Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Tuesday, September 24, 2013

Kata-kata Motivasi Diri

Alhamdulillah. Kita masih hidup hari ini. dan readers masih diberi peluang berjalan-jalan di blog mimi untuk membaca dan menimba ilmu yang dikongsikan. Say it Alhamdulillah to Allah because you are still given chance to live. Untuk menambah amalan hari untuk pergi menghadapNYA. Alhamdulillah~
ok. Hari ini cuma berkongsikan perkara ringkas sahaja iaitu mengenai kata-kata motivasi semgat diri. Moga bermanfaat. :)
| ()"*"()
| ( 'o', )       
|(,,)=(,,)   Mengintai kata-kata untuk motivasi diri
==================================|
  
* kalo kite faham apa yg kite bace, pergantungan kita hanya kepada Allah adalah segala-galanya *
✿ Rasa pilu hati pabila berjauhan dengan keluarga...
  Tapi boleh hancur hati ini jika berjauhan dengan Allah..✿

✿ Semakin banyak ILMU yang kita peroleh.. semakin takut lah kita dengan Allah.. bukan semakin menjauh dengan Allah. ✿

✿ Sebesar mana pun Dosa kita, Jangan putus asa dengan rahmat Allah.. Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. ✿

✿ Ramai orang yang solat tapi tiada Roh dalam dirinya.. Bentuk atau pergerakkan solat itu ada kelihatan.. tapi fikiran kepada perkara-perkara lain, tidak kepada Allah.. Mudah-mudahan kita dikalangan orang benar-benar solat kerana Allah.✿

✿ Gagallah kita sebagai seorang abang / kakak jika membiarkan sahaja adik-adik kita melakukan perkara yang dimurkai Allah.. nasihatlah dengan hati, bukan dengan Akal. ✿

✿ Sentiasa perbaharui niat dalam solat kita.. Dalam setiap sujud.. Dalam setiap ruku’.. Dalam setiap tutur dalam solat.. semua kerana Allah.. lupakan perkara dunia.. etc, nak makan ape kejap lagi? Selipar aku hilang ke tidak? Assignment part mane tak siap lagi. Jangan. JANGAN sahabat. sama-samalah kita cari redha Allah SWT dalam setiap ibadah yg kita buat.. in shaa Allah. ✿

✿ Jika hari ini kamu jatuh, ingat selamanya hari ni KERANA ianya akan membuat kamu terus gagah melangkah ke depan menuju realiti. Allahuakbar. ✿

✿ Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu' lah... Tika tangan letih menggapai cita2, maka serulah Allahuakbar.. Tika bahu tiada kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.. Tika hati dan perasaan terasa tersangat penat kerana terpaksa berperang dengan godaan syaitan dan   nafsu seorang diri..Maka sedarlah..anda tidak sendiri..Allah ada bersamamu.. Yakinlah dan teruskanlah bermujahadah..Berlindung dengan nama Allah yang Maha Melindungi dan Maha Menyayangi..ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH SWT. Agar tunduk disaat yang laen angkuh, agar teguh disaat yang lain runtuh, agar tegar disaat lain masih terdampar. ✿

✿ Sesungguhnya kita HAMBA kepada Allah. Belajarlah tundukkan hati dan nafsu supaya kita benar-benar menjadi HAMBA kepada-Nya bukan selain-Nya. ✿

✿ Astaghfirullah (Allah forgive me) for all that I have taken for granted, and been ungrateful for.✿

✿ Belajar bukan untuk dapat 'A', tetapi belajarlah untuk mengamalkan dan menyampaikan kerana itulah yang terbaik. InsyAllah. ✿

✿ Orang yang menunjukkan kebaikan pada anda itu adalah sahabat yang baik, dan orang yang menunjukkan kesalahan pada anda itu adalah sahabat yang lebih baik. ✿

✿ Whenever you are alone, remind yourself that Allah has sent everybody away so that it's only YOU and HIM. ✿

✿ Use you smile yo change the world, don't let the world change you smile. Smile its a Sunnah. ✿

✿ Kepandaian tak semestinya diukur dengan gred TETAPI dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan betul. ✿

✿ Keep in touch with relatives and friends, InshaAllah - It's Sunnah. ✿

✿ Allah mencipta setiap hambaNya berpasang-pasangan. Jika bukan didunia, mungkin diakhirat sana. ✿

✿ Putih-putih melati, 
        Merah-merah delima, 
    Taubat sepenuh hati, 
        Pasti Allah terima. - InsyaAllah. ✿

✿ Tak bermakna Allah tak makbulkan doa sekarang makna nya Allah benci, tapi Allah mahu hambanya sentiasa berdoa kepada Nya.✿ 

✿ Pandanglah Tuhan menggunakan hati, Dia tidak pernah tersembunyi. Dengarlah ucapan tanpa telinge, Dia tidak pernah berhenti berkata.✿ 

✿ “Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga" ✿
[Hadis Riwayat Muslim]

✿ Saidatina Aisyah RA pernah BERPESAN : 
    "Sebaik-baik WANITA adalah yang tidak memandang dan dipandang" ✿

✿ Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
    Aku juga tidak mati dengan keji mereka.✿

✿ Biarkan manusia terus berkata-kata, bila penat, diamlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Ibarat anak-anak bila ditunjukkan gambar kambing, mereka akan kata, itu kambing, padahal itu bukan kambing. Itu ‘gambar’ kambing. ✿

✿ Jangan merasa BANGGA dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu BUKAN KEMULIAAN, jika kau berasa bangga, menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh DIPIJAK dan DIMILKI siapa saja, muliakanlah dirimu dengan TAQWA setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga. 

✿ Tidaklah seseorang itu suka memaafkan melainkan dia akan semakin mulia [HR. Muslim] ✿

✿ "Org yg paling sabar diantara kamu ialah org yg memaafkan kslhan org lain pdahal dia berkuasa membalasnya."  [HR. Ibnu Abiduyya dan Bhaihaqi] ✿

✿ "Sesungguhnya, beruntunglah orang - orang yang beriman, ( iaitu ) orang - orang yang khusyuk dalam solatnya". [Al-Mukminun 1-2] - Orang yang khusyuk dalam solat akan di beri ketenangan ✿

✿ Wahai muslimah solehah,jadilah mukminah mujahidah,mujahidah yang akan menyeru,agar ditin ggalkan dirinya yang dahulu,mujahidah yang akan berdakwah,agar diri dan umat berubah,mujahidah yang akan mengajak, agar islam kembali tertegak. ✿

✿ Jngatlah Bahawa Malaikat Maut Melawat Kita 70Kali Sehari. Dan Sunat Bagi Kita Manusia Mengingati Mati ~
p/s : Selamat Malam JANGAN Lupa Mengucap Dua Kalimah Syahadah Manalah Tahu Takot2 Meninggal Masa Kita Sedang Tidur :') ✿

✿Jangan terlalu memuji di hadapan saudara kita tetapi doakanlah yang terbaik untuk mereka dan diri kita 
sendiri. “Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka kata nabi s.a.w: ‘Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (dua kali), lalu kata baginda s.a.w.: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun disisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.”  (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafaz Muslim)

✿ "Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri 
sendiri, kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita 
mencintai Allah s.w.t" ✿

✿ "Hidup penuh pengorbanan, 
Pengorbanan perlukan perjuangan, 
Perjuangan perlukan ketabahan, 
Ketabahan memerlukan keyakinan, 
Keyakianan pula menentukan kejayaan, 
Kejayaan pula menetukan kebahagian" ✿

✿ Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta maka diamkanlah,kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk menjadikan cinta yang bernafsu. ✿
~INGAT KAN PADA DIRI~

✿ Kita tidak boleh ubah sesuatu yg kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yg melihatnya.Jika kita tak dpt apa yg kita suka,maka langkah yg terbaik ialah sukalah apa yg kita dapat.itulah syukur namanya! ✿

✿ Raih lah keredhaan Ilahi di setiap hembusan nafas,di setiap denyutan nadi dan di setiap langkah menuju syurgaNya. in sha Allah! ✿

✿ Seindah Mawar Berduri ✿
Jikalau Kau Diciptakan Sebagai Sekuntum Bunga. Sudah Tentu Kau Adalah Bunga Mawar Yang Mempunyai Syauqah (Duri). Dari Kejauhan Sudah Bersinar Gemerlap Keindahan Bersama Gemersik Aroma Yang Harum Mewangi. Sentiasa Menjadi Angan-Angan Setiap Kumbang Meskipun Gentar Dan Sukar Untuk Didekati.

