nafsu merupakan salah satu dari 4 penghalang utama kepada seseorang muslim 
untuk beribadah kepada Allah. 

Nafsu tersebut hendaklah dididik. 
Kerana nafsu ini sebenarnya milik haiwan. 

"Haiwan yang memiliki nafsu. Haiwan yang liar, jika dijinakkan dan dididik, akan memberi manfaat kepada manusia."

Lembu kalau dijinakkan mampu membantu manusia melakukan kerja di ladang. Begitu juga kuda. Kuda liar jika dididik dan dijinakkan, mampu dijadikan haiwan tunggangan. 

Nafsu juga begitu. Nafsu jika tidak dididik dan dijinakkan maka akan mendatangkan kerosakan kepada diri manusia. Kerosakan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Maka wajiblah seseorang itu mendidik nafsu mereka agar terdididik. Dan dalam usaha mendidik nafsu, sewajarnyalah kita mengetahui akan tingkatan-tingkatan nafsu.

Dalam kitab-kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, ada disebutkan 7 tingkatan nafsu. Iaitu :

1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radiah
6. Mardiah
7. Kamilah

Tingkatan yang terendah dan terhina ialah Ammarah. 
Tingkatan yang termulia ialah Kamilah.

Harini bincang 4 je :

1.Nafsu Amarah,

Tingkatan nafsu yang paling rendah dan paling hina d sisi Allah.
Orang yang bersifat dengan nafsu Ammarah, dia akan merasa bangga apabila melakukan dosa. 
Dia merasa kebahagiaan dan kelazatan yang amat sangat apabila berpeluang melakukan dosa. 
Dia cenderung mengajak orang lain juga berbuat dosa.

Segala yang lahir dirinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan madzmumah.
Pada tahap ini hati nurani tidak mampu memancarkan cahaya sinarnya karna hijab-hijab dosa yang tebal, cahaya ma'rifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha mencari jalan menyucikannya karena itu hatinya terus kotor dan diliputi berbagai penyakit hati.

 "Dalam hati mereka ada penyakit dan Allah menambahkan penyakitnya." (QS Al-baqarah:10)

Mereka inilah yang menjadi tunggak dan promoter-promoter kepada program maksiat dan kemungkaran. Andainya ada orang yang menegur kemungkaran dan maksiat yang dilakukannya, orang yang menegur itu dimusuhi. 

Orang yang bernafsu Ammarah inilah yang sentiasa menjadi batu api, melaga-lagakan orang demi kepentingan diri mereka. Mereka jugalah agen kepada kesesatan yang dibawa oleh musuh-musuh Islam. 

2. Nafsu ialah Lawwamah

Orang yang memiliki nafsu Lawwamah sedar bahawa diri dia sering terlibat dengan dosa. 
dan dia sering mengkritik diri dia apabila terlibat dengan dosa. Mereka sentiasa melakukan dosa. Waktu melakukan dosa, mereka tak fikir apa-apa pun. Tak ingat kepada Allah, tak ingat kepada syurga dan neraka. Yang dia ingat hanyalah nikmat ketika berbuat dosa yang hakikatnya adalah nikmat yang sementara. Sebaik saja habis melakukan dosa, dia sedar yang dia telah terlanjur.

"Bisikan hati seseorang yang melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam.. Hingga jatuhlah pada tahap nafsu amarah kembali."

Dia menyesal dan mengkritik diri dia sendiri di atas keterlanjurannya. 
Tetapi setelah masa berlalu, dia buat semula dosa kemungkaran yang menjadi kegemarannya. 
Seandainya orang bernafsu Lawwamah ini berjaya membuat kebaikan, 
maka senanglah timbul riyak dan ujub dalam dirinya. 
Dirasakan dialah yang paling arif dalam bab-bab perjuangan. 
Dirasakan dialah yang paling mulia dan suci. Perasan dan syok sendiri. 
Inilah antara ciri-ciri yang ada pada orang yang bernafsu Lawwamah.

