Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, August 14, 2013

Tentang Usrah



Alhamdulillah. bertemu lagi kita. Ok hari ini bercakap kisah Usrah pula. Mimie ada teka teki, apakah bentuk yang ada perasaan? hah! Jawab. boleh sahut cabaran? hmm.. ok la sebelum jawab, baca dulu penerangan ini. lepas ini sure I'Allah readers boleh jawab. Mimie hanya berkongsi. semoga bermanfaat. :)

----------------------------------------


Beberapa minggu dulu, masa aku tengah drive balik kampus dari rumah aku, aku call seorang sahabat aku ni, aku tak ingat apa yang di bualkan pada mula-mula, kemudian sampailah tiba-tiba dia tanya aku macam ni ;

“ shuk, kalau aku tak nak pergi usrah lagi boleh tak?” Aku tanya kenapa, dan jawapannya (lebih kurang) ;

“sebab aku rasa bila aku pergi usrah, rasa macam sama je kalau aku tak pergi usrah. Maksudnya, kalau aku dating usrah dengan kosong, rasanya balik pun kosong je.”
Dan ada lagi dia huraikan apa yang bermain di fikiran dia. aku dalam hati nak cakap, 

“kau salah tanya orang ni, kau tanya orang yang malas pergi usrah.” hehe. 
Tapi aku tetap juga bercerita kepada dia apa fungsi usrah secara umum dan kenapa perlunya usrah. Nanti kalau aku cakap macam tu, mana tahu dia off call dan takde kawan pulak aku nak berbual dalam kereta tu. Woha!


Sebelum tu pun, ada juga seorang junior cakap pada aku, dia dah jarang ikut usrah, kadang-kadang bila senior-senior dia ajak pergi usrah, dia rasa macam nak melarikan diri. Tak tahu kenapa, tapi kalau jumpa senior dia, senior dia tanya la kenapa lama tak nampak dan lain-lain, dia hanya mampu jawab..
“kekurangan masa, atau kekangan masa atau tak cukup masa atau takde masa” woha! (ni aku edit ayat)
Dan aku nak tanya korang, apa maksud usrah?

Suara orang ramai : KELUARGA!!

betul lah tu keluarga. Tapi dari sudut definisi la, kalau maksudnya secara istilah, usrah lebih kurang kepada suatu kumpulan yang ada beberapa individu yang mana syarat asasnya (tak semestinya wajib pun) mestilah orang islam, dan berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati islam.

Mana dapat sejarah usrah ni dan apa ciri-ciri dia? Korang tanya lah abang google, mungkin dia boleh bagi info kalau korang rajin nak cari. Ada orang kata usrah ni bersifat ekslusif, hanya orang-orang tertentu je. Ada pula kata bidaah, sebab nabi tak buat. Lagi best, ada yang kata usrah ini politik, sebab siapa masuk usrah, akan di pengaruhi orang politik tertentu untuk sokong dia. ha ha ha – tak lawak pun

Ada orang bagi perumpamaan usrah ni macam-macam. Dan aku punye perumpamaan tentang usrah macam ni ;

Usrah ni ibarat korang pergi sekolah (tak kisah la sekolah rendah atau menengah), sekolah tu adalah untuk semua orang, tak bersifat ekslusif atau apa-apa je. Dan orang yang pergi sekolah bukan sebab dia dah pandai, tapi dia datan sekolah sebab nak jadi pandai dan makin pandai. Dengan erti kata lain, orang pergi sekolah ni nak berubah dari jadi orang bodoh kepada orang bijak pandai.

Atau perumpamaan lain,

Usrah ini ibarat kau menziarah mayat atau orang mati. Bukan pak imam atau orang masjid sahaja datang, tapi semua orang boleh datang. Orang yang datang ziarah mayat ni (ni perkara yang sepatutnya) hadir bukan sebab dia ni warak atau lelaki beriman akhir zaman, tetapi antara sebab dia datang untuk menginsafi akan kematian dan berubah menjadi baik. 
(rujuk hadis apa tujuan nabi suruh ziarah orang mati)




Maka, lebih kurang lah dengan usrah, usrah di hadiri bukan kerana mereka baik atau alim mahupun budak surau je, tetapi usrah di hadiri sebab mereka-mereka ni nak berusaha untuk berubah menjadi lebih baik dan terbaik. Dengan erti kata lain, usrah ini bukan sekadar sekolah tarbiyyah (didikan yang di spesifikkan kepada islamik), tetapi university of tarbiyyah dan lebih dari itu.