✿ Usah kau resah usah kau gelisah Kerana sesungguhnya cinta Allah tetap bersama kamu semua CintaNya 
adalah cinta yang tertinggi dan yang terindah Sesungguhnya Dia lah cinta yang hakiki untuk semua. ✿

✿Sekadar menyampaikan kepada orang yang tak tahu dan mengingatkan orang yang dah tahu. ✿

✿ Setiap manusia punya pandangan tersendiri, setiap pandangan yang diberi tiada salahnya jika hujahnya tepat dan rasional. yang menjadikan pandangan atau pendapat tu nampak macam salah ialah bila berimamkan nafsu dan bermakmumkan emosi..

✿ Benar itu berat, bercakap benar, beramal dengan kebenaran itu susah. Benar itu banyak, orang mencari kebenaran itu sedikit. Rasulullah berkata kepada Abu Zar “bercakap benarlah walaupun pahit”. ✿

✿ Kenapa tidak mengakui sahaja kesalahan diri? Mengakulah. Kemudian pohon kemaafan di atas kesalahan 

itu. Seterusnya  bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Inilah yang selamat dan jalan  yang lurus membawa kepada syurga. Bukan memilih jalan cadangan syaitan dan jalan menuju kepada terkeluar dari umat nabi saw dan jalan ke neraka. ✿

✿ Sesiapa sahaja tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Namun jangan jadikan itu sebagai  alasan untuk kita terus menerus melakukan pembohongan  sehingga kita dicop sebagai penipu dan pembohong tegar. ✿

✿ Lebih ditakuti sekiranyanya kita termasuk dalam sabda Nabi saw :
Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanga kami. [ Imam Muslim] ✿

✿ Realiti kehidupan ✿
Begitulah kehidupan. Ada ketika kita mendapat nikmat Allah, lalu kita berasa sangat gembira. Ada ketika kita menerima musibah yang membuatkan kita menangis dan susah hati. Kita adalah ‘bahan’
ujian Allah sama ada ujian berupa nikmat atau musibah. 

✿ Ujian musibah hadir untuk menyucikan diri kita daripada dosa. Teguran Rabb agar kembali kepadaNya. Bukan kerana benci atau dendam tapi kerana kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya. Kasih sayangnya tidak berbelah bagi. Kasihnya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya sendiri. ✿

✿ Hanya Allah Yang Maha Bijaksana memahami hikmah di sebalik ujian. Kita sebagai hamba hanya mampu bersabar dan sentiasa bersangka baik kepadaNya. ✿

✿ Sesungguhnya beruntung dan hebat sesiapa yang dapat mengamalkan pesanan nabi saw :
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (Imam Muslim)

✿ Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu. (HR Tabrani) ✿

✿ Kalau sy kena sound, sy akan senyap n senyum je. Sbb pada sy, "sound" dari Allah lebih utama drp "sound" dari manusia. ✿

✿ “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang berusaha menjauhkan diri dari melakukan perbuatan atau mengeluarkan perkataan yang sia-sia” (Surah Al-Mukminun : Ayat 1-3). ✿

✿ Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar. 
-Saidina Ali-

✿ “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” ✿
 (Al-Baqarah: 216)

✿ kehidupan adalah sebuah perjalanan yang tak dirancang. Di situlah kita bertemu jalan kebahagiaan dan jalan kesedihan. Perjalanan yang indah itu sudah pasti berliku-liku. Namun, setiap buku kehidupan Pasti ada penghujungnya.✿

✿ sunnah org berjuang ✿
"sesungguhnya bermula dtgnya Islam dianggap asing, dan akn dtg kembali asing. maka berbahagialah orang-orang asing itu" -HR muslim-

✿ sabar, ikhlas dan pengorbanan. itulah islam.

✿ Hidup memang tak terasa indahnya tanpa ujian. memang kita hidup untuk di uji ,
jangan pula pinta untuk tidak diuji . ✿

✿ Bila Allah tidak memberi apa yang kita mahukan, apakah ia tanda Allah benci? 
    Tidak sesekali duhai jiwa yang beriman pada Tuhan yang Maha Penyayang. 
    Malah, itulah ‘manifestasi’ dan ‘ungkapan’ kasih sayang Allah pada seseorang insan yang DIA sayang.
    DIA senang untuk mendengar luahan jiwa yang sentiasa berkomunikasi denganNya.
    DIA senang untuk sentiasa mendengar luahan syahdu dan air mata yang gugur dalam sujud kepadaNya.
    DIA senang sekali kita seperti itu. ✿
--hikmatul islam--

 ✿ 5 perkara yang merawatkan hati: ✿
1.membaca al-quran dengan bertadabbur
2.bangkit untuk berqiamullail
3.memperbanyakkan istighfar kepada Allah
4.makan secara bersedrhana
5.bersama dengan org2 yang soleh
#agar hati sentiasa hidup. Jom,same2 mengamalkan.walaupun xboleh semua,buat sikit2 dulu.insyaAllah akan istiqomah masa akan datang.


✿ Kelu lidah berkata-kata.
     Biarlah gambar sekali sekala berbicara.
     Dugaan lelaki ialah perempuan.
     Dugaan perempuan adakala juga lelaki.

✿ Tudung labuh bukan setakat pakaian. 
     Ia juga perisai Iman buat diri. 
     Malu rasanya kalau bertudung labuh dan berniqab tetapi 
     akhlak peribadi sangat buruk dan tak tahu hukum hakam agama.

✿ Bila dah berubah dari luar, usahalah untuk perbaiki pula dari dalam. 
    Kan sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.
(Indah dr luar dgn pakaian menutup aurat, dan pesona dr dlm dgn akhlak mulia)


✿ Bayangkan ✿
Kita ada anak kecil. Umur 3 tahun.
Satu hari. Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan. Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan. Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan. Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'. Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita. Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga. Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah. Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik. Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah. Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Dan. Kasih sayang Allah kepada kita. Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya. 

 ★ Semakin kita sayang dekat seseorang tu, Allah akan menguji kita dengan pelbagai lagi dugaan untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran kita.★

✿ Allah, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang yidak kuniung rnalap. Lapangkan hati-hati ini dengan lirnpahan imanikeyakinan. dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup-suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar)  tentang Mu. (lika Engkau rnentaqdirkan rnati) rnaka rnatikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada'  dalam perjuangan agarna Mu. Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik-baik penolong. ✿


Alhamdulillah. habis. Next time mimi sambung lagi kata2 motivasi yang di kumpul.