Beza antara orang nafsu Ammarah dan Lawwamah, 

Orang di nafsu Lawwamah tidak rasa bangga bila buat dosa, 
tak pula ajak orang lain turut buat dosa dan dia tak pula 
halang usaha-usaha mencegah kemungkaran. 
Tetapi dia sering terjebak dengan dosa, 
sebab tak mampu tinggalkan nikmat dunia semasa buat dosa.
Contohnya, dia dah rasa kelazatan zina, 
maka dia terus lakukan zina walau dia tahu ianya berdosa.

Tingkatan nafsu Lawwamah lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah
Tapi nafsunya masih belum terdidik dan rakus.
Masih bersarang dengan sifat mazmumah. 
Cuma diri orang yang bernafsu Lawwamah ini 
mudah ditegur dan hatinya mudah didorong ke arah ibadah dan kebaikan. 

Nafsunya masih belum dididik sepenuhnya. 
Syurga untuk orang di nafsu Lawwamah 
masih jauh panggang dari api. 

Nafsu yang sebegini masih belum dapat menyelamatkan 
yang empunya diri dari api neraka.

3. Nafsu Mulhamah. 

Orang yang bernafsu Mulhamah, 
apabila dia sedar bahawa dia melakukan dosa, 
hasil dia mengkritik diri dia setelah dia terlanjur melakukan dosa, 
dia akan berusaha menghisab diri dan berusaha memperbaiki diri. 
Dia mempelajari ilmu Fardhu Ain dan mula mengamalkannya. 
Berdasarkan ilmu tasawwuf yang dia pelajari, 
dia berusaha menyucikan hatinya.

"Nafsu Mulhammah, ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi atau tariqat. Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwamah."
Orang yang bernafsu Mulhamah, 
dia masih terlibat dengan dosa. 
Tetapi dosa yang dilakukannya 
tidak sebanyak dosa yang dilakukan 
oleh orang di tingkatan nafsu Lawwamah. 

Namun dosa, walau sekecil mana pun, balasannya di akhirat tetap ke neraka.
"Andainya orang nafsu Lawwamah, terjebak kepada dosa kerana inginkan kelazatan nikmat kemungkaran yang sementara, orang bernafsu Mulhamah melakukan dosa kerana tidak sengaja. Bukan dia suka-suka cari."

PERBEZAAN :

Nafsu Lawwamah :
setelah melakukan dosa, baru dia sedar akan kejinya perbuatannya itu. 

Nafsu Mulhamah :
sewaktu buat dosa, dia sudah terasa betapa kejinya perlakuan maksiat yang sedang dia lakukan. setelah melakukan dosa, dia mengkritik diri dia. Orang yang bernafsu Mulhamah bukan setakat kritik diri dia, malahan dia mencari kaedah untuk tidak melakukan dosa dan menghindarkan dari jalan-jalan yang mengundang dosa.
Firman Allah: "Maka Allah mengilhamkn kepada jiwa-jiwa itu kefasikan dan ketaqwaan. sungguh beruntung orang-orang yang mensucikan jiwa itu. dan sungguh rugi orang-orang yang mengotorinya." (Q.S Asy-Syams:8-10).
"Namun orang di tingkatan Mulhamah ini, masih belum sunyi dari melakukan dosa.
Hati dia pedih bila melakukan dosa, walau pun tidak sengaja.
Namun usaha dilakukan untuk tidak mengulangi perlakuan dosa itu lagi."
Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan hanya dibibir saja. bahkan sudah menerima hakikat nikmat zikir. Bila disebut nama Allah rindunya sangat besar, berderu darahnya dan gemetar hatinya tanpa disengajakan. 

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adlh mereka yg apabila disebut nama Allah, maka gemetarlah seluruh hati mereka" (Q.S Al-Anfal: 2)

4. Nafsu Mutmainnah. 

Orang yang bernafsu Mulhamah, hasil usahanya mencari jalan keluar dari melakukan dosa yang istiqamah dan sungguh-sungguh, maka Allah akan tingkatkan nafsunya ke tingkatan Mutmainnah.


