Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, November 10, 2017

Kisah cinta Zulaikha



Sejarah menceritakan kisah cinta
Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.

Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh
cinta nafsu yang berkobar-kobar
pada Nabi Yusuf, dia sanggup
hendak menduakan suaminya,
seorang menteri. 

Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, 
ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak.

Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. 
Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung 0leh Zulaikha 
Menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik 
Menjadi perempuan tua yang hodoh. 
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf,
hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. 
Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. 

Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini
Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, 
kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. 

Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, 
Datanglah cintanya pada Allah 
Sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat 
Kepada Allah dalam solat dan zikir wirid 
sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya 
Yusuf yang berhajat kepadanya.

Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan
solatnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf 
lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; 
sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu 
Dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.

Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. 
Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah 
Dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta Yusuf dan Zulaikha

Jika kita perhatikan betul-betul kisah ni,

Al-Quran tak agung-agungkan pun cinta Yusuf dan Zulaikha.
Sepertimana yang diagung-agungkan dalam kad-kad kahwin.

Al-Quran menekankan perjuangan seorang Rasul
Dalam jihad melawan nafsu.

Ia juga memuliakan taubat seorang wanita
Yang cuba hendak berzina.

Moral yang sangat penting kita nak ambik kat sini,
biar kita segagah Yusuf, seinsaf Zulaikha.

kita nak dapatkan cinta Allah,
kita mesti kenal dulu Allah.
Dan nak kenal Allah itu,
Ada dengan jalan wahyu, petunjuk Rasul,
Ada dengan jalan akal, kita mengkaji,
kita memahami ilmu-ilmu sains
Yang boleh membawa kita kepada merasai adanya Pencipta
Dan boleh mengenali Allah itu dengan cara kita lihat kepada fitrah kita ni.

kita nak ada kekasih yang setia,
Nak ada Tuhan,
Nak ada sembahan,
Nak ada penyelamat,
Nak ada tempat yang boleh mendengar luahan hati kita
Memujuk setiap kesedihan kita.

Suara fitrah itu diinstallkan secara semula jadi
Untuk kita cari Allah dalam hidup kita.

Yusuf sedar Allah adalah cinta matlamat,
Imratul aziz itu cuma makhluk.

Bila Nabi Yusuf diperintahkan masuk ke dalam bilik,
Baginda berada dalam situasi yang sangat disenangi oleh nafsu.
Tapi dideritai oleh iman.

Berdua-duaan dalam bilik, digoda wanita cantik,
line pun line clear, pintu dah berkunci.

Jadi jika Yusuf tidak menguruskan nafsu lelakinya,
Dia akan lentok dalam pujuk rayu si cantik Zulaikha.

Orang soleh macam mana pun,
kalau tak jaga hati, dia boleh jadi tak tahan.

Tengok kat situ ya secara realitinya,
Cinta itu degupan atau lintasan
Atau kecenderungan yang lahir daripada hati kita.

Dan hati itu suatu raja yang perlu diuruskan. kena pause.
Tekan butang pause dalam minda kita.

Aku ni sedang letakkan cinta makhluk nombor 1 ke?
Ataupun sedang letak cinta matlamat nombor 1.

Aku sedang ikut panduan wahyu ataupun panduan nafsu?
Itu pentingnya fikrah. Ataupun pentingnya kesedaran.

Pentingnya kita doa kita rujuk Allah,
kita berdialog dengan Allah,
Supaya tindakan kita itu terpandu,
Dia tak ikut suka hati kita sahaja. 

Hati Nabi Yusuf ni hidup, hati Nabi Yusuf bekerja, hati Nabi Yusuf berhubung kuat dengan cinta Pencipta, hati Nabi Yusuf banyak muhasabah. Tak mungkin cinta penuh suci bergaul dengan cinta penuh noda.

Bila raja yang bernama hati itu baik dalam kerajaan diri, soal cinta mudah diuruskan. Soal cinta ini dia akan merujuk panduan Tuhan. Kenal mana haram mana halal. Yusuf dalam kisah tadi lebih memilih cinta matlamatnya. Cinta Allah bagi Nabi Yusuf jauh lebih besar dan lebih menyelubungi seluruh aqal dan fikirannya saat itu.