Tentang zikir dan tasbih haiwan

Alhamdulillah setelah lama mimi tidak menulis entry, akhirnya kita dapat berjumpa lagi. Maafkan mimi terlalu sibuk. biasala , baru masuk sem satu tahun dua di kampus ini. pasti banyak urusan demi urusan perlu di uruskan. hmm, sebenarnya ada sebab lain juga kenapa lama mimi tidak menulis, pertamanya kerana line kampus ni tak berapa dapat hampir sebulan lamanya dan menambah tragis lagi, celcom broadband yang mimi langgan pula telah tidak di topup lagi kerana cuba berjimat sedikitdan turut kecewa dengan suhu lembabnya. tiada beza dengan line internet di kampus ini. cuma di pagi hari line di kampus ok sedikit mungkin kerana kurang pengguna pada waktu itu. huu. 
Kembali kepada adab dalam penulisan:
“Fikir sebelum tulis, Jangan ditulis semua yang difikir”

tidaklah hari ini mimi nak mensia-siakan masa readers. sekadar ingin berkongsi ilmu bermanfaat ini. 
Dakwah, nasihat, ingat-mengingati dan berkongsi bukan untuk kebaikan orang lain saja, tapi untuk diri sendiri juga. Ibarat kita basuh baju dengan tangan, bukan hanya baju saja yang bersih, tapi tangan kita sendiri juga bersih sama!
Firman Allah: "Dan tetaplah memberi peringatan/tazkirah, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (AZ-Zariyat: 55)

ok isi nya ialah tentang burung-burung atau binatang-binatang lain yang sedang berzikir kepada Allah. Jarang kita hayati betul-betul suasana sekeliling kan?


"Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." (An-Nur 24:41)

p/s : memang selalu kan? kita dengar bunyi burung berkicau kegirangan di pagi hari. tapi jarang kita selami tentang itu kan? kali ni mimi nak ajak readers semua cuba try tutup mata kita dan amati kicauan mereka. moga-moga hati yang duka akan menjadi suka, yang sedih menjadi gembira, yang kecewa menjadi bahagia. Sesungguhnya mereka sedang bertasbih kepada yang maha esa.

pendek dan ringkas sahaja enty kali ini. yang penting ilmu ini bermanfaat kepada kita semua, I'Allah. renung-renungkan dan selamat mentadabbur alam. 
Jumpa lagi. Wa ilal liqo! \(^_^)/

Friday, September 13, 2013

Patuhilah kerajaan, jadilah rakyat yang bersyukur!



Erm, mungkin isu yang mimi ingin utarakan ini agak sensitif di bicarakan namun bukan bertujuan apa-apa, cuma ingin mengajak berfikir sebentar sahaja. Tidak rugi rasanya kalau kita cuba berfikir sejenak tanpa perlu menghentam sekerasnya terhadap sesutu yg belum kita kaji sepenuhnya bukan?

Cuba ambil pandangan ilmiah ini dengan cara buka sikit ruang befikir. Bukan dengan perasaan emosional dan bodoh sombong. Siapa tahu kita tergolong dalam golongan yg misconception ni.  :)



"Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi macam-macam. Kene lah balas budi."

"Eh kau, kalau tak suka sangat kerajaan jangan duduk Malaysia."

"Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn kerajaan jugak!"

"Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti kerajaan."

"Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak baucar buku. huh!"

Selalu kita dengar ayat-ayat berbunyi begini kan? hmm...


Ok, disebabkan kita mengamalkan demokrasi dan sistem pelbagai parti, maka kita harus terima hakikat kenapa wujudnya parti-parti politik seperti Barisan Nasional, PAS, Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain. Jadi, tidak salah sekiranya kita berbeza parti tak kiralah parti pemerintah atau parti pembangkang, itu HAK masing-masing.

Parti politik adalah satu badan orang-orang yg bersatu membina kepentingan negara dan rakyat melalui prinsip / pegangan / perjuangan tertentu yg telah dipersetujui secara kolektif. 

Jadi, tak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan, maka mereka menggalas tanggungjawab yang sama ja.

Penyertaan parti-parti politik ni dalam pilihan raya umum membolehkan parti politik tersebut membentuk sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yg dipilih oleh rakyat melalui undian pilihan raya. Kebiasaanya, parti yg menang majoriti akan menguasai kerajaan.

Tapi ingat! tiada sebuah parti politik pun yg boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah bapak dia punya walaupun parti itu memperoleh majoriti utk menguasai kerajaan. And parti politik tak boleh jadi kerajaan ye. Parti politik hanya ruling party kpd kerajaan. Benda ni kita kena faham betul-betul. kalau tak, sia-sia bercakap bagai nak rak pasal politik kalau benda basic ni still taktau.

Memang menjadi satu tanggungjawab WAJIB bagi kerajaan menyediakan barangan dan perkhidmatan awam utk kesejahteraan masyarakat.

Contoh : infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam & kemudahan awam yg lain.

Jadi, siapa pun jadi kerajaan memang menjadi tugas mereka untuk menyediakan setiap prasarana yg kondusif seperti yg kita nikmati sekarang ni. Jadi, jangan pelik, sebab tu dah memang kerja dorang.

Kita kena sedar, setiap rakyat negara ni membayar cukar kpd kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung n tak langsung. Harga barang yg anda beli dlm negara ini sebenarnya anda bayar bersama harga cukai. kita / keluarga kita beli kereta dgn harga yg tinggi disebabkan faktor cukai la. Sama juga barangan lain. Maka, setiap rakyat kena tahu yg setiap hari mereka bayar cukai utk bagi kat kerajaan. Jadi, boleh kata wang yg dibelanja oleh kerajaan adalah wang kita, sebgai rakyat.

Jadi semua, kalau kerajaan bagi bantuan / duit /elaun / apa-apa ja, tu bukan duit diorang kumpul dari kecil atau kutip sikit sorang antara ahli diorang, itu duit rakyat. Bukan juga duit mana-mana parti ya.

Tolong fahamkan benda basic ni. Sebab masa kerajaan yang dulu berikan bantuan baucar buku n BR1M, peliknya TV3 paparkan "Rakyat berterima kasih kpd BN." Malah, semua makcik tok nenek yg muka masuk TV tu dok ulang terima kasih pada Barisan Nasional.

Tu bukan duit BN ya, itu duit kita, cuma modal dia pusing balik ja. Sila sedar. Lainlah kalau program parti, itu memang perlu guna duit parti tersebut. Tak boleh guna duit rakyat tau! :)

Jadi, papan-papan tanda seperti "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional" tidak sesuai digunakan. Seharusnya gunakan "kerajaan persekutuan” atau "kerajaan negeri" ja cukup.

Slogan-slogan begini, makin buat rakyat keliru.

Bagi menentukan bagaimana cemerlang dan bagusnya sesebuah kerajaan mengendalikan wang negara, bukanlah hanya dengan melihat jumlah perbelanjaan mereka saja, tapi bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan wang tersebut dengan AMANAH serta menggunakan hanya untuk pembangunan negara & kepentingan rakyat bukan utk diri / kroni senirik. Malah, kerajaan yg bagus seharusnya berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi negara dan bukannya meningkatkan hutang negara.

p/s : Ini general statement ya.

Dan, berkaitan pekerja kerajaan ni.
Ya, mereka memang perlu taat dan patuh dgn arahan kerajaan Malaysia.
Kita kan 1Malaysia! Lagipun, dah bekerja bawah kerajaan kan, haruslah patuh dgn 'bos'.
Tapi, wajarkah 'bos' mewajibkan dan menentukan parti mana yg pekerja dia perlu sokong?

Sangat kelakar bila ada yg berpendapat hanya yg menyokong BN sahaja yg boleh bekerja dgn kerajaan dan yg bekerja dgn kerajaan semua perlu sokong BN.

Semua peluang pekerjaan, kemudahan awam atau apa-apa sahaja yg ada dalam Malaysia ni adalah hak utk SEMUA RAKYAT tanpa mengira latar belakang politik mereka. Sama lah macam baucar buku, itu untuk rakyat Malaysia. Apa pembangkang bukan warganegara ke? Yg orang asing boleh pulak bagi kewarganegaraan.

Betulkan persepsi kita. Agaknya bagaimana keadilan akan tertegak sekiranya penimbang itu berat sebelah?

