Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, June 22, 2011

CERPEN : Matrikulasi, Disini Tarbiyahku bermula.

Alhamdulillah. Berjumpa lagi kita dalam rahmat dan kasih sayangNYA. Hari ini Mimie tidak kekosongan idea. Ini mungkin suatu yang menarik dan berharga untuk di kongsikan kepada readers. Berharap kisah ini tidak dibiarkan berakhir tanpa diambil pengajaran darinya. Dengan bismillah. Mimie mulakan catatan ini. Semoga menjadi ibrah buat semua, dan menjadi ingat-ingatan di masa depan. Semoga nantinya menjadi semangat diri. Seandainya Allah mentakdirkan diri ini untuk diuji dengan selemah-lemah iman dan kekufuran –nauzubillah. 
-> ok jom baca. Semoga bermanfaat. :)

CERPEN : Matrikulasi, Disini Tarbiyahku bermula.

Aku terpandu untuk membuka lembaran diari tahun lepas. Jelas berterbangan debu-debu yang menempel kemas. Tulisan kecil cuba kutatap. Sudah sekian lama tidak kujengah. Ia bagai menyimpan pelbagai memori. Tertonton bagai video. Saat membaca menggamit rindu. Alkisah ketika aku berada di alam matrikulasi. Dan dengan rasa penuh kasih, diari itu aku bersihkan. Helaian demi helaian aku menyelak. Membaca tulisan yang pernah aku nukilkan. Diari itu tempat luah rasaku. Diari itu tempat tumpah jiwaku. teman ketika kesedihan dan rakan ketika kegembiraan. Sungguh, terlalu rindu dengan sebuah kenangan yang pernah tercatat dalam kisah hidupku dan tanpa aku sedari, air mata ku mengalir. Menatap kembali gambar kenangan didalam sebuah diari.

Tanggal 23 march 2011
Kolej Matrikulasi Pahang begitu tersergam indah saat pacuan empat roda Proton Iswara merah milik abah tiba di perkarangan. Namun keindahannya tidak mampu menarik senyum di wajah dukaku. Selesai sahaja pendaftaran, aku menuju ke nombor bilik bersama muka yang masih ‘ketat’. Keluarga mengekori. Blok C1.T2.P3 itu nombor bilikku. Didalamnya terdapat empat buah katil lengkap tersedia meja dan kerusi belajar bersama loker masing-masing berdekatan katil. Tidak pernah aku melihat kemudahan untuk pelajar semewah ini. Aku tersenyum sedikit. Aku memilih katil berdekatan tingkap. Memerhatikan pandangan luar itu hobiku bila sedih. Dua dari tiga katil itu sudah diambil orang. Mereka masuk ketika aku sedang berkemas. Hanya satu katil belum berpenghuni. Aku tidak bersedia menyapa mereka berdua. Hatiku gusar. 
* * *
Jualan mega serta promosi hebat dijalankan di hadapan cafe. Kami sekeluarga langsung tiada minat ke arah itu. Hanya gerai makanan tertumpu. Nasi ayam menjadi menu kami sekeluarga pada tengahari yang terik itu. Aku sebak. Tidak percaya bahawa ianya terakhir kali bagi aku bersama keluarga. Aku tidak pernah berpisah dengan keluarga sebelum ini. Malah tawaran untuk bersekolah agama pernah aku tolak kerana tidak ingin berjauhan. Penyesalan masih terasa. Biarlah ianya hal yang lalu. Sekarang aku terpaksa akur terhadap masa dan keadaan di mana aku bukan lagi kanak-kanak. Aku perlu menjadi dewasa. Aku melambai sepenuh hati kereta Proton Iswara merah yang sedang meluncur laju menuju muka pintu gerbang keluar kolej Matrikulasi Pahang. ‘Mimi,kau kene kuat’. Aku akhirnya menyeka airmata. Selesai sahaja pemergian mereka, aku meninjau gerai promosi yang dikatakan hebat itu.
 
