Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, June 22, 2011

CERPEN : Matrikulasi, Disini Tarbiyahku bermula.

Alhamdulillah. Berjumpa lagi kita dalam rahmat dan kasih sayangNYA. Hari ini Mimie tidak kekosongan idea. Ini mungkin suatu yang menarik dan berharga untuk di kongsikan kepada readers. Berharap kisah ini tidak dibiarkan berakhir tanpa diambil pengajaran darinya. Dengan bismillah. Mimie mulakan catatan ini. Semoga menjadi ibrah buat semua, dan menjadi ingat-ingatan di masa depan. Semoga nantinya menjadi semangat diri. Seandainya Allah mentakdirkan diri ini untuk diuji dengan selemah-lemah iman dan kekufuran –nauzubillah. 
-> ok jom baca. Semoga bermanfaat. :)

CERPEN : Matrikulasi, Disini Tarbiyahku bermula.

Aku terpandu untuk membuka lembaran diari tahun lepas. Jelas berterbangan debu-debu yang menempel kemas. Tulisan kecil cuba kutatap. Sudah sekian lama tidak kujengah. Ia bagai menyimpan pelbagai memori. Tertonton bagai video. Saat membaca menggamit rindu. Alkisah ketika aku berada di alam matrikulasi. Dan dengan rasa penuh kasih, diari itu aku bersihkan. Helaian demi helaian aku menyelak. Membaca tulisan yang pernah aku nukilkan. Diari itu tempat luah rasaku. Diari itu tempat tumpah jiwaku. teman ketika kesedihan dan rakan ketika kegembiraan. Sungguh, terlalu rindu dengan sebuah kenangan yang pernah tercatat dalam kisah hidupku dan tanpa aku sedari, air mata ku mengalir. Menatap kembali gambar kenangan didalam sebuah diari.

Tanggal 23 march 2011
Kolej Matrikulasi Pahang begitu tersergam indah saat pacuan empat roda Proton Iswara merah milik abah tiba di perkarangan. Namun keindahannya tidak mampu menarik senyum di wajah dukaku. Selesai sahaja pendaftaran, aku menuju ke nombor bilik bersama muka yang masih ‘ketat’. Keluarga mengekori. Blok C1.T2.P3 itu nombor bilikku. Didalamnya terdapat empat buah katil lengkap tersedia meja dan kerusi belajar bersama loker masing-masing berdekatan katil. Tidak pernah aku melihat kemudahan untuk pelajar semewah ini. Aku tersenyum sedikit. Aku memilih katil berdekatan tingkap. Memerhatikan pandangan luar itu hobiku bila sedih. Dua dari tiga katil itu sudah diambil orang. Mereka masuk ketika aku sedang berkemas. Hanya satu katil belum berpenghuni. Aku tidak bersedia menyapa mereka berdua. Hatiku gusar. 
* * *
Jualan mega serta promosi hebat dijalankan di hadapan cafe. Kami sekeluarga langsung tiada minat ke arah itu. Hanya gerai makanan tertumpu. Nasi ayam menjadi menu kami sekeluarga pada tengahari yang terik itu. Aku sebak. Tidak percaya bahawa ianya terakhir kali bagi aku bersama keluarga. Aku tidak pernah berpisah dengan keluarga sebelum ini. Malah tawaran untuk bersekolah agama pernah aku tolak kerana tidak ingin berjauhan. Penyesalan masih terasa. Biarlah ianya hal yang lalu. Sekarang aku terpaksa akur terhadap masa dan keadaan di mana aku bukan lagi kanak-kanak. Aku perlu menjadi dewasa. Aku melambai sepenuh hati kereta Proton Iswara merah yang sedang meluncur laju menuju muka pintu gerbang keluar kolej Matrikulasi Pahang. ‘Mimi,kau kene kuat’. Aku akhirnya menyeka airmata. Selesai sahaja pemergian mereka, aku meninjau gerai promosi yang dikatakan hebat itu.
 