Jadi, sebagai golongan terpelajar dan bijak bistari, patutkah anda sekadar duduk dan melihat saja tanpa ambil tahu? Jangan jadi masyarakat typical yg mudah berpuas hati apabila diberi ganjaran walaupun hakikatnya sedikit apatah lagi masyarakat yg langsung tidak mahu kisah. Cukup sekadar wakil rakyat mereka turun sewaktu hari berkempen dan memberi saguhati sepanjang hari berkempen, lepas tu...? Hmm.

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan." (As-Saff: 2-3)

Maafkan mimie andai ada tersalah kata terlanjur bicara. Hanya berkongsi. Wallahu'alam.

Friday, September 6, 2013

Putus cinta bukti Allah masih sayang



Jatuh cinta? topik hangat juga kan?

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita. Post mimi kebelakangan ini kebanyakannya soal cinta. Lumrah dalam kehidupan ini, kita suka kepada mencintai dan dicintai. Biar sejauh manapun kita bergerak, kita tidak dapat lari dari memenuhi keperluan rasa hati iaitu berhajat kepada hati yang berbunga-bunga. Inilah fitrah kehidupan.

Atas sebab apa mimi cuba bangkitkan isu ini? Bukan sebab mimi yang baru putus cinta, tapi melihatkan remaja akhir zaman sekarang, bagaikan terpujuk rasa untuk mengajak berfikir sebentar.

Wahai remaja. Bagi kalian yang sudah terdetik hati untuk membaca biarpun cuma sepatah ketika. Habiskanlah pembacaan ini. Semoga Allah masih memberi secebis harapan buat kalian membersihkan hati kalian agar fitrah itu benar-benar melalui jalan yang halal dan benar-benar di bawah redha Ilahi. sila kan baca sayang.
Ramai orang ingin bercinta. Tetapi sayang, kenapa cinta yang berputik itu banyak memusnahkan? 
Apa erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini? 
bila putus cinta membuatkan seorang insan merana. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Berbisa benar.

cinta itu sebenarnya tidak buta
redha la bagi yang sedang terputus cintanya
pasti akan ada hikmah disebaliknya
I'Allah nanti dapat lebih baik darinya.


kebanyakan manusia yang bercinta itu celik matanya. Tetapi kenapa yang bercinta itu mudah jatuh dan tersasar hala tujunya?  Biasanya yang bercinta cerdik IQ orangnya namun bila berputus cinta, bunuh diri dan mencelakakan diri juga jadi pilihan. kenapa begitu?

Tidak terfikirkah di benak, Allah merinduimu. Masih menyelamatkanmu dari cinta yang tidak diredhai-Nya? Mengapa mesti berduka jika Allah ternyata masih menyayangimu. Dia memisahkanmu dari si dia yang melalaikanmu. Dia rindu untuk mengajak dirimu untuk berdating di sepertiga malam. Dia rindukan rayu tangis di kala dirimu sedih yang sering dirimu ceritakan pada si dia. Tidakkah bererti Dia benar-benar menyayangimu dan merinduimu? Dia benar-benar ingin memberimu cinta yang lebih membahagiakan. Cinta di bawah redhaNYA. Tidak mahukan dirimu menyambut cintaNYA?

Tersenyumlah sayang. Kembalikanlah cinta yang kau curi dariNYA. sambutlah cintaNYA. Hatimu sesungguhnya milikNYA.


Perasaan itu fitrah dan akan terus kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Kepada para pemuda yang belum berpunya atau baru putus cinta, tabahlah dan teruskan berusaha mencari cinta yang diredhai Allah. 
Jika dapat memiliki seorang isteri solehah ianya ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. 
Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.
“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Begitu juga bagi gadis suci yang belum berpunya atau bagi telah pun diputuskan cinta olehNYA, singkirkanlah resah di hatimu. 
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. 
Jangan risau, mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buatmu untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan cinta yang halal. Jika tidak di dunia, nun di syurga yang kekal abadi.


Dengarlah duhai remaja, bisikan ini tulus buat kalian semua. 
Dengarlah pesan ini, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. 
wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya
(rujuk al-Nur: 26).  
Telah tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga. 


" Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi.Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan jiwa-jiwa yang kini sedang kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi, nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan. " -Fatimah syarha-


setakat ini sahaja madah kata yang mampu mimi tulis dan coretkan. Bertabah hatilah kepada insan-insan yang telah di takdirkan terputus hubungan. Allah masih menyayangimu. Masih merinduimu untuk dihadiahkan yang solehah buatmu. Yang halal. Yang diredhai. Tidak mahukah kalian menerima hadiah tebesar dari pencipta yang agung? usah lah bersedih bila terputus dengan makhluk. Lebih sedih terputus hubungan dengan Allah kerana cinta yang tidak diredhai Allah. Siapalah kita tanpa redha Allah sayang? Akhir kata renung-renungkanlah wahai remaja sekalian terhadap soalan ini.

" Cinta. Sebuah rasa hati dan mainan jiwa yang ramai terkandas dengannya. Cinta itu suci lagi bersih. Sebaliknya ada tangan-tangan illusi yang cuba bermain dengan cinta tanpa mengikut syariat, maka cinta yang suci tersebut mampu menghancurkan si pemilik tangan. Cinta itu putih lagi jernih. Sebaliknya ada mata-mata kejahatan yang memandangnya dengan pandangan songsang, maka cinta itu tadi langsung tidak membawa ke arah serinya bait-bait kehidupan."

Tuesday, September 3, 2013

Cara solat khas untuk wanita

Ha, kepada readers, hari ini mimi ada terbaca sedikit info. INFO PENTING khas buat SEMUA yang bergelar wanita. Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.
Selamat menimba ilmu..semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Jom baca. :)

“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”
Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

DUA perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. 
Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah JARANG. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita TIDAK SAH. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai TIDAK JARANG. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (STRETCH) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu TIDAK SAH lah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. 

Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.
‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.
p/s : Maafkan mimi, Perkongsian kali ini cuma di copy paste daripada facebook. Dan mimi highlight bagi mana-mana isi yang penting untuk readers mudah tangkap. semoga mendapat maanfaat darinya. I'Allah. Ilal liqa'. TQ! :)
"Dari Abdullah bin Amr r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Monday, September 2, 2013

sebuah perjalanan hidup


Hari ini perkongsian pengalaman mimi semalam. Sengaja dikongsi untuk sekadar pengetahuan umum untuk readers. Jika terdapat sebarang kekurangan mimi mohon maaf. Selamat membaca.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya aku sampai di Universiti Malaysia Sabah kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL).  Tersergam indah sebuah menara tinggi tertulis UMSKAL di sisi hadapannya . Sebuah kereta jenis Honda City milik kak Na yang turut menumpangkan aku  bergerak menyusur masuk ke perkarangan universiti tersebut. Ketika aku tercari-cari wajah teksi di muka pintu namun Maha Pemurah Allah melimpah ruahkan rezeki untuk aku bersua dengan  Kak Na. Kak Na adalah sahabat Kak Siti,kenalan baruku semasa di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Mereka sudah lama bekerja di Labuan. Merka yang baru ku kenali itu begitu baik sekali ingin menumpangkan aku kerana jalan kami agak sehaluan. Setelah di tunjuk arah jalan, lembah terakhir mendatar ke perkarangan kawasan  bawah Beta 6.

“Terima Kasih kak.” Ujarku setelah bersalaman untuk menuruni kenderaan tersebut.

“sama-sama dik. Belajar rajin-rajin.” Balas Kak Na.