Mereka berkumpul (sepatutnya) bukan untuk membuat agenda tersembunyi, tapi berkumpul untuk bina islam semula dalam hati dan diri.

Err..kenapa nak bina islam pulak? Bukan dah islam ke?

Nak tahu apa maksud bina semula islam dalam hati dan diri, aku cadangkan korang baca la sirah nabawiyah, fahamkan dan hadamkan. Maka korang akan tahu dan faham, kenapa korang kena bina islam. Kalau aku tulis kat sini, korang hanya tahu, tapi belum tentu korang faham.

Habis tu, kenapa ada yang datang usrah dengan tak datang usrah, sama je. Aku pernah tanya perkara ni pada naqib aku, dan dia kata, tengok niat dan tujuan datang usrah. Ada yang datang usrah sebab terpaksa (kawan-kawan atau naqib pujuk sampai datang bilik suruh datang) dan kesian, ada yang datang sebab nak tengok ape benda usrah ni, ada yang datang sebab nak hilangkan masa boring, dan macam-macam lah. Sepatutnya, sebelum datang usrah, awal-awal dah setting niat “ aku datang kerana aku nak bina islam dalam diri dan nak jadi yang terbaik”

Kalau korang jumpa orang yang boleh disyaki pengikut Jemaah tabligh, jika dia ajak korang belajar-belajar atau ayat mereka ajak “keluar”, dan kalau korang bersetuju nak ikut, biasanya lah mereka akan kata mula-mula “ betulkan niat, keluar sebab nak belajar-belajar islam dan perbaiki iman.”
Atau korang yang ada pengalaman pergi university, orang yang terdekat korang akan pesan (biasanya) masa awal-awal masuk university, “ betulkan niat, datang nak belajar”.
Kenapa kena betulkan niat? Aku dah buat nota pasal ni di sini
Aku nak bagitahu, datang usrah sekali bukan bererti kau terus dah berubah jadi baik dan terbaik, atau datang usrah sekali terus kau boleh jadi pensyarah di fakulti pengajian islam. Tak dapat la der. Usrah ni hanyalah MEKANISMA ataupun CARA untuk kau peroleh cebisan tarbiyah, dan ia BUKANLAH TUJUAN tarbiyyah.

Apa tujuan tarbiyyah?

Aku cerita lain kali. Woha!

Macam-macam lagi mekanisma yang korang boleh dapat untuk mencari tarbiyyah, contohnya korang pergi kuliah-kuliah agama, pergi program tazkirah, atau paling simple sekali, kau baca Quran dan hayatinya serta buat solat-solat sunat. Itu salah satu mekanisme tarbiyyah. Tapi adakah ia cukup? Mesti lah tak cukup.

Kalau dah cukup, para sahabat Nabi dulu duduk rumah dan baca Quran dan solat sunat sepanjang waktu je. Tak perlu buat perkara lain. Amalan islam itu menyeluruh, sepatutnya bermula dari kita keluar dari rahim ibu sehinggalah kita jadi mayat dan masuk lubang kubur. Kita lahir-lahir je sepatutnya di azankan, dan apabila kita jadi mayat kita di solatkan.

Jadi kehidupan kita di antara azan dan solat. Mungkin sebab tu, salah satu asbab doa yang di terima adalah doa diantara azan dan iqamah (rujuk hadis). Dan pengalaman aku? Aku cerita lain kali kalau aku belum jadi mayat.

p/s : Dengan penerangan ini sudah terjawab teka teki atas tu kan? Jawapannya begitu mudah. IA adalah bulatan gembira! Kenapa pula mesti bulatan dan kenapa mesti gembira ya? - ia rangkaian kasih sayang. belum cuba belum tahu. Jom kita try mcm mana rasa bila berusrah juga. Jom-jom.. :)

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."