Orang yang telah mencapai ke tingkatan ini, hatinya sudah suci dan tenang. 
Datanglah 1001 macam ujian musibah melanda, hatinya tidak tergugat. 
Dia sabar dan redha dengan segala ketentuan yang datang dari Allah.
Ujian musibah yang melanda dianggap sebagai kifarah dosa di dunia 
dan wasilah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
Nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya dikongsi bersama saudara semuslim 
agar nikmat itu dapat diedarkan ke seluruh pelusuk alam
"Wahai orang yang berjiwa atau bernafsu mutmainnah, pulanglah kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan ridhai meridhai oleh-Nya dan masuklah ke dalam golongan Hamba-ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku"(Q.S Al-Fajr:27-30).
Orang yang bernafsu Mutmainnah inilah yang dikatakan orang-orang bertaqwa. 
Orang yang mampu melaksanakan segala titah perintah Allah 
dan mampu meninggalkan segala larangan Allah. 

Mereka inilah yang dijamin akan selamat dari siksaan neraka Allah di akhirat. 
Mereka inilah juga yang bakal menjadikan syurga yang penuh dengan 
kemanisan nikmat yang berkekalan sebagai tempat rehatnya nanti di akhirat.

LANGKAH MENINGKATKAN NAFSU :

Timbul persoalan. Bagaimana ingin menigkatkan taraf nafsu? 
Tidak lain dan tidak bukan ialah dengan bermujahadatunnafsi (bermujahadah melawan nafsu ). 

Langkah pertama ialah dengan menimba ilmu Fardhu Ain. 
Seterusnya beramal dengannya. Dalam beramal inilah berlaku 
proses mujahadah melawan nafsu.

Mujahadah melawan nafsu tempatnya di hati. 
Maka dalam proses mujahadah ini, terdapat tiga peringkat yang akan dilalui. 

1. Peringkat takhalli (buang). 
2. Peringkat tahalli ( isi ). 
3. Peringkat tajalli (merasai). 

Tamsilan yang boleh dibuat tentang ketiga-tiga peringkat mujahadah adalah:

"Seperti sebuah bekas yang mengandungi sampah sarap. Sebuah bekas mengandungi sampah sarap yang menyakitkan mata. Apabila sampah sarap tersebut dibuang dari bekas dan bekas dibersihkan, itulah tamsilan kepada proses takhalli.
"Setelah bekas kosong dan bersih, bekas tersebut diisi pula dengan buah-buahan atau makanan yang lazat, dihias lagi dengan kuntuman-kuntuman bunga yang cantik dan mekar. Inilah tamsilan kepada proses tahalli.Setelah keindahannya terserlah, sesiapa sahaja yang memandang akan merasakan kindahan bekas yang berisi buah-buahan dan bunga, inilah tamsilan proses tajalli."
"Dalam mujahadah melawan nafsu. Perlawanan berlaku di hati. Di kala nafsu mengajak hati untuk berlaku riyak dan sombong, maka lawanlah bisikan tersebut. Inilah takhalli. "
"Rasa sombong dan riyak, digantikan dengan rasa tawadduk dan rendah diri. Paksa hati untuk tawadduk dan rendah diri. Inilah tahalli."

"Apabila manusia lain melihat kita memiliki sifat mahmudah dan mencontohi kita. 
Memanfaatkan sifat yang ada pada kita, itulah tajalli." 

Maka ini boleh dikiaskan kepada sifat-sifat yang lain. Semoga kita beroleh panduan dalam melakukan mujahadah terhadap nafsu kita, agar nafsu kita mampu dididik dan dijinakkan. Yang akhirnya dapat kita manfaatkan untuk keagungan dan kemuliaan Islam.

Berdasarkan ciri-ciri manusia dari 4 tingkatan nafsu itu, suluhlah diri kita. 
Di tingkatan manakah nafsu kita berada?

Berikut dalam Al Qur’an Surat As Sajdah (32) 15-16 disebutkan bagaimana orang-orang beriman telah memaksa nafsu mereka:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Allah dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Wallhu 'alam.
Sharing.

Sumber :
1. https://rrosari.wordpress.com/2010/07/27/tiga-tingkatan-nafsu-manusia/
2. http://btrilmu.blogspot.com/2011/12/macam-macam-nafsu.html
3. https://rrosari.wordpress.com/2010/07/27/tiga-tingkatan-nafsu-manusia/

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."