Mereka melambaikan tangan serentak. Aku membalasnya. Kerata menjauh hingga hilang di pandangan. Deraian hujan renyai yang jatuh dalam gerak perlahan bagai menyambut kedatanganku pulang ke kampus semula sebagai pelajar tahun dua.  Alhamdulillah. Syukur dihati setelah mengharungi  badai semasa di perjalanan Kuala Lumpur ke Labuan melalui penerbangan Air Asia dengan cuaca yang agak kurang meyakinkan, hujan lebat turun bagai tiada henti berserta kilat dan memungkinkan muncul petir, namun  kini akhirnya aku sampai juga ke destinasi. Terimbas peristiwa permulaan perjalananku pagi tadi. Ia bagaikan singgah semula di fikiran ini.

* * * * *
Pagi menyebarkan zarah udara dingin yang nyaman. Maha suci Allah yang menjadikan alam ini begitu sempurna. Kerosakan yang berlaku hanyalah bahana daripada tangan-tangan manusia yang tidak bersyukur. Maka kerana itu alam menjadi uzur kadangkala meragut nyawa penghuninya sendiri.pagi yang dingin dan nyaman membuka tirai hari baru untuk setiap kehidupan. Baik manusia ataupun burung di sarang, semuanya bertebaran mencari rezeki masing-masing buat kelangsungan hayat di badan.

“Nah duit belanja. Maaflah tiada wang banyak. Belum gaji. Huhu” Ujar kakakku Mira. Dia sudah dua minggu menjadi isteri orang kelihatan agak matang sepanjang kebersamaanku dua hari ini. Sungguh aku mensyukuri kemungkinan perubahan hormon. Mungkin! Aku benar-benar gembira. Begitu juga suaminya. Ah, mungkin begitu agaknya apabila membuka tirai baru kehidupan berumah tangga.

“ Tak pergi temankan ke?” suaminya Firdaus lancar menyoal isterinya.

“Tak sempat dah ni. Nanti lewat.” Jawab kakakku yang masih belum bersiap apa bahkan belum pun mandi. Dia yang kukenal pasti akan mengambil masa yang lama untuk bersiap, sedangkan aku sudah menggalas beg untuk melangkah pergi.

“Tak apalah. Semalam kan dah survey jalan. Inshaa Allah boleh pergi sendiri” Ujarku melangkah pergi biarpun kakak risau akan beban beg yang kelihatan begitu berat.

 ’Aku sudah biasa kak dan ini paling ringan yang pernah aku bawa’ bisikan itu hanya dalam hati terungkap.

Tanpa sempat aku duduk di kerusi menunggu yang terdapat di sebuah platform Sentul Timur, sebuah tren Transit Aliran Ringan atau mengikut singkatan namanya diberi iaitu Light Rail Transit (LRT) tiba. Langkah diatur masuk ke dalam LRT aliran Ampang tersebut untuk menuju ke stesen Masjid Jamek yang memiliki pertukaran stesen kealiran lain. Seterusnya dengan menggunakan LRT aliran Kelana Jaya, barulah aku tiba ke platform yang dituju iaitu KL Central.

Perjalananku tidak terhenti di situ. Aku perlu menaiki sebuah bas pula untuk ke penerbangan tambang murah Air Asia atau nama lain Low Cost Carrier Terminal (LCCT),di KL International Airport, Sepang. Ada dua perkhidmatan bas untuk ke LCCT. Satu ialah Aerobus yang berwarna kuning dan satu lagi SkyBus yang berwarna merah. Bas yang pernah aku naiki ialah Aerobus. Namun bas tersebut telah bergerak setibanya aku ke situ. Kali ini aku mencuba SkyBus yang masih wujud di situ setelah bas lain sudah pergi. Ada perbandingan antara ke dua jenis bas tersebut. Interior SkyBus lebih cantik dan bersih sikit. Harga tiket untuk satu perjalanan sehala kebiasaannya ialah RM 8.00 untuk Aerobus dan SkyBus RM 9.00. SkyBus Cuma mahal seringgit. Namun hari ini harga tiket bertukar kepada RM10.00. Mungkin ada sedikit kenaikan.

Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT telah mengambil masa lebih kurang 60 – 80 minit. Penumpang perlulah pandai untuk mengukur jarak waktu bila dia perlu bersiap. Begitulah aku lalui kini. Kerana bimbang terlewat jadi aku mengambil keputusan berpagian ke sana dan sampai tepat jam 12.00 tengahari ke LCCT. Mesin boarding pas ditekan menggunakan nombor tiket yang telah ditempah. Aku mengambil tempat beratur di belakang seseorang yang sedang sibuk menghalakan sebuah telefon mudah alih berjenama Samsung Galaksi Ace ke muka screen mesin. Aku tahu dia sedang mencuba scan barcode yang terdapat pada gambar tiket yang telah di ambil olehnya. Aku juga pernah mencuba semasa dahulu. Namun kasihan dirinya tidak berjaya biarpun telah berkali mencuba dan berlalu meninggalkan mesin yang masih tanpa jemu memaparkan tulisan, “sorry, please try again.”

Aku cuba menekan punat tertulis , ‘Try again’ itu untuk boarding pass bahagian tiket milikku. Tidak berubah biarpun berkali di tekan, mesin masih meletakkan perkataan yang sama. ‘Rosak agaknya.’ Aku telah membuat tuduhan tidak berasas setelah permukaan screen itu degil tidak memberi sebarang reaksi. Pemuda di belakangku cuba membantu. Mungkin aku kelihatan seperti orang pertama kali ke LCCT, maka aku di ajar satu persatu. Aku hanya mendengar dan berhasil setelah itu. Mesin tidak rosak, Cuma ‘hang’ sekejap dan aku terpaksa berlakon tidak tahu.

“ Terima kasih encik” ujarku berlalu setelah dia membalas. Biar apapun ucapan terima kasih itu perlu bukan sahaja bermaksud kita cuba menghargai petolongan orang namun ia juga mampu melibatkan budi bahasa antara bangsa dalam Negara kita. Bahasa melambangkan bangsa.

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Ungkapan itu setia berlangsung di telinga. Aku menarik nafas panjang, memenuhkan ruang dadaku dengan udara yang entah segar entahkan tidak dengan keramaian orang.Aku  cuba menarik lagi tenaga di badan setelah selesai sesi scan barang. Terasa sedikit tenang telah sampai ke ruangan menunggu balai berlepas biarpun terlalu awal ketika itu. Masa yang lama tidak ingin di buang begitu sahaja. Aku mengeluarkan sebuah Komputer riba berjenama Lenovo milikku untuk mula menulis.

Mungkin ramai yang pelik mengapa perlu menulis. Mengapa aku begitu meminati bidang penulisan biarpun aku adalah seorang bakal programmer suatu hari nanti, jika di izin Allah. Malah ada yang memberi  pendapat kepadaku bahawa menulis ini sesuatu yang boleh melalaikan orang lain. Pada pendapatnya, si pembaca akan terlalu leka dengan pembacaannya tanpa mengira dunia realiti. Aku sama sekali berbeza fikiran dengannya. Mungkin disebabkan dia kurang berminat dengan pembacaan novelis, maka anggapan dia jatuh kepada sesuatu yang membazir diperuntukkan untuk menulis atau membaca hal sedemikian. Semua orang berhak memberi pendapatnya. Maka aku lapangkan hati menerima terjahan pendapatnya yang di tutur lembut secara peribadi pendapat milikknya.

‘Innamal a'malul bin niyat.’ Segala amal itu tergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Jadi niatlah untuk menulis demi redha Allah. Inshaa Allah akan dipermudahkan oleh Allah swt. Menulis itu juga suatu keperluan untuk aku mencari redha Allah dan aku pasti, sesetengah  penulis juga begitu. Menulis juga jihad fi sabilillah. Jihad di jalan Allah. Tulis perkara yang baik yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Tulislah perkara yang dapat menginsafkan diri sendiri dan orang lain. Itulah juga prinsip utama bagi seorang penulis yang beragama Islam. Iaitu menulis untuk mencari redha Allah!