‘wah, baju muslimah RM25 je? Murah betul. Tapi.. aku sudah tidak mahu lagi berperwatakan muslimah. Aku tidak layak’ detik hati ku. Sudah lama benar aku inginkan baju labuh begitu semenjak aku pernah memiliki perwatakan sebagai seorang muslimah semasa percubaan aku di zaman sekolah. Aku sedang SPM waktu itu. Kenangan lama menerjah. Aku takut. Aku bukan dari sekolah agama. Mereka menilai kesilapan lalu aku yang jahil dan kemudian dikaitkan dengan tudung labuh yang aku pakai. Semenjak dicemuh aku tetap bertudung mengikut syariat dan syarat betudung , dilabuhkan bawah paras dada. Namun ia bukanlah tudung labuh besar idaman milikku itu. Hatiku teringin namun risau. Mungkin kerana aku belum benar faham tentang niat berpakaian. Mungkin aku perlu perbaiki semampuku untuk melayakkan dirikku berpakaian sebegitu. Aku Mahu. Aku perlu perbaiki sikap lebih banyak lagi. Lalu aku terfikir, aku boleh membelinya terlebih dahulu. Setelah aku mampu mengikis sikapku yang mazmumah, ianya boleh dijadikan hadiah buat aku. Akhirnya, Sekaligus aku membeli dua pasang. Hampir separuh duit belanjaku habis. Tidak mengapa bagiku atas sebab aku sudah lama mengumpul wang untuk memiliki baju sebegitu. Usai membeli, langkahku seterusnya menuju ke bilik. 
Aku menghempaskan tubuh letihku di katil empuk. Segala kegusaran yang terbuku di jiwa cuba aku lepaskan sebebas-bebasnya. Aku tidak mahu menyimpankannya ke dalam benak ini biarpun satu. Kalau boleh aku ingin melupakan hasratku tentang maktab itu. Sudahlah. Ianya bukan rezekiku. Pintu bilik dikuak. Dua pelajar tadi tiba-tiba muncul menampakkan wajah di muka pintu. Mereka tersenyum girang. Mungkin sudah berkenalan. Hanya aku yang masih ditakuk lama. Masih bersedih untuk hal yang bukan menjadi takdirku. Ah, mimi bangkitlah! Hatiku merintih lagi meraih semangat.  
“Assalamu’alaikum..” pintu dikuak sekali lagi.
Aku sekadar menjawab perlahan. Seorang pelajar bertudung labuh melangkah masuk bersama senyuman yang sungguh manis. Wajahnya jernih. Sejernih hatinya yang mungkin sedang ketenangan. Dia masuk bersama beg bagasi. Aku terkejut. Mulanya ku kira dia mungkin Ajk yang cuma singgah ke bilik untuk bertanya apa yang perlu. Sangkaanku meleset. Dia bakal menghuni bilik ini. Bermakna dia bakal roommate ku. Aku bermimpi kah? Tiada keluarga mengiringinya. Hanya dia sendiri. Senyuman masih tidak lekang.
“hai,semua. Sebelah katil saya ni name ape? Depan katil saya pulak name ape? ” Lembut dia menyapa sambil tangannya pula sibuk memasang cadar. Ramah. 
“oh, saya ummirah, panggil saya umiey”. Jiran sebelah katilnya menyambut.
“panggil saya Aimi.” Giliran jiran sebelah katilku pula menyambut. Tinggal giliranku. 
“err..saya mimi” Aku terkaku. Anak tekak seakan tidak mampu keluarkan suara. Terlalu lama aku menjadi pendiam hari ini. 
“oh. Sekarang semua roommate saya ada ‘mi’ kat belakang. Umi, Aimi, dan Mimi. Susah saya nanti nak panggil. Hihi..” 
sempat dia berseloroh biarpun baru sahaja berkenalan. Serentak itu tawa mereka kedengaran. Cepat benar mereka Akrab. 
“Emm..saya shahirah. Salam ta’aruf semua. Semua asal dari mana?” 
Dia menyoal lagi biarpun kali ini sedang mnyusun buku dirak. Usai sahaja dia berkemas, bagaikan ada satu tarikan magnet di mana kedua mereka yang terasa asing di mataku itu tadi berkumpul di katil shahirah yang peramah itu. Hanya aku menjadi pemerhati keadaan. 
Dia sungguh pandai menarik perhatian. Dia peramah. Allah, baruku sedar di mana hikmah yang Engkau telah sediakan padaku. Berkenalan dengan insan berpewatakan begini memang suatu idamanku. Aku benar teringin. Airmata ini hampir jatuh namunku tahan. Malu padaNYA. Kerana terlalu kecewa, hampir aku lupa pada hikmahNYA. 
*** 
 
Hari-hariku sepanjang di sini menjadi sesuatu yang baru dalam hidupku. Dia insan yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan. Dia sentiasa bawa tarbiyah yang pada mulanya langsung aku tidak mengerti apakah itu. Dia penuh sabar membawa aku ke arah kehidupan yang aku benar-benar cari selama ini..
 
Pada setiap malam. Akan diadakan bacaan Al-mulk di setiap bangunan blok. Shahirah seorang penolong ketua blok. Dia terpilih semasa pemilihan sewaktu orientasi. Pertama kali pemilihan itu dibuat secara volunteer. Dia sempat menarik tanganku supaya turut serta bersamanya untuk tampil ke hadapan. Maka tergagap-gagap aku bercakap di hadapan. Akhinya aku 'terlayak' memegang jawatan AJK Keceriaan di blok itu manakala dia pula penolong ketua blok. Namun memandangkan tugas AJK Keceriaan cuma ringan, dia menarik untuk aku mengambil alih juga pembacaan Al-Mulk setiap malam pada jadual yang di sediakan. Aku malu. Aku belum khatam mengaji pada waktu itu. Bahkan tajwidku kurang lancar. Apa lagi harus membaca kepada khalayak ramai. Oh, Allah. Hanya padaMU ku bermohon. Wajarkah aku menolak?
 
Alhamdulillah. Akhirnya ditakdirkan Allah, bacaan Al-mulk hanya di alunkan melalui alat elektronik canggih telefon mudah alih. Hatiku mengurut lega. Berhari-hari aku belajar tajwid dengannya. Aku mengaku tanpa segan silu. Aku tidak pandai mengaji. Aku belum khatam. Malah aku jarang mengalunkan ayat suci itu. Aku beralasan dengan ketidakpandaian itu.
"Mie, lagi besar pahalanya jika berusaha belajar di sebalik ketidakpandaian itu. Allah malah menggandakan pahala untuk seseorang itu"
Shahirah menjelaskan. 
Aku terkedu. Airmata kutahan daripada menitis. Malu mungkin? Banyak. Memang begitu banyak perkara yang aku tidak tahu dalam hidup ini. Banyak peribadinya yang cuba untuk aku ikut. Aku juga ingin mencapai hadiah. Ya, pembelian baju muslimah tempoh hari. Ia bakal menjadi hadiah kepada tarbiyah diri dan segala yang cuba aku lakukan sekarang.
 
Masih begitu banyak tentang diri dia yang cuba aku teroka. Teringin benar hati ini untuk meniru segala yang telah dia lakukan. semua baru dalam hidupku. Aku sedikit teruja. 
Ada sekelai terjadi suatu malam yang sepi. Aku tidak mampu melelapkan mataku. Pada saat itu baru ku tahu kegiatannya pada setiap pertengahan malam. Sewaktu aku tidur dia bahkan bersolat. Entah, aku kurang pasti dia sedang bersolat apa. Adakah solat Isyak? Ah, tidak mungkin begitu lewat. Lagipun dia sentiasa solat di surau. Pasti itu solat sunat yang aku tidak tahu. Sejurus selepas itu, ku lihat dia menangis yang amat perlahan. Mungkin kerana itu aku tidak tersedar akan tangisannya pada setiap malam. Dan kemudian, dia mengejutkanku untuk solat subuh, dia sempat mengajakku ke Surau Al-Muttaqin yang tidak jauh dengan blok kami. Aku sekadar mengangguk. Aku meminta dia pergi terlebih dahulu. 
*** 
Pagi masih menyerlah. Suria masih memancar. Aku memutuskan untuk ke surau Al-Muttaqin kerana teringat bahawa aku masih belum menunaikan dhuha pada pagi ini. Kelas tutorial pada jam 9.00- 10.00 pagi di batalkan atas alasan apa, aku kurang pasti. Ketua kelas mengkhabarkan sebentar tadi. Sementara selepas waktu tutorial  itu pula adalah waktu "gab" masa untuk pelajar rehat atau makan. Aku memutuskan untuk menghabiskan masa rehatku di surau Al-Muttaqin.
 Suasana di disekitar surau Al-Muttaqin kelihatan lengang di pagi hari dan dari kejauhan, aku lihat susuuk tubuh shahirah yang sedang keluar dari tangga pintu surau. Wajahnya jernih. Sejernih hatinya yang ketenangan. Aku kira dia baru selesai menghadap tuhan di waktu dhuhanya. 
Di kejauhan dia sudah mengukir segaris senyum untukku.
 Tingkahnya lembut. Selembut tutur katanya. Tanpa berkata, dia sudah pun mampu menasihati insan lain melalui peribadinya yang indah. Sungguh, itu yang mengundang kekagumanku pada dia. Aku cemburu. Aku
 sedar akan diriku yang dahulunya cukup bergelumang dengan jahiliah.
 
