Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Tuesday, November 1, 2016

Puisi Kecintaanku pada Al-Quran



Al-Qur'an itu jika dibaca sahaja,
Sudah rasa tenang seluruh jiwa,
Seluruh kehidupan kita diberkatiNya,
Apalagi jika kita cuba menghafaznya.
  
Bila kita berjaya menghafaznya,
Mudah untuk dibaca dimana-mana,
Mudah untuk istiqamah hendaknya,
Tapi kena awasi setiap bacaannya.

Perlu menjiwai setiap bacaan,
Perlu dibaca penuh tumpuan,
Setiap maksud dalam penghayatan,
Kerana ianya kalam dari Tuhan.

Ramai manusia cuba menghafaznya,
Tidak ramai pula yang berjaya,
Allah tentukan kamu Berjaya,
Bacalah penuh rasa syukur didada.

Jagalah hafazan dan betulkan niat,
Bacalah selalu di dalam solat,
Moga hidupmu menjadi berkat,
Dalam meniti hidup yang singkat.

Nafikanlah semua usaha kita,
Usaha itu tiada semuanya kuasa,
Kita berjaya kerana rahmatNya,
Kejayaan ini hasil belasNya semata.

Bacalah dengan rasa cinta dijiwa,
Bacaan penuh takzim kepadaNya,
Rasa terima kasih tak tehingga,
PadaNya yang telah memilih kita.

Cuba untuk terus perbaiki hafazan,
Memperelokkan tajwid bacaan,
Meneliti ayat-ayat sarat tujuan,
Menghadirkan hati saat ditadabburkan.
  
Ingatan hafazan yang dianugerahkan,
Menjadi tanggungjawab untuk diamalkan,
Moga dijaga sebaiknya amanah Al-quran,
Sampai saatnya kita dijemput kematian.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."