Seni Itu Indah. Allah swt menjadikan alam penuh berseni kerana Dia suka akan keindahan. Ada gunung-ganang, bukit-bukau, pohon-pohon yang menghijau sejuk mata memandang, sungai yang mengalir, deburan air terjun yang kedengaran asyik dan udara yang segar. Inilah karya seni yang teragung di dunia. Tiada sesiapa pun seniman agung di dunia ini yang dapat menandingi kesenian Allah. Mana ada lukisan yang dapat dinikmati dengan menggunakan kelima-lima panca indera melainkan lukisan Alam?

Islam itu ada kesenian yang tersendiri. Tapi bukan kesenian yang sia-sia. Kesenian islam adalah seni yang mengagungkan Allah swt. Ada garis panduannya. Orang yang berseni memiliki jiwa yang halus. Dia lebih peka terhadap persekitarannya. Kesenian islam itu adalah alat bagi seorang muslim seperti kita mendekatkan diri kepada Allah. Sama seperti hiburan dalam islam yang tidak semata-mata untuk berhibur tetapi mendidik jiiwa agar lebih mencintai perkara-perkara yang makrufdan mencintai Allah. Ini pendapat kukuh milikku tentang mengapa aku tetap menulis.

“Dalam apa jua hal, letakkan Allah sebagai yang pertama di hati.” Pesan kak Azzurin, seorang kakak senior tahun tiga yang paling rapat dan akrab dengan ku semasa di kampus. Aku akui kata-katanya. Tidak cukup jika kita hanya berjaya mencapai cita-cita dunia sahaja. Untuk Akhirat juga kita perlu memasang impian. Kerana itu lah kita perlu menggariskan impian kita selari dengan iman.

Berdasarkan ilmu dari sebuah novel yang aku baca, iaitu Janji Miftahul Raudhah, banyak juga ilmu yang aku perolehi dari situ. Novel itu aku pinjam di perpustakaan desa di kampungku, Terengganu. Novel begitu menarik minatku tentang isinya. Banyak ilmu di dalam yang aku timba. Besar pahala si penulis tersebut dalam menyebarkan ilmu. Berdasarkan beberapa patah yang aku ingat. Ayatnya, kita seorang pelajar, jadilah pelajar yang beriman. Jika kita seorang peguam, jadilah peguam yang beriman. Jika kita seorang guru, jadilah guru yang beriman. Nescaya kita akan jadi orang yang berharga dalam kehidupan di dunia dan bernilai tinggi di sisi Allah.

Orang yang beriman ialah orang yang tunduk dan bertaqwa pada Allah. Setiap perkara dilakukan, yang pertama tertancap di fikiran ialah keredhaan Allah. Tidak perlu menyandang gelaran ustaz atau ustazah, kalau iman kemas di dada, orang buta juga akan menjadi celik.

Persoalannya, bagaimana ingin jadi seorang pelajar beriman?

Tidak susah pun sebenarnya. Menurut bahasa mudah di fahami di dalam buku yang di aku baca itu, aku menimba lagi ilmu untuk menjadi pelajar beriman. Tidak susah, hanya perlu rajin usaha dan doa. Menjaga hubungan dengan Allah. Solat yang tidak ditinggalkan. Solat itu tiag agama. Bukankah membuat rumah mesti bermula dengan adaya tiang? Kalau tiada tiang, maka runtuhlah rumah tersebut. Dan untuk menjaga hubungan dengan Allah, kita perlu menjaga hubungan dengan manusia juga. Lebih-lebih lagi dengan ibu bapa kita. Guru juga perlu dihormati kerana mereka yang menyampaikan ilmu kepada kita. Tidak berkat ilmu  jika kita asyik ingin melawan guru saja.

Ibrahnya di sini, aku tertanya-tanya, di mana masaku membazir jika mendapat ilmu hasil penulisan baik oleh orang lain. Bagiku, boleh membaca dan menulis novelis sekalipun jika kita ada Yang Satu di samping. Tulisanku ini hanya sekadar ingin memperbetulkan persepsi luar terhadap seorang penulis sepertimana beberapa orang yang pernah berkata kepadaku seblum ini.

Penulisanku terhenti di situ. Dua jam berlalu begitu pantas. Betul kata orang, waktu ibarat air sungai. Ia mengalir kehadapan tanpa henti dan tidak mengundur lagi.kita pula ibarat pengembara yang harus mendayung sampan kehidupan dengan sebaiknya dan berani berhadapan dengan apa jua perkara yang bakal merintangi haluan.

Penerbangan Air Asia pada satu sudut menampakkan kemajuan. Waktu berlepas sudah semakin hampir, semua beratur berpusu-pusu panjang. Aku sekadar cuba bertenang menutup komputer riba dengan baik setelah menekan butang save pada sisi Microsoft word yang ditulis tadi. Sepertinya aku ingin menunggu giliran beratur tertinggal pendek, barulah aku terpacak berdiri di belakang sekali. Aku cuba menyimpan tenagaku supaya masih berbaki di sana nanti untuk menggendong beg pakaian agak berat jika di pegang terlalu lama terasa lenguh.  Hampir dua puluh orang tersisa tinggal barulah aku menapak bangun untuk beratur.  Tapi berlaku perkara yang tak sepatutnya berlaku. Baru beberapa minit aku berbaris, orang ramai yang tadinya telah di lepaskan untuk keluar dari balai berlepas tadi berpusu-pusu masuk kembali memenuhi ruangan. Pegawai pengawal keselamatan kedengaran menyatakan ada masalah teknikal pada penerbangan. Aku kurang pasti adakah benar itu yang terbias di pendengaran kurang jelas . Teligaku memakai Earphone ketika itu mendendangkan sebuah nasyik bertajuk Anak Soleh nyanyian Aiman. Namun ku hamper kepada pasti melihat sekembali mereka duduk semula ke tempat duduk. Mp3 telefon di perlahankan. Aku menyapa seorang gadis setelah melabuhkan punggung de kerusi kosong sebelahnya.

“Kenapa sebenarnya tu?” Aku bertanya tanpa malu.
“Masalah teknikal.” Jawabnya. Sama seperti dugaanku.
“oh. Nak ke Labuan juga ke?” Tanyaku lagi, memulakan percakapan.
“a’ah. Dentist kat hospital lama kat Labuan tu. Awak pula?”
“oh. Akak la ni. Erm, saya student dekat umskal.”
“Akak nama apa dan orang mana?” Tanyaku lagi tidak mahu berhenti berta’aruf.
“Erm, panggil Kak siti orang Kelantan. Adik pula?”
“Saya Mimie. Orang Terengganu.” Balasku.
“Transit ke sini? Akak biasanya transit kalau dari Kelantan ke sini. Tapi hari ini akak dah memang kat KL dengn kawan-kawan. Kalau transit better ambil penerbangan MAS. Tidaklah terlalu lama menunggu. Kalau Air Asia ni, kita kena tunggu tiga jam. Tapi kalau MAS sekejap saja.” Ujarnya panjang lebar menguntum senyum di bibirku.
“saya tidak transit.” Rngkas jawapanku.
“Oh, naik bas la ni. Tak rugi ke masa dik? Bagi akak la, sama saja kos guna duit untuk flight transit dengan bas. Berbaloi dengan masa dan tenaga dik.” Ujarnya lagi membuka ruang agarku berfikir.

Aku mengangguk.

“saya sebenarnya suka travel kak. “ Jawabku. Senyuman simpul masih kemas cuba untuk aku terbitkan dari bibirku.