"Assalamu'alaikum Mimie. Kelas sudah habis?" Senyuman masih terukir. Seringkali dia memulakan percakapannya dengan salam.

"Wa'alaikumussalam. cancel dan lepas ni gab, jadi saya terus ke surau. tak dhuha lagi ni." Balasku.
 
"Oh, ok lah begitu. saya ada kelas ni. Jumpa lagi nanti ya. Assalamu'alaikum." 
"Wa'alaikumussalam.." 
Aku cuba berhati-hati dalam setiap butir bicara. Shahirah sememangnya terkenal juga sifat suka berleter. Jika aku tersilap bicara yang merepek sudah pasti muncul leteraannya. Hatiku tertawa sedikit lucu. Namun ku tahu leterannya tanda sayang pada sahabat.
Hampir setahun dia yang mulanya merimaskan aku dengan leterannya, hati aku runtun. Ditarik-tarik dan di asak-asak ke arah kebaikan. Aku jadi rindu akan esak tangisnya itu ketika malam. Rindu pada leterannya yang sering diberi tanpaku meminta. Dan tanpa aku sedari, hati aku yang dahulunya cukup keras, kian mudah terusik.

Di sini ku kenal insan bernama sahabat, disini bermulanya tarbiyah. Di meja itu, aku jadi tersenyum sendirian. Dan buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku mempunyai idola dalam senyap. Tanpa aku sedari, aku mengagumi seorang insan. Dan perlahan, terdengar bisikan hati, “aku ingin mencontohi dia”. Mempunyai peribadi yang indah serta tutur yang sopan. Rupanya biasa. Tetapi kerana keanggunan peribadi menyerlahkan lagi penarik diri. Dan yang paling mengundang kekaguman aku pada dia adalah keterbatasannya menjaga pergaulan. Tingkahnya bersahaja ketika bertutur, tidak senyum dan tidak juga marah. Hanya biasa. Tutur katanya juga biasa. Wajahnya jernih dengan senyuman. Senang sekali melihatnya tersenyum. Dan tanpa aku sedari, aku berkira sendirian. 

"Ya Allah, yang aku pasti. Disini tempat aku kenal denganMU, tempat aku merasakan adanya Allah dalam setiap langkahku, tempat aku merasakan penuh ketenangan, tempat aku sedar tanggungjawab sebenar aku diciptakan. Terima kasih Allah, atas nikmat ini.  Ya Allah, aku punya hak ibu bapa yang perlu ditunaikan. Aku sedar, bukan hanya keinginanku yang perlu diturutkan. Aku sedar, ketenangan disini yang aku dambakan. Segalanya kuserahkan padaMU.Tempatkanlah aku ditempat yang terbaik. Tempat yang aku mampu membina imanku. Tempat yang aku mampu mentarbiyah zuriatku. Tempat yang aku mampu mencurahkan segala fahamku. Tempat yang aku mahu sentiasa rindu padaMU. Di hati ini ya Allah, aku mahu disini. Di tempat tarbiyah ini. Semoga Universiti yang akan datang juga sebuah medan tarbiyah dariMU.. Ameen.. "

p/s : Semoga perkongsian mimi kali ini membawa Ibrah dan manfaat kepada semua. Sekian saja dulu dari mimie, TQ! 

Sunday, April 17, 2011

Siapakah kita di hadapan Allah?


 Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah. Masih boeh bernafas. Sebagai hamba Allah yang amat kerdil. Siapa kita di hadapan Allah? Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya. Hari ini Mimi cuma ingin mengajak readers untuk kembali menginsafi. Dengan perkongsian mimie kali ini pasal solat kita. Semoga Bermanfaat. Jom baca. :)




Allahuakbar, Allahuakbar

Allahuakbar, Allahuakbar



Subuhnya

di mana aku berada

masih enak dalam kelambu rindu

sambil berpoya-poya dengan waktu

masa bagaikan menderu

langkah tiada arah tuju

fikiran terus bercelaru

terlupa aku semakin dihujung waktu

siapa aku di depan Tuhan ku.



Zohornya

aku lebih memikirkan kelaparan

kehausan dan rehatku

aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku

aku bertolak ansur dengan waktu

aku gembira membilang keuntungan

aku terlupa betapa besar kerugian

jika aku mengadaikan sebuah ketaatan

siapa aku di depan Tuhan ku.



Asarnya

aku lupa warna masa

cepat berubah bagaikan ditolak-tolak

aku masih dengan secawan kopiku

terlupa panas tidak dihujung kepala

aku masih bercerita

tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka

siapa aku di depan Tuhan ku



Maghribnya

aku melihat warna malam

tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya

mencari sisa-sisa keseronokan

tidak terasa ruang masa yang singkat

jalan yang bertongkat-tongkat

ruginya bertingkat-tingkat

siapa aku di depan Tuhan ku.