‘wah, baju muslimah RM25 je? Murah betul. Tapi.. aku sudah tidak mahu lagi berperwatakan muslimah. Aku tidak layak’ detik hati ku. Sudah lama benar aku inginkan baju labuh begitu semenjak aku pernah memiliki perwatakan sebagai seorang muslimah semasa percubaan aku di zaman sekolah. Aku sedang SPM waktu itu. Kenangan lama menerjah. Aku takut. Aku bukan dari sekolah agama. Mereka menilai kesilapan lalu aku yang jahil dan kemudian dikaitkan dengan tudung labuh yang aku pakai. Semenjak dicemuh aku tetap bertudung mengikut syariat dan syarat betudung , dilabuhkan bawah paras dada. Namun ia bukanlah tudung labuh besar idaman milikku itu. Hatiku teringin namun risau. Mungkin kerana aku belum benar faham tentang niat berpakaian. Mungkin aku perlu perbaiki semampuku untuk melayakkan dirikku berpakaian sebegitu. Aku Mahu. Aku perlu perbaiki sikap lebih banyak lagi. Lalu aku terfikir, aku boleh membelinya terlebih dahulu. Setelah aku mampu mengikis sikapku yang mazmumah, ianya boleh dijadikan hadiah buat aku. Akhirnya, Sekaligus aku membeli dua pasang. Hampir separuh duit belanjaku habis. Tidak mengapa bagiku atas sebab aku sudah lama mengumpul wang untuk memiliki baju sebegitu. Usai membeli, langkahku seterusnya menuju ke bilik. 
Aku menghempaskan tubuh letihku di katil empuk. Segala kegusaran yang terbuku di jiwa cuba aku lepaskan sebebas-bebasnya. Aku tidak mahu menyimpankannya ke dalam benak ini biarpun satu. Kalau boleh aku ingin melupakan hasratku tentang maktab itu. Sudahlah. Ianya bukan rezekiku. Pintu bilik dikuak. Dua pelajar tadi tiba-tiba muncul menampakkan wajah di muka pintu. Mereka tersenyum girang. Mungkin sudah berkenalan. Hanya aku yang masih ditakuk lama. Masih bersedih untuk hal yang bukan menjadi takdirku. Ah, mimi bangkitlah! Hatiku merintih lagi meraih semangat.  
“Assalamu’alaikum..” pintu dikuak sekali lagi.
Aku sekadar menjawab perlahan. Seorang pelajar bertudung labuh melangkah masuk bersama senyuman yang sungguh manis. Wajahnya jernih. Sejernih hatinya yang mungkin sedang ketenangan. Dia masuk bersama beg bagasi. Aku terkejut. Mulanya ku kira dia mungkin Ajk yang cuma singgah ke bilik untuk bertanya apa yang perlu. Sangkaanku meleset. Dia bakal menghuni bilik ini. Bermakna dia bakal roommate ku. Aku bermimpi kah? Tiada keluarga mengiringinya. Hanya dia sendiri. Senyuman masih tidak lekang.
“hai,semua. Sebelah katil saya ni name ape? Depan katil saya pulak name ape? ” Lembut dia menyapa sambil tangannya pula sibuk memasang cadar. Ramah. 
“oh, saya ummirah, panggil saya umiey”. Jiran sebelah katilnya menyambut.
“panggil saya Aimi.” Giliran jiran sebelah katilku pula menyambut. Tinggal giliranku. 
“err..saya mimi” Aku terkaku. Anak tekak seakan tidak mampu keluarkan suara. Terlalu lama aku menjadi pendiam hari ini. 
“oh. Sekarang semua roommate saya ada ‘mi’ kat belakang. Umi, Aimi, dan Mimi. Susah saya nanti nak panggil. Hihi..” 
sempat dia berseloroh biarpun baru sahaja berkenalan. Serentak itu tawa mereka kedengaran. Cepat benar mereka Akrab. 
“Emm..saya shahirah. Salam ta’aruf semua. Semua asal dari mana?” 
Dia menyoal lagi biarpun kali ini sedang mnyusun buku dirak. Usai sahaja dia berkemas, bagaikan ada satu tarikan magnet di mana kedua mereka yang terasa asing di mataku itu tadi berkumpul di katil shahirah yang peramah itu. Hanya aku menjadi pemerhati keadaan. 
Dia sungguh pandai menarik perhatian. Dia peramah. Allah, baruku sedar di mana hikmah yang Engkau telah sediakan padaku. Berkenalan dengan insan berpewatakan begini memang suatu idamanku. Aku benar teringin. Airmata ini hampir jatuh namunku tahan. Malu padaNYA. Kerana terlalu kecewa, hampir aku lupa pada hikmahNYA. 
*** 
 
Hari-hariku sepanjang di sini menjadi sesuatu yang baru dalam hidupku. Dia insan yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan. Dia sentiasa bawa tarbiyah yang pada mulanya langsung aku tidak mengerti apakah itu. Dia penuh sabar membawa aku ke arah kehidupan yang aku benar-benar cari selama ini..
 