Perasaan nikmat ini, takkan dapat dirasai,oleh orang yang tak biasa call dengan Tuhan dia, sms dengan Tuhan dia, dating dengan Tuhan dia, apa maksudnya? Call tu maksudnya kita cepat-cepat sahut panggilan Allah bila tiba masa ibadah. Baca sms Allah, baca wahyu Allah, kita dating sepertiga malam pada saat yang kita ternanti-nanti . kalau tak wujud perasaan ternanti-nanti tu , paksa diri untuk merasainya, dan kita tambahkan ilmu, ilmu itu boleh menyebabkan jiwa kita lebih segar, dan lebih kenal mana cinta alat mana cinta matlamat.

Bagaimana kita nak uruskan bila kita jatuh cinta? 

Saya bagi analoginya begini. 
Bila kita berpuasa, kita teringat nak makan. Itu fitrah. 
Contohnya pada bulan ramadhan. 
 Kita teringat nak makan. 
Lebih-lebih lagi bila kita tak sahur tadi, 
teringat nak makan. Itu fitrah. 

Tapi bila pukul 10 pagi, kita dok asyik tenung makanan, 
kita main sedut-sedut air daripada straw dalam cawan. 
Bukan nak makan nak minum. Saje. Suka-suka. 
Kita asyik dekat dengan makanan, 
dia boleh menyebabkan kita makin tak tahan, 
air liur makin meleleh-leleh, 
rasa memang nak berbuka puasa. 

Sebab apa? 
Sebab lambat lagi nak berbuka puasa. T
api awal-awal lagi kita dah pun duduk dekat dengan makanan. 
Begitu juga bila kita jatuh cinta jatuh hati. Itu fitrah. 

Bagaimana kita nak uruskan fitrah ini. 
Adakah bila kita suka kat seseorang kita pun cepat-cepat sms call dengan dia, 
cakap benda-benda tak penting, tak perlu, kita dok main api awal-awal. 

Dia akan menyebabkan kita rasa stress, nak nikah cepat ataupun nk buat maksiat. 
Padahal kita dalam tempoh banyak lagi benda yang kita perlu siapkan diri ketika itu. 
Lebih-lebih lagi, bila kita uruskan cinta itu 
dengan kita pergi layan banyak-banyak lagu cinta, 
dok asyik tengok cerita korea hari-hari, 
dia makin bagi stress, nak nikah, makin stress. 

Maka kita kena sangat rasional dalam soal ini, 
strategi 3P yang disebutkan, yang pertama, kita PAUSE,
tekan dlu butang pause dalam minda kita. 
Nabi ajar kita pilih orang yang macamana, 
Nabi ajar kita ada kondisi-kondisi tertentu. 
Mana yang elok nikah, 
mana yang kena tahan dulu, makruh nikah, 
ulama dah keluarkan hukum tentang makruh nikah sunat nikah, 
wajib nikah itu semua. Kita tengok kita tahap mana.

-ustazah fatimah syarha-

Tuesday, October 24, 2017

Mutiara Kata Bermakna



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kita berusaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.."

- Ustaz Pahrol Juoi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasa pun menjadi sempit.

- Imam Asy Syafi'e
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hindarilah diri dari bergelak ketawa. Kerana ia boleh menyebabkan kamu melupakan kematian untuk satu saat. Maka itu bukan petanda yang baik. Insafi diri selalu kerana dunia ini bukanlah barang yang kekal.

- Baba Sayyid Mahmud Al-Idrus
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di antara tanda matinya hati adalah tidak adanya perasaan sedih atas ketaatan yang kau lewatkan dan tidak adanya perasaan menyesal atas kesalahan yang kau lakukan.

Ibnu Atha'illah al-Iskandari
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tingkatan iman yang sebenar ialah bersedia untuk bertolak ansur dengan segala perkara yang bertentangan dengan keinginan kamu.

-Mawlana Shaykh Abdullah Faiz ad-
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waima orang yang paling hebat dalam menulis syair pun tak akan mampu untuk menulis tentang keindahan wajah Rasulullah. Tak akan ada.

Ustaz Othman Daud ~

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Semakin rapat murid itu dengan gurunya, semakin banyak murid itu dapat mengambil ilmu dan akhlak dari gurunya, kita akan dapat menjadi seperti guru kita, saling tidak tumpah macam guru kita bilamana kita selalu berdamping dengan mereka, sikapnya, akhlaknya."

'CURILAH' akhlak guru ketika bersamanya.