Isyaknya

kerana masanya yang panjang

aku membiarkan penat menghimpit dadaku

aku membiarkan kelesuan mengangguku

aku rela terlena sambil menarik selimut biru

bercumbu-cumbu dengan waktuku

siap aku di depan Tuhan ku.



kini aku menjadi tertanya-tanya

sampai bila aku akan melambatkan sujudku

apabila azan berkumandang lagi

aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi

kerana di hujung hidup ada mati

bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini

jika ruangku dibiarkan kosong

Tanpa di isi dengan amalan hari esok.



jika wajahku menjadi asing

pada mentari dan juga bintang-bintang.



Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan,

Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.

Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya...

RENUNGKANLAH...



SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU?

p/s : semoga kita dikalangan hambaNya yang mendapat RedhaNYA. Amin. I'Allah.

Friday, April 15, 2011

Petua Untuk Menegur Orang




Alhamdulillah. Kita masih berbepeluang bertemu lagi. Hari ini perkongsian ilmu tentang petua menegur orang.Kadang-kadang, perbezaan pendapat itu lumrah. Jangan ada antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka.Firman Allah menegaskan, 

‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” (Yunus,36) 
Jadi, jika tercetus perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ditanganilah dengan bijak. Janganlah kita terlalu gopoh membuat andaian yang bukan-bukan. Cuba berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Teguran / pandangan itu perlu diteliti, dikaji kebenarannya. Islam sudah menggariskan dalam membuat teguran, kita perlu berhati-hati. Apa lagi jika kita itu sebagai ‘orang perantaraan’ untuk menjelaskan sesuatu perkara.

3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:
1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Islam memberi panduan yang jelas dalam menegur. Bagaimana sikap kita apabila ditegur. Tidak wajar untuk terus melatah atau terlalu emosional sampai keluar kata-kata kesat. Ia bukan menyelesaikan masalah. Tapi hanya akan mengeruhkan keadaan. Apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang mencetus permusuhan antara kita.

Allah perintahkan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun.
Firman-Nya :‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” ( Thaha, 44)

Berhemahlah bila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan ikutkan hati tanpa menyiasat keadaan sebenar. Mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.

Ok lah. cukup sampai di sini dahulu perkongsian Mimie. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi. I'Allah.

Thursday, April 14, 2011

CERPEN : Awak tak rimas ker?

  Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana masih di beri kesempatan hidup dan dengan rahmatNya diri ini masih lg boleh ber'blogging'. Moga segala apa yang di postingkan menjadi salah satu amal jariah, begitu juga dengan blogger-blogger yang lain. Entry kali ini Mimie hanya di copy paste dari blog lain , minta izin share ye. TQ :)

Isi entry kali ini amat menarik, mungkin lebih dekat dengan muslimah..tapi uslub dakwah yang digunakan amat kreatif dan terkesan di hati ini. Moga para pembaca beroleh manfaat dan para Dai'e mendapat idea baru dalam lapangan dakwah masing-masing. 'credit' kepada penulis. Selamat Membaca!! hanya ingin berkongsi..



Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM. Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.
" Awak, boleh saya tanya?" 
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum. 
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?" 
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"Dia mengangguk
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " 
Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.
"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ?"
Saya bertanya lagi untuk menduga.
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.
"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan"
 Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.
" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".
Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.
" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? "
 Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.
"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.
"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak?" Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.
Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni. sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya. Moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan. ameen. Dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya. kena pakai betul-betul nanti tak selamat. hehe.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)." (al-Ahzab: 33)

Sunday, April 10, 2011

mutiara kata

Alhamdulillah.. sekarang ini mimie tiada idea ingin menulis jadi mimie kongsikan sahaja mutiara kata. moga memberi semangat kepada si pembaca. Selamat membaca! 

------


-> DiSaAt kElAHIrANmu,Kau MeNaNgGIs mANaKALa ORang LAIn TERSEnyUM. OLEh iTU..sEMasA HAyaTMU,kuATKanLAh IMaN daN taqWA..agAR DIsaAT KEmaTIANMu..kAu MASih MAMpu tersENYum..MAnaKAlA oRg laIN pulA meNANGis.

ada waktu kita di uji pertemuan bernoktah perpisahan,
ada waktu kita diuji mimpi indah berakhir sebelum pagi, ada waktu kita diuji sebaris perasaan yang yang tak terucap oleh kata-kata ada ketika kita menangis apabila kasih dipersenda ada ketika kita harus gagah walau hidup bersendirian

BAHASA CINTA Cinta itu, lemah lembut Sabar sederhana Cinta itu murah hati Rela menderita…

Ajarilah kami, Bahasa Cinta-Mu Agar kami dekat, pada-Mu ya Tuhanku Ajarilah kami, Bahasa Cinta-Mu Agar kami dekat padamu…

"Say your prayers before prayers for you are said"

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga..

-> Tiada rupa seindah AKHLAQ,tiada hati seindah IMAN,Tiada hidup seindah ISLAM,tiada cinta sesuci CINTA ALLAH Menyingkap sesuatu yang tersembunyi disebalik kesibukan manusia menyusun perancangan,

-> kadang2 kita perlu menoleh seketika utk mencari nilai makna pengorbanan hakiki(pengorbanan pd agama).."

-> SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN. ;)

-> "Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"

-> Paint everything u see, and tell everyone u know Quran will be ur paint and ur brush will be iman So fill the world with colors... every color of Islam

-> "Semakin dekat bahtera diri kepada Allah, semakin kuat ribut taufan yang melanda. Biar rebah, jangan berubah. Biar terbuang, teruskan berjuang. Senyum mujahid, memburu syahid"

-> YA ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa2 ku, maka aku redha dgn derita ini, PERBAIKILAH diri ku.Tetapi jika rasa dari derita ini MENAMBAHKAN dosa ku pada MU, maka HILANGKANLAH ia dari hatiku, kerana aku TAKUT akan Murka dan Siksa Neraka MU ~

"It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah

Sabda Rasulullah s.a.w :"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya." (Riwayat Al-Tabrani)

"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
Maksudnya:
 "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."



"Berusahalah kamu seperti mana kamu akan hidup untuk selama-lamanya. dan beribadatlah kamu seperti mana kamu akan mati pada keesokan hari."

YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU. Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik dan kurniakan aku pendamping yang baik dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
Amin.

Hidup ini tak selalunya indah,Langit tak selalu cerah,Suram malam tak berbintang,Itulah lukisan alam,Begitu aturan Tuhan…

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.

Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Tempuhilah setiap ujian yang datang dengan tenang.Kerana ia adalah tanda kasihnya ALLAH pada hamba-Nya Wanita ibarat bunga. cantik indahnya pda pndangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya.. 

"kalau tiada orang yang mahu mendengar bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. malah seluruh alam gembira mendengar&menyahut kalam2 yang mengagunggkan Tuhan.."- Badiuzaman Said Nursi..

"ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit. diturunkan ke lubuk hati orang beriman.. mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan"- Syed Qutb 

jadilah khazanah kerahsiaan seperti mawar memagari dirinya dengan duri, harum mewangi tapi tidak mudah disentuh, apalagi untuk dimiliki. jadilah bunga yang benar2 hebat agar mampu menjadi mawar berduri untuk terus mekar dijambangan dakwah dan menjadi sayap kiri para mujahid fisabilillah.

Saturday, April 2, 2011

CERPEN : Kain Kecil Di Wajahmu...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum. Moga kawan2 berada dalam keadaan terpelihara iman. Cerita ini Mimie ambil dari seorang kenalan blog lain. selamat membaca. Moga mendapat manfaat darinya.


_______


“Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.

“Enti marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung sambil matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah sedang menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung kelabu dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung hitam dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.

“ Tak. Tanyalah, ada apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang kerana seharian kuliah, akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat yang dirinduinya.

“ Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej. Enti tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je. Perangai belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan berterus-terang.

“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain macam je bunyinye…” Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil membayar nasi goreng ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka sahabatnya seperti sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah sahabat yang paling akrab dan pendokong paling kuat kepada perjuangan sahabat-sahabatnya mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.

“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.

Rozita menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya. Sememangnya Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik dari mesyuarat sahaja, dia beremosi.

“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana ada main-main. Enti patut bertanggungjawab. Diorang ni banyak terpengaruh dengan tulisan enti tentang purdah” kata Rozita sambil meletakkan beg di meja makan bahagian siswi. Meja itu sudah menjadi kegemaran mereka kerana ia menghadap tasik.

Sumayyah diam agak lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan fail-failnya agar teratur. Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya menjadi kemarahan sahabatnya.

“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.

“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.

“ok, ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya. “ Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”

“ Ana tak kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je diorang ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai tudung” Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.



Sumayyah terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah purdah yang dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar cinta Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan kalau ada yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja. tak adil rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita tentu mahu suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya begitulah, jika pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan cara mendapatkan maklumat dari Sumayyah.

“Tak perlulah berpurdah, perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja” Rozita menambah lagi. Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam meeting tadi, Muslimin hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua Unit Kebersihan Masjid, Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat mempertahankan sahabat-sahabat yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah bila Azrol membangkitkan nama pensyarah yang mereka kasihi dan hormati, Puan Zaitun.

“ Pertama, enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa yang enti maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus meletakkan salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya. Kedua, jika salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di muka mereka yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah bersalah? Ketiga, yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda ke yang berdating dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya kembali kepada Rozita.

Rozita terdiam, tunduk.

“ Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?”

Rozita menggeleng.

“ Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?

Rozita terdiam. Mukanya merona merah.

“ Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang? Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni? Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,” Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan sahabatnya.

“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai purdah, hidayah sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,” sumayyah menambah lagi. Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan kepala kepada siswi yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali mereka.

“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum berpurdah ni. Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan dalam keadaan tenang.

“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal menjadi temanku di mahligai syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya sayu. “ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam buku fiqh sirah yang ustaz kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam menyukainya, sahabatku. Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka berpurdah,”

Rozita terdiam.

“ Untuk kali keberapa, ana masih nak tanyakan enti, enti tahu kan hukumnya? Sebelum enti menghinakan mereka yang berpurdah? Rozita yang ana kenal takkan mudah berputus asa dengan cacian orang, kan? Enti pun tahu kan, ana sudah menjelaskan, bukan semuanya memakai kerana memahami hukum. Enti pun tahu kan tujuan ana menulis novel Kain Kecil Di Wajahmu, adalah untuk menerangkan pada adik-adik tentang hukum berpurdah ni, sabarlah, lambat laun, mereka akan faham. Ana tahu ramai sangat yang tak faham lagi hukumnya dalam Islam. Ana pun memerlukan kajian bertahun-tahun. Ada juga yang memakainya kerana malu pada lelaki. Enti pun faham kan perasaan tu. Ia fitrah dan ia baik, memudahkan lelaki menjaga pandangan. Bukankah Islam menuntut lelaki dan perempuan agar menjaga pandangannya seperti dalam Surah an-Nur ayat 30 dan 31?, ”


Rozita terdiam. Dia teringat macam mana setiap kali meeting dia selalu menundukkan kepala dan kadang-kadang berselindung di belakang Sumayyah kerana malu yang begitu menebal pada kaum lelaki. Dia sedar bahawa dirinya banyak terpengaruh dengan kata-kata muslimin. Tapi, Rozita masih merasakan sakitnya panahan kata-kata Azrol dalam meeting tadi, macam benar.

“Azrol kata, purdah ni cuma adat sahaja.” Rozita cuba mengingat kembali hujah Azrol.

“Azrol tu siapa? Azrol mana, Ita? Sumayyah cuba menguji.

“Azrol la, mana ada Azrol lain, pelajar tahun tiga Engineering. Enti pun kenal, kan ana selalu menyebut namanya. Katanya, Muslimat ni tak perlu berpurdah dalam organisasi, purdah ni adat sahaja.”