Pada setiap malam. Akan diadakan bacaan Al-mulk di setiap bangunan blok. Shahirah seorang penolong ketua blok. Dia terpilih semasa pemilihan sewaktu orientasi. Pertama kali pemilihan itu dibuat secara volunteer. Dia sempat menarik tanganku supaya turut serta bersamanya untuk tampil ke hadapan. Maka tergagap-gagap aku bercakap di hadapan. Akhinya aku 'terlayak' memegang jawatan AJK Keceriaan di blok itu manakala dia pula penolong ketua blok. Namun memandangkan tugas AJK Keceriaan cuma ringan, dia menarik untuk aku mengambil alih juga pembacaan Al-Mulk setiap malam pada jadual yang di sediakan. Aku malu. Aku belum khatam mengaji pada waktu itu. Bahkan tajwidku kurang lancar. Apa lagi harus membaca kepada khalayak ramai. Oh, Allah. Hanya padaMU ku bermohon. Wajarkah aku menolak?
 
Alhamdulillah. Akhirnya ditakdirkan Allah, bacaan Al-mulk hanya di alunkan melalui alat elektronik canggih telefon mudah alih. Hatiku mengurut lega. Berhari-hari aku belajar tajwid dengannya. Aku mengaku tanpa segan silu. Aku tidak pandai mengaji. Aku belum khatam. Malah aku jarang mengalunkan ayat suci itu. Aku beralasan dengan ketidakpandaian itu.
"Mie, lagi besar pahalanya jika berusaha belajar di sebalik ketidakpandaian itu. Allah malah menggandakan pahala untuk seseorang itu"
Shahirah menjelaskan. 
Aku terkedu. Airmata kutahan daripada menitis. Malu mungkin? Banyak. Memang begitu banyak perkara yang aku tidak tahu dalam hidup ini. Banyak peribadinya yang cuba untuk aku ikut. Aku juga ingin mencapai hadiah. Ya, pembelian baju muslimah tempoh hari. Ia bakal menjadi hadiah kepada tarbiyah diri dan segala yang cuba aku lakukan sekarang.
 
Masih begitu banyak tentang diri dia yang cuba aku teroka. Teringin benar hati ini untuk meniru segala yang telah dia lakukan. semua baru dalam hidupku. Aku sedikit teruja. 
Ada sekelai terjadi suatu malam yang sepi. Aku tidak mampu melelapkan mataku. Pada saat itu baru ku tahu kegiatannya pada setiap pertengahan malam. Sewaktu aku tidur dia bahkan bersolat. Entah, aku kurang pasti dia sedang bersolat apa. Adakah solat Isyak? Ah, tidak mungkin begitu lewat. Lagipun dia sentiasa solat di surau. Pasti itu solat sunat yang aku tidak tahu. Sejurus selepas itu, ku lihat dia menangis yang amat perlahan. Mungkin kerana itu aku tidak tersedar akan tangisannya pada setiap malam. Dan kemudian, dia mengejutkanku untuk solat subuh, dia sempat mengajakku ke Surau Al-Muttaqin yang tidak jauh dengan blok kami. Aku sekadar mengangguk. Aku meminta dia pergi terlebih dahulu. 
*** 
Pagi masih menyerlah. Suria masih memancar. Aku memutuskan untuk ke surau Al-Muttaqin kerana teringat bahawa aku masih belum menunaikan dhuha pada pagi ini. Kelas tutorial pada jam 9.00- 10.00 pagi di batalkan atas alasan apa, aku kurang pasti. Ketua kelas mengkhabarkan sebentar tadi. Sementara selepas waktu tutorial  itu pula adalah waktu "gab" masa untuk pelajar rehat atau makan. Aku memutuskan untuk menghabiskan masa rehatku di surau Al-Muttaqin.
 Suasana di disekitar surau Al-Muttaqin kelihatan lengang di pagi hari dan dari kejauhan, aku lihat susuuk tubuh shahirah yang sedang keluar dari tangga pintu surau. Wajahnya jernih. Sejernih hatinya yang ketenangan. Aku kira dia baru selesai menghadap tuhan di waktu dhuhanya. 
Di kejauhan dia sudah mengukir segaris senyum untukku.
 Tingkahnya lembut. Selembut tutur katanya. Tanpa berkata, dia sudah pun mampu menasihati insan lain melalui peribadinya yang indah. Sungguh, itu yang mengundang kekagumanku pada dia. Aku cemburu. Aku
 sedar akan diriku yang dahulunya cukup bergelumang dengan jahiliah.
 