Memang ada betulnya juga katanya. Namun aku punya misi tersendiri mengapa aku lebih memilih jalan yang agak susah dan berbeza dengan insan lain. Bagiku, yang berbeza itu istimewa. Tidak ramai yang memilih jalan begini. Mungkin bimbang akan risiko terlepas flight jika tidak tahu jalan. Lebih-lebih lagi ini kali pertama aku memulakan pengalaman begini. Tanpa ada sesiapa teman menunjukkan arah.

‘Experience is the best teacher’. Pepatah itu muncul mengetuk fikiran. Kalau tidak dengan langkah pengalaman pertama ini, aku tidak akan mungkin tahu tentang kewujudan jalan menggunakan SkyBus atau Aerobus ini. Lagi pula, bukan itu sahaja alasan pilihanku. Aku juga berniat ingin mengeratkan silaturahim dengan kakak dan abangku yang jauh di KL. Lebih-lebih lagi kakak ku sudah pun bergelar isteri orang. Makin jarang lah pertemuan kami nanti. Sedang aku pula sudah di putuskan oleh mama, untuk pulang mungkin sekali setahun sahaja memandangkan cuti semester yang pertama ini hanya sebulan dan empat minggu tersebut terbahagi kepada dua. Dua minggu aku sudah memperuntukkan untuk menjalani aktiviti tentera bergelar sebagai aktiviti kokum palapes di jalankan hutan dan markas tentera. Baki tertinggal dua minggu pada pendapat mama hanya membazirkan tenaga dan masa serta wang untuk flight. Aku akui itu, namun aku benar-benar berharap akan aktiviti kem tahunan tentera yang dipanggil ‘Annual Camp’ tersebut dijalankan di semenanjung. Maka dengan itu, aku tidak membazir masaku dan tetap pulang setelah aktiviti. Cuma perlu membeli tiket untuk kembali ke kampus. Namun ianya agak tipis. 

Jadual begitu padat yang cuba ku atur rapi. Di mana lagi aku akan bertemu dengan kakak dan abang jika tidak di curi masa dengan cara sebegini? Pagi sebelum berangkat, aku benar-benar bersimpati dengan kejadian menimpa abang. Mungkin bukan jodohnya biarpun sudah menjadi pilihan hatinya selama ini. Bermula dengan pertemuan dan berakhir dengan perpisahan. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan. 

Mungkin ini salah satu jawapan istikharahku. Aku seringkali memohon agar Allah membuktikan padaku pernyataan mereka-mereka di luar sana yang sedang hangat bercinta. Dan adakah status 'tunang' tanpa sedar itu di bolehkan? setahu aku ia hanya jalan-jalan yang memudahkan kata memberi izin sesetengah dari kita membuat maksiat. Berbalas meseg serta kejadian saling berhubung melalui telefon. Bercakap penuh dengan berkasih sayang, sedangkan perhubungan itu belum halal adalah salah satu maksiat. Tangan melakukan maksiat dengan menaip meseg kepada bukan mahram yang di anggap 'tunang'. Hati melakukan maksiat dengan mengingati si dia yang belum halal singgah di hati. Apatahlagi jika keluar berdua? Berjalan seiring dan sejalan. Syaitan bergelak ketawa saat itu kerana sudah menang menarik nafsu remaja muda masa kini. Kebanyakannya kalah pada ujian hati dan perasaan.

Aku hanya pemerhati tegar segala kejadian. Kekurangan aku adalah tidak mampu berhujah secara langsung. Ayat tidak berjaya di susun rapi berbeza pula dengan menulis aku lebih senang memerah otak memberi kata mudah agar kita dapat berfikir sejenak. Islam menyuruh kita menjaga diri, keturunan dan agama. Apabila kita jatuh cinta, ini yang perlu dititikberatkan. Jika tiga perkara ini tidak di jaga, cinta itu akan di dorong oleh nafsu.

Cinta perlu di bina berdasarkan cinta kepada Allah. Itulah cinta yang paling tinggi martabatnya. Bukan setakat memberikan pengorbanan yang kadang-kadang entah apa-apa. Kita juga masih terlalu muda untuk semua itu. Namun memang ini ujian kita zaman sekarang. Poyo dikatakan jika seseorang itu tiada 'Boyfriend', balak, kekasih atau sebagainya nama-nama sayang bagi mereka. 

Cinta itu sebenarnya suci. Orang itu sendiri perlu mencorakkannya. Salurkanlah cinta itu dengan mengambil kira keredhaan Allah. Bila betul-betul tiba masanya, maksudku di sini ialah cinta untuk menjaga diri, keturunan dan agama, lunaskanlah ia dengan ikatan perkahwinan. Tapi, jika wang pun masih belum terkumpul, adakah di kira sudah tiba masanya? Masa akan tiba saat kamu berjaya memenuhi segala keperluan untuk sebuah perkahwinan. Bina lah cita-cita walau setinggi mana pun yang anda mahu, tetapi susun setiap perkara dalam hidup ini mengikut keutamaan. Allah keutamaan kita. Percintaan tanpa halal, tidak diredhai Allah. Sia-sia hidup kita tanpa redha-NYA. 

Jodoh itu Allah juga yang tentukan. Bercintalah dengan siapapun, selama mana pun, tetapi jika Allah tidak tulis itu jodohmu, tidak akan bersatu juga. Jadilah kita orang yang rugi kerana jauh daripada Allah semata-mata cinta pada makhluk yang belum tentu berpenghujungnya bahagia bernoktahkan perkahwinan. Sedikit sebanya ada syukur di hati ini pabila mereka berdua berputus. Aku begitu menyayangi abang. Aku faham kerana ini cinta pertamanya. 'Tetapi, matlamat tidak menghalalkan cara, bang.' Bicara yang selalu aku sembunyikan di dalam hati. Sebelum ini jelas terpampang di muka kakak. Alhamdulillah dia sudah pun memiliki percintaan yang halal selepas sah di nikahi tempoh hari. cuma tertinggal seorang abang yang memerlukan tanggungan yang agak besar jika ingin membina sebuah rumah tangga dalam masa yang singkat. Allah memakbulkan doa ini untuk abang, namun ada gusar di hati ini. Aku bimbang jika dia terlalu tertekan dengan kejadian itu. Sebetulnya mama menelefon mengkhabarkan keadaan abang dan kebimbangan mama terhadap kesihatan abang. Ia turut mengundang resah di hati aku.

Namun, Ada Allah tempat bergantung. Allah maha berkuasa ke atas sesuatu. 'Kun Fayaku adalah milik-NYA. Berdoa sahaja aku mampu di kejauhan ini mengharapkan keadaan abang baik-baik sahaja. Mama memintaku untuk memberi nasihat kepada abang dan turut mendengar luahan hatinya, namun aku kurang petah berkata-kata. Takut pula termati kata atau terpanah jiwa. Ya, Allah selamatkanlah keluargaku.

Setiap ahli keluarga itu memang sangat saling memerlukan. Sebatang pokok perlukan daun dan cahaya matahari untuk terus hidup subur. Sebuah rumahdapat diiktiraf sebagai rumahku syurgaku, memerlukan keluarga yang bahagia dengan cahaya keimanan. Apabila ada cahaya keimanan, hidup tidak akan sunyi daripada ujian. 

Ibarat sebatang pokok yang memeiliki daun yang hijau dan tumbuh subur dengan adanya pencahayaan yang secukupnya. Kadang-kadang mendung datang menurunkan hujan. Mendung itu suram. Tetapi di sebalik kesuraman itu, ada siraman yang membawa rahmat. Juga penting untuk sebatang pokok untuk terus hidup subur.

Begitu juga manusia. Ujian itu muram. Tapi itulah tarbiyah daripada Allah. Ada rahmat dan pengajaran daripada-NYA. Tanda DIA masih mengingati kita. Tanda DIA masih sayangkan kita. Ya, Allah masih sayangkan abang. Maka dengan itu aku mohon semoga abang menjadi seorang yang kuat dan bertabah hati. Biar seremuk mana hatimu terluka, maka bangun dan kembalilah menyerakan hati mu kepada Allah yang sememangnya pemilik segala apa yang kita pinjam dari-NYA. Maka tiada lagi kecewa yang mengundang duka, I'Allah.