Sumayyah menggeleng perlahan. “ Subhanallah, Maha Suci Allah. Maaflah jika ana katakan begini. Azrol tu kan ana kenal sangat. Mana pulak adat. Azrol tu baru menyertai usrah kita semester ni. Semester ni ustaz baru kupas buku Fiqh Sirah 1, buku Fiqh sirah 2 belum lagi ustaz kupaskan dalam usrah. Yang ustaz kupaskan dalam usrah MT yelah Fiqh sirah 2 termasuk. Tapi untuk exco kan baru Fiqh sirah 1. Mereka kan masih baru menyertai usrah. Azrol tu kan memandai je…Astaghfirullahal’azim, bukan ana nak mengumpat, Ita. Tapi, enti nak terima hujah seseorang perlu menilai juga pandangannya dan pengamalannya selama ini terhadap hukum-hukum dalam Islam. Azrol cukup tidak suka muslimat yang berpurdah. Dia sudah terdidik dengan pemikiran Barat. Ibunya bertudung selempang, bapanya mementingkan akademik anaknya dan tidak mementingkan agama mereka adik-beradik. Ana kan sekampung dengannya. Azrol bukan dari sekolah agama, dan Azrol bukan pelajar pengajian Islam. Oleh itu, Azrol tidak tahu tentang hukum berpurdah. Dia hanya dengar-dengar je dan buat kesimpulan, mengkaji jauh sekali. Azrol pernah buat tesis atau kajian tentang purdah ke? Bila ye, ada kajiannya? Boleh tunjukkan pada ana.”

“Tapi, Azrol ada hujah yang kuat,”

“ Apa hujahnya?”

“ Pendakwah tidak boleh menutup muka, ia mengganggu dakwah,”

“ Itu bukan hujah, itu pendapat,”

“ Pendapat peribadi, tanpa sokongan dalil tidak boleh dijadikan hujah dalam Islam,” Sumayyah menjelaskan tegas.

” Ia membuatkan mad’u lari daripada kita,”




“Dan tidak ada kewajipan bagi mana-mana perempuan untuk mentaati perintah yang tidak ada asasnya dalam Islam, jelasnya ana sendiri yang menyusun bahagian tarbiyah. Enti tahukan kebanyakan adik-adik yang pergi usrah yang dibawa oleh naqibah yang berpurdah. Yang tidak berpurdah pula yang kurang anak usrahnya. Ia bergantung kepada komitmen dan kekreativitian naqibah sebenarnya, enti pun tahu sejarah Kelab Amar Ma’ruf, kan sudah bertahun-tahun kita di sini semenjak diploma. Bukan kerana purdah orang lari tapi kerana Islam itu sendiri yang ditakutinya. Mana ada orang suka benda baik, Ita. Kenapa ye, yang lain-lain tidak berdakwah dengan lebih bersemangat kalaulah muka mereka itu digunakan untuk berdakwah, sepatutnya lebih ramai yang berjaya ditarik ke dalam usrah. Ana tengok sama sahaja. Boleh ke kita salahkan hukum Islam jika orang lari dari kita? Dulu bertudung labuh pun dapat spekulasi yang sama, bertudung hitam pun sama, sekarang bila dah ramai berpurdah, yang berpurdah pula dituduh orang lari. Tiba-tiba sahaja, yang bertudung labuh orang tak lari pula? Pelik tu. Masyarakat yang belum mengubah cara berfikir, masih kolot dan jumud tentang islam, itu tujuannya usrah. Bukanlah dengan menanggalkan apa yang ada pada diri kita. Entahlah Ita, terpulang, ana secara peribadinya lebih selesa berdakwah dengan berpurdah. Di asrama kita bersama adik-adik perempuan dengan selesa. Di luar asrama kita berurusan dengan muslimin dalam keadaan terjaga. Ana lebih suka purdah ni dalam memelihara diri, jika tidak, nak bermesyuarat dengan muslimin pun ana malas. Ana pelik dan rimas kenapa mereka boleh pula melihat wajah kita semudahnya. Islam telah menyelamatkan ana, Allah mengurniakan kain kecil ini bagi memudahkan urusan organisasi kita,”




“Jelasnya, Azrol bukanlah ulama’ sehebat Ibnu Mas’ud, Ibnu Kathir, Ibnu Abbas, Syeikh Muhammad bin Salih bin Uthaimin dan lain-lain ulama’ kebanyakan ulama’ Syafi’iyyah. Adakah Azrol menyalahkan ulama’? Azrol bukan sahaja tidak tahu hukum berpurdah bahkan banyak lagi hukum tidak diketahuinya. Enti pernah test tanya dia hukum berwudhuk, hukum solat jamak dan qasar, hukum membeli barangan Israel dan Amerika, enti pernah tanya pada Azrol tentang pendapat ulama’ tentang solat bagi keempat-empat mazhab berlainan?”

“Enti ni, Azrol tu makan Mc’ Donalds lagi, tapi beria-ia mengatakan purdah tak perlu pakai kerana ulama’ kontemporari Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi menghukumkan begitu. Tapi, ada tak dia nak terima fatwa ulama’ yang sama yang mengatakan haram membeli produk Amerika dan Israel? Azrol, untuk pengetahuan enti seorang yang tak thiqah dan hanya mengambil hukum yang ia suka sahaja. Ya, yang selari dengan nafsu dan gaya hidup kebaratan yang telah didoktrinkan oleh yahudi dalam pemikirannya. Tak perlu jauh-jauh, Azrol tu bercouple lagi. Apa bercouple tu tak haram baginya?” Sumayyah mempersoalkan satu persatu hukum yang dia tahu merupakan bukan kepakaran Azrol.

“Tapi, Azrol bertanya pada pensyarahnya,”

“ Pensyarahnya yang dia rapat? Puan Zaitun ye?” Sumayyah menyoal dengan penuh kepastian.

Rozita mengangguk lemah.

“Puan Zaitun belajar di sekolah mana, Ta? Puan Zaitun pengkhususan apa? Puan Zaitun ambil degree dan master di mana dan apa bidang kajiannya? Puan Zaitun pakai macam mana di luar kolej? Apa hukum menutup aurat bagi Puan Zaitun? Pernah jumpa beliau di luar kolej tak? Boleh diringankan sampai ke tahap tu sekali? Allahuakbar! Ana bukan macam tu, Ita. Boleh ke kita tanya tentang akaun pada pelajar Qur’an Sunnah? Boleh ke dia jawab? Boleh kalau dia pernah belajar dan kaji tentang akaun sama ada di sekolah atau di peringkat universiti. Perlu ada bukti bahawa ia pernah mengkaji perkara ini. Jika Azrol berpendapat setakat meminjam pendapat Us Razali dalam blognya yang terkenal tanpa sebarang pengkajian lanjut nak suruh kita membuka purdah? Siapa dia untuk mempertikaikan al-Qur’an? Hmm…cuba kalau Azrol suka merujuk Us. Abu Zaki, Us. Saifullah , Us. Amzan, tentu lain pula pendapatnya. Merujuk tentang Akaun bolelah pada Puan Zaitun, ape pulak soal hukum merujuk Puan Zaitun? Hmm…ana kalau nak tanya akaun ana tak tanya ustaz Amzan, Ita. Itu bukan kepakarannya,” Sumayyah menggelengkan kepala. Dia faham benar betapa bersungguh-sungguhnya pelajar bukan pengajian Islam ni meletakkan hukum berpurdah mengikut nafsu dan kejahilan mereka.