"Assalamu'alaikum Mimie. Kelas sudah habis?" Senyuman masih terukir. Seringkali dia memulakan percakapannya dengan salam.

"Wa'alaikumussalam. cancel dan lepas ni gab, jadi saya terus ke surau. tak dhuha lagi ni." Balasku.
 
"Oh, ok lah begitu. saya ada kelas ni. Jumpa lagi nanti ya. Assalamu'alaikum." 
"Wa'alaikumussalam.." 
Aku cuba berhati-hati dalam setiap butir bicara. Shahirah sememangnya terkenal juga sifat suka berleter. Jika aku tersilap bicara yang merepek sudah pasti muncul leteraannya. Hatiku tertawa sedikit lucu. Namun ku tahu leterannya tanda sayang pada sahabat.
Hampir setahun dia yang mulanya merimaskan aku dengan leterannya, hati aku runtun. Ditarik-tarik dan di asak-asak ke arah kebaikan. Aku jadi rindu akan esak tangisnya itu ketika malam. Rindu pada leterannya yang sering diberi tanpaku meminta. Dan tanpa aku sedari, hati aku yang dahulunya cukup keras, kian mudah terusik.

Di sini ku kenal insan bernama sahabat, disini bermulanya tarbiyah. Di meja itu, aku jadi tersenyum sendirian. Dan buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku mempunyai idola dalam senyap. Tanpa aku sedari, aku mengagumi seorang insan. Dan perlahan, terdengar bisikan hati, “aku ingin mencontohi dia”. Mempunyai peribadi yang indah serta tutur yang sopan. Rupanya biasa. Tetapi kerana keanggunan peribadi menyerlahkan lagi penarik diri. Dan yang paling mengundang kekaguman aku pada dia adalah keterbatasannya menjaga pergaulan. Tingkahnya bersahaja ketika bertutur, tidak senyum dan tidak juga marah. Hanya biasa. Tutur katanya juga biasa. Wajahnya jernih dengan senyuman. Senang sekali melihatnya tersenyum. Dan tanpa aku sedari, aku berkira sendirian. 

"Ya Allah, yang aku pasti. Disini tempat aku kenal denganMU, tempat aku merasakan adanya Allah dalam setiap langkahku, tempat aku merasakan penuh ketenangan, tempat aku sedar tanggungjawab sebenar aku diciptakan. Terima kasih Allah, atas nikmat ini.  Ya Allah, aku punya hak ibu bapa yang perlu ditunaikan. Aku sedar, bukan hanya keinginanku yang perlu diturutkan. Aku sedar, ketenangan disini yang aku dambakan. Segalanya kuserahkan padaMU.Tempatkanlah aku ditempat yang terbaik. Tempat yang aku mampu membina imanku. Tempat yang aku mampu mentarbiyah zuriatku. Tempat yang aku mampu mencurahkan segala fahamku. Tempat yang aku mahu sentiasa rindu padaMU. Di hati ini ya Allah, aku mahu disini. Di tempat tarbiyah ini. Semoga Universiti yang akan datang juga sebuah medan tarbiyah dariMU.. Ameen.. "

p/s : Semoga perkongsian mimi kali ini membawa Ibrah dan manfaat kepada semua. Sekian saja dulu dari mimie, TQ! 

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."