“Perhatian, bagi penerbangan AK5172, Labuan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan masalah teknikal. Penerbangan ini tertunda sehingga jam dua setenagah petang. Terima kasih.” Bunyi yang kedengaran keluar dari pembesar suara itu tiba-tiba menghalau fikiranku tentang keluargaku itu. Aku memandang ke luar. Ada kemungkinan cuaca kurang elok.

Masa bergerak pantas, tiada lagi delay yang berlaku. Semua penumpang berpusu-pusu ke kapal terbang tersebut termasuklah aku. Hujan mula memperkenalkan diri sementelah aku mendapatkan tempat duduk seperti biasa dipilih di tepi tingkap.

‘ Ya Allah, selamatkanlah perjalanan ini.’ Dalam gentar, hanya Allah tempat berharap. Masa terasa begitu lama untuk memulakan penerbangan kali berbanding kebiasaannya. Mungkin juru terbang turut berselawat memohon perlindungan Allah untuk sebuah perjalanan yang membawa ribuan penumpang di dalam pesawat ini. Setelah hampir lima belas minit menunggu, akhirnya berjalan juga tayar pesawat memulakan langkah penerbangan. Hujan makin lebat menyiram bumi. Dalam kesamaran kabus penuh memenuhi ruangan tingkap tertutup di celah pandangan mataku, pesawat tersebut tetap meluncur laju membelah angin serta hujan namun agak rendah berbanding biasa. Debaran semakin terasa. Dalam hati hanya Allah yang tahu debaran yang ku sorok melalui muka tenang ini. Pesawat sedikit bergoyang-goyang di terjah angin. Kilat kian memancar.  Jantungku berdegup kencang. Ada pilu yang terasa mampat di dada. Ada sebak menggetar rasa. Aku menangis dalam hati.  Detik sebegini barulah aku teringat akan mati. Tidak sedar rupanya aku terhadap tetamu yang bernama kematian.

‘Jngatlah Bahawa Malaikat Maut Melawat Kita 70Kali Sehari. Dan Sunat Bagi Kita Manusia Mengingati Mati. Selamat Malam JANGAN Lupa Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Manalah Tahu Meninggal Masa Kita Sedang Tidur ’

Sebuah kata-kata yang pernah aku post pada laman sosial kegemaran ramai iaitu facebook kembali berlegar di ingatan. Mudah benar aku melupakan setiap kata yang ku taip dan kongsikan kepada ramai. Betapa hipokritnya jika aku sendiri melupakan perkara itu.

“Allah, aku belum cukup amal. Belum membayar semua hutang-hutang kepada makhluk-MU serta segala amanah-MU yang tergalas dalam tekad diri ini, maka Engkau izinkanlah aku untuk terus hidup menyampaikan amanah di bumi ini. Aku masih belum mampu mengikis segala sifat mazmumah dalam diri ini sebelum pergi menghadap-MU, aku terasa tidak layak ya Allah. Astaghfirullah. Aku memohon ampun atas segala keangkuhanku selama ini berpijak di bumi-Mu tanpa membawa sebarang maanfaat. Ampunkanlah aku ya Allah..” Kepala terasa berat bagaikan di hempap gunung mengingati kesalahan laluku. Entah layak entahkan tidak aku memohon sedemikian. Tubuh seram sejuk memandang ke luar jendela. Bagaikan kapas-kapas lusuh berwarna hitam gelap pekat menghiasi lubang cermin jendela yang aku intai. Bagaimana pula keadaan si juru terbang itu? Adakah dia nampak? Allah, lancarkanlah perjalananku pada hari ini. Laju saja airmata hamba Allah yang selama ini sombong akan nikmat Tuhannya.

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Lirik Lagu Far East bertajuk Menanti Di Barzakh bagaikan menyanyi-nyanyi di segenap corong telingaku biarpun tanpa di pasang. Ranting ingatan terus mencantumkan memori-memori lama mengenai amalan sepanjang hidup. Allah, layakkah aku? Mata dipejam seketika membiarkan perasaan itu berlalu pergi. Salah diriku jarang sekali membacakan doa untuk meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Ya, aku belum menghafal sepenuhnya doa yang seri dibaca oleh Shahirah, sahabat lamaku semasa di matrikulasi Pahang.

Mata di buka perlahan-lahan. Halus cahaya matahari cuba mencuri masuk melalui jendela. Beransur sudah perginya awan penuh berisi kandungan air itu tadi. Aku masih belum melepasi daratan. Yakinku kini cuaca tersebut mungkin di sekitar kawasa Kuala Lumpur sahaja. Namun tidak pula di kawasan yang kalau mengikut peta, mungkin sekaran ini aku di atas angin kawasan Negeri Johor. Mungkin! Itu hanya anggapan tanpa analisis milikku. Namun begitu, terasa ingin bersujud syukur aku di situ dan ruangan begitu sempit menjadi penghalang. Alhamdulillah. Zikir tidak terhenti biarpun cuaca makin membaik. Allah, Terima kasih. Aku benar-benar bersyukur. Beberapa ketika kemudian aku terlelap tanpa sedar.Terjaga sahaja pesawat sudah mahu mendarat.

Ternanti-nanti akan aku sebuah amalan lebih terjaga dan istiqamah selepas ini. Ya, Allah terima kasih masih memberi kesempatan hidup untuk menambah amalan lagi. Hanya itu teringat di fikiran biarpun sudah lama terlelap. Bersyukur bukan kepalang. Malah Allah menambahkan lagi nikmat pada hari ini dengan rezeki-NYA yang melimpah ruah. Mulanya Kak Siti meminta Kak Na menumpangkan aku sekali setelah teksi tidak muncul. Kemudian diajak pula aku makan dahulu ke rumah terbuka sahabat kak Na. Seperti yang mengantuk disorongkan bantal. Itu lah layaknya bagi aku. Perut sememangnya berbunyi minta di isi. Alhamdulillah. Allah, Engkau Maha Pemurah.

Kakiku bagaikan terpaku apabila mataku kebingungan melihat keadaan rumah beta 6 yang menempatkan bilik Asmidar, sahabat kepada izati yang mengajakku untuk menumpang tidur sekali kerana sesampainya aku pada maghrib itu, pejabat Beta sudahpun tertutup kemas. Aku bercadang untuk check-in pada esok hari. Aku masih terkejut. Peralatan semuanya baru. Meja baru diberi ruang meletakkan buku dan dengan perubahan ini juga, pelajar tidak akan mungkin dapat membawa masuk meja ke dalam bilik lagi kerana meja tersebut telah dilekatkakan pada dinding dengan menggunakan skru.

Tersergam pula almari baru berserta katil dan tilam yang juga baru serta masih belum di buka plastiknya lagi. Sebuah pembaharuan yang mungkin lebih menyelesakan lagi para penuntut yang masih belajar di sini. Namun seperti biasa setiap perubahan pasti ada ‘pro’ dan ‘cotra’ tersendiri. Mungkin di pihak sana ini adalah sebuah peruntukan terbaik. Namun ada sesetengah pelajar lebih menggemari perabot lama kerana sudah terbiasa menggunakannya. Aku sudah berjumpa beberapa pelajar menceritakan ketidakpuashatian tentang penukaran perabot. Aku hanya mendengar dan mengiyakan sahaja. Sebenarnya diri ini benar-benar menentang, namun jauh di sudut hati cuba menerima.

Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.

Serangkap pantun yang cukup untuk mengajarkan kita erti bersyukur.

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."