“ Enti tak boleh la nak tunjuk hebat, sedangkan mereka muslimin kan tentu mereka lebih tahu,” Rozita cuba membela.



“ Ana tak tunjuk hebat, tapi kalau dah enti mempersoalkan hukum Allah, ana perlu pertahankan Islam yang ana anuti. Sepatutnya enti berkata begitu kepada Azrol kerana dia bercakap tentang sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu mengenainya. Muslimin, jika suka bermain game, suka buat perkara lagha, chatting dengan muslimat sana-sini, bercouple dan tidak menjaga thiqah, maafkan ana tapi ana tak respect langsung. Jika ilmu setakat di bibir bukan dicerminkan pada perlakuan, perlu ke kita hormat padanya? Dalam Surah as-Saff ayat 4 pun Allah mencela orang yang memperkatakan sesuatu yang ia tidak lakukan,” Sumayyah menjelaskan sikap buruk sesetengah Muslimin yang tidak boleh dipakai kata-katanya.

“ Ya, kita muslimat. Namun ini bukan soal ilmu muslimin atau muslimat. Sebelum Azrol mencadangkan pada Muslimat Kelab Amar Ma’ruf untuk menanggalkan purdah, Azrol perlu buka al-Qur’an untuk lihat hukum berpurdah yang telah ditetapkan oleh Allah. Azrol tidak boleh menghukum dengan pendapat peribadi. Ia mesti didasari ilmu, Azrol perlu membuat kajian sebelum ia memberi arahan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Ya, tidak ada kewajipan berpurdah bagi sesetengah ulama’ tapi tidak boleh menghalang wanita berpurdah, itu kan sudah fitrahnya, dan islam pula menggalakkan. Salah tu, memang salah menghalang orang memakai purdah, sama salahnya memaksa-maksa orang memakai purdah,” Sumayyah menjelaskan bagaimana dahulu ia mula mengkaji tentang purdah. “ Bukan soalnya wajib berpurdah, tapi soalnya, sebagai seorang yang beriman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, beliau tidak perlu halang mana-mana wanita untuk berpurdah kerana Islam menyukainya,”

“ Adakah dalil dalam al-Qur’an membezakan pakaian orang yang berdakwah dan tidak berdakwah?” “ Adakah kewajipan berdakwah menggunakan muka?” “Apakah anggota lain tidak dapat membantu dakwah? Adakah kewajipan berdakwah begitu sekali hingga aurat perlu dibuka? Ana pun belajar uslub dakwah tapi tak ada pula menyentuh soal muka , tiada pula dalam ilmu methodologi dakwah yang mengatakan keberkesanan dakwah itu meningkat bagi wanita yang tidak memakai purdah berbanding yang berpurdah, yang tersenyum dan tidak tersenyum. Jika ini ada, maka bagaimana pula meningkatnya dosa seorang yang tidak berpurdah dan senyuman manisnya memikat ribuan lelaki dan mendatangkan fitnah jika dibandingkan dengan seorang wanita yang berpurdah? Berdakwah, berdakwah juga, tapi, hukum menutup aurat mana boleh kita permainkan. Kita masih boleh teruskan dakwah tanpa muka. Dakwah bukan menggunakan muka dan senyuman sahaja,”

“ Tapi, muka bukan aurat,”



“ Muka bukan aurat bagi sesetengah ulama’, tapi aurat bagi sesetengah ulama’. Jadi, bila ada ulama’ yang mengira muka sebagai aurat, Azrol tak bolehlah nak kata ulama’ tu tak betul..Muhammad bin Sirin dan Ubaidah al-Salmani tak betul, begitu? Oleh kerana hujah mereka (ulama’ yang mengatakan muka dan tangan aurat dan ulama’ yang mengatakan muka dan tangan bukan aurat) sama kuat bahkan dalam mazhab as-Syafi’e hujah wajib berpurdah lebih kuat, maka sekali lagi ana tekankan, tidak boleh bagi mana-mana lelaki menyuruh mana-mana kaum wanita membuka penutup mukanya sebagaimana Yahudi cuba hendak membuka purdah seorang wanita yang mencetuskan kemarahan kaum Muslimin dan terjadinya pergaduhan pertama antara kaum Muslimin dengan yahudi setelah dimeterai perjanjian di antara mereka dan Rasulullah s.a.w. Pertengkaran ini berlaku sebagaimana yang diceritakan oleh al-Tabari dan al-Waqidi ialah di pertengahan bulan Syawal tahun kedua Hijrah,” Sumayyah menegaskan.



“ Bila ada ulama’ yang menghukumkan wajib memakai purdah, maka, Azrol atau mana-mana manusia di dunia ini tidak boleh sama sekali menyuruh atau memerintahkan mana-mana perempuan untuk menanggalkan purdahnya, kerana ia termaktub di dalam hukum- WAJIB dan SUNAT. Tiada yang mengHARAM kan. Ulama’ mana pun tidak mengharamkan, jadi mana datang arahan membuka. Tiada ulama’ menyuruh wanita membuka wajahnya, Azrol siapa untuk menyuruh wanita membuka wajahnya, dan kitab mana yang menjadi rujukannya, bukankah kitab rujukan umat Islam adalah al-Qur’an,” Sumayyah menjelaskan panjang lebar.

“ Mana boleh Azrol menghukum sesuka hati dia, hanya berpandukan artikel dua-tiga tulisan ulama’ kontemporari dan ulama’ itu pun tidak mengkaji tentang purdah, dia pun sekadar mengambil hukum daripada tulisan ulama’ kontemporari juga. Mana boleh, Ita. Nak berhukum mesti rujuk al-Qur’an,”

“ Tapi, mana ada hukum berpurdah dalam al-Qur’an,” kata Rozita.