Syeikh Zainul Asri ~

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Usia itu bukanlah di hitung, daripada mula engkau dilahirkan. Usia itu dihitung daripada mula, engkau mengenali Tuhanmu."

‎[Ibnu Athoillah As-Sakandari]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada tiga tanda keikhlasan seseorang ; Jika ia menganggap pujian dan celaan orang sama saja, jika ia melupakan pekerjaan baiknya kepada orang lain, dan jika ia lupa hak kerja baiknya untuk memperoleh pahala di akhirat.

Dzhunun al-Mishri

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Seorang alim harus memiliki wirid dalam amalannya, antara dia dan Allah"

- Imam asy-Syafie

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Apabila engkau redho dengan rezeki yang engkau terima, niscaya hidupmu akan penuh dengan kenikmatan ".

- Habib Abdullah bin Muhammad

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang mukmin yang kuat tauhidnya, sekalipun masih hidup di dunia dan terikat pada semua wujud yang fana, namun harapannya semata kepada Allah Ta'ala."

- Prof muhaya -

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Carilah kesalahan pada dirimu, jangan kau cari-cari kesalahan pada orang lain."

kitab tafsir karangan ibnu arabi jilid 1 pdf

Friday, May 12, 2017


Mimi baru pakai AppStore yang boleh open blog di telefon.  :)

Monday, May 1, 2017

Bersyukur dan berjiwa Qanaah


Andai kita cuma ada sepasang kasut,
Pandanglah mereka yang hanya ada selipar.

Andai kita cuma punya sepasang selipar,
Pandanglah mereka yang berkaki ayam.

Andai kita cuma berkaki ayam,
Pandanglah mereka yang tidak berkaki.

Apa persaan mereka yang tidak berkaki pula?


** *** **

Ia akan menjadikan kita sentiasa bersyukur.
Atas apa yang kita miliki.

Jika diberi harta lebih,
Kita rajin memberi dan berongsi.

Jika diuji dengan kesempitan,
Kita tidak suka meminta-minta.

Begitulah lazatnya jiwa Qanaah.

Sentiasa berasa cukup apa adanya.
Malah bersyukur tanpa hentinya.

** ** **

Bila berdoa, mintalah rasa cukup.

Mengapa?

Sebab sebanyak mana pun duit yang ada dipoket kita, 
kalau Allah tidak mencampakkan rasa cukup dalam hati,
Pasti hidup kita tetap terasa ada kekurangan.

Namn sebaliknya,

Jika Alah campakkan rasa cukup itu kedalam hati kita,
Saat itu seluruh hidup kita terasa sangat lengkap.

Berdoa dan bermunajatlah.
Supaya Allah campakkan rasa cukup itu,
Memenuhi ruang hati kita.

Inshaa Allah.

Moga kita dapat jadi hamba yang bersyukur,
Dengan jiwa yang penuh Qanaah.


Masa silam


Jangan sedih bila terkenang masa silam.

Kita tidak akan jadi seperti sekarang,
Kalau kita tak lalui masa silam itu.

Jika dulu kita puibibendosa,
Maka bertaubatlah.

Jika dulu kita buat silap,
Maka betulkanlah ia.

Jika kita terlukakan hati orang,
Maka pohonlah kemaafan.

Jika hati kita pula dilukai,
Maka cubalah memaafkan.

Ubahlah diri sendiri,
Menuju yang lebih baik lagi.

Transformasikan diri sendiri,
Buang segala negatif penghuni dalam diri,
Mulakan kehidupan yang positif sebagai ganti.

Jika kita lupakan semua duka dijiwa,
Dan diganti sesutatu yang gembira,
Pasti kau dapat melupainya.
Kebahagiaan akan menjelma tiba.

Inshaa Allah

Wednesday, March 15, 2017

Hakikat sebuah ilmu

Hakikat ilmu adalah melahirkan ketakutan dan amal pada Allah. Selagi mana ilmu yang diperolehi tidak diniatkan untuk diamalkan, selagi itu ilmu akan jadi beban pada penerimanya.
 
Bila ilmu jadi beban, ketika itu proses menuntut ilmu jadi tidak menyeronokkan dan menyakitkan, ketika itu ilmu yang diperolehi tidak kekal lama di ingatan, tidak dapat dihadirkan apabila diperlukan.
Sobahal kheir!

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."