“ Ita, kalau tak ada dalam al-Qur’an, jadi , boleh ke kita buat hukum sendiri?” Sumayyah masih tidak letih mengingatkan sahabatnya. Dalam sepuluh kali dah soalan yang sama Ita ajukan dalam tahun ni sahaja. Semata-mata kerana beliau dihina, maka Ita mula rasa lemah dalam mempertahankan.

“ Habis, kalau tiada, maka boleh la berijtihad,” kata Rozita acuh tak acuh.

Sumayyah merenung gambar wanita berpurdah yang diletakkan di belakang failnya. Dia agak terluka mengingatkan pelajar-pelajar yang tidak mengkaji hukum termasuklah Rozita, dengan mudahnya meletakkan hukum berpurdah mengikut faham orang tak berilmu. Sumayyah faham bahawa sahabatnya mengambil jurusan kejururawatan.



“ Siapa kata tiada. Cuba enti tulis dalilnya dari al-Qur’an supaya enti tak mati hujah dalam penerangan kepada masyarakat. Terus sahaja berijtihad?” “ Enti ni Ita….” “ Enti, kita kena belajar dari A sampai Z kaedah penetapan hukum dalam Islam. Dari sumber-sumber hukum dalam Islam hinggalah kepada kaedah penetapan hukum. Bahaya jika enti membawa kaedah hukum yang enti faham ni kepada orang ramai. Enti pun jelas bahawa sistem pendidikan di Malaysia ni tidak mampu memanusiakan manusia. Ia hanya berlingkar pada perkara yang terlalu asas. Kemudian, bila pelajar-pelajar masuk universiti terus didedahkan dengan ilmu fardhu kifayah, sedangkan ilmu fardhu ain pun kita belum selesai lagi. Inilah kebobrokan sistem pendidikan di Negara kita. Pendidikan sepatutnya mendekatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita takut pada-Nya dan mencintai-Nya, tapi, sistem di Negara kita salah cara dan oleh itu tidak dapat mencapai matlamat pendidikan dalam Islam. Jadilah, kita semua masyarakat yang jahil hingga ke tua. Ilmu agama perlu dicari di surau1 dan kelas pengajian tambahan pula bila dah tua. Sepatutnya penerapan ini berlaku ketika kecil.” Sumayyah menasihati Rozita, tegas dan jelas.

“ Betul lah jika ana katakan dalam al-Qur’an tiada hukum berpurdah?”

“ Ada,” Sumayyah menjawab ringkas.

“ Ye ke? Surah apa?”

“ Surah al-Ahzab dan Surah an-Nur,”

“ Ayat berapa?” Rozita mencatit bersemangat. Dia mula rasa bersalah kerana Sumayyah telah banyak kali menjelaskan padanya dan dia sering lupa nama surah yang menyebut tentang aurat wanita.

“ Surah an-Nur ayat 31, ayat 60. Surah al-Ahzab ayat 53, 55, 59.”

“Dalam surah ni ia sebut purdah ke? Apa purdah dalam bahasa Arab?”

“Dalam Surah al-Ahzab ayat ke-59. Dalam surah ni ia sebut “ jalabib” jalabib ini kita nak faham maksudnya perlu merujuk pada tafsir. Maksudnya, apa yang kit abaca dari al-Qur’an perlu kita fahami apa yang Allah nak sampaikan melalui tafsir. Ada ramai ulama’ yang memberi tafsiran yang berbeza untuk perkataan “ jalabib” ni. Ada yang kata kain yang menutup kepala dan leher dan ada yang berpendapat bahawa perkataan jalabib ni bermakna kain yang besar yang menutup kepala dan sekaligus wajahnya.Kecuali mata. Ada ulama’ yang berpendapat mata kiri yang perlu dibuka dan ada ulama’ yang berpendapat mata kanan yang perlu dibuka untuk melihat jalan. Kedua-duanya betul. Jadi, ulama’ yang mengatakan perkataan jalabib itu sebagai kain menutup muka, maka, mereka menetapkan hukum berpurdah itu wajib iaitu mesti dipakai oleh wanita. Manakala ulama’ yang menafsirkan perkataan jalabib dalam al-Qur’an itu hanya tudung yang menutup leher dan kepala berpendapat bahawa wajib bagi wanita menutup kepala dan leher serta tidak wajib menutup muka. Maka, ulama’-ulama ini hanya menghukumkan purdah itu sebagai sunat sahaja atau dalam erti kata lain digalakkan. Tapi, dalam keseluruhan al-Qur’an tidak ada yang menghukum haram memakai purdah bagi wanita kecuali ketika solat dan ihram. Ini dua termasuk dalam soal ta’abbudi. Hanya dalam dua keadaan ini sahaja kaum wanita diharamkan dari berpurdah.”

Rozita diam sebentar. Dikeluarkannya sebuah artikel tentang purdah lantas diberikannya kepada Sumayyah. “ Enti kena tengok ni, entah-entah purdah ni bukan ajaran Islam, ia cuma tradisi sahaja”

Sumayyah menyambut artikel itu dan mengangguk. Sumayyah lantas mengembalikan pada Rozita.

Sumayyah bertanya lagi “ Ana dah baca artikel ni. Enti nak berhujah menggunakan artikel ni? Silakan. Purdah mungkin tradisi, tapi hukum bahawa wajah dan tangan adalah aurat wanita yang perlu ditutup bukan tradisi, ia hukum yang jelas dalam tafsiran beberapa ulama’ tentang ayat dalam surah al-Ahzab,”




Rozita mengeluh. Terasa perbuatannya bagai memalukan diri sendiri memandangkan sahabatnya Sumayyah telah sekian lama mengkaji tentang purdah.

“ Enti bagitau ana apa hujah penulis terhadap purdah”

“ Su, enti kena terima hakikat. Purdah ni cuma pakaian tradisional Arab sahaja. Kita bukan orang Arab, Su. Kita bukan di zaman Nabi, dan kita, kita bukan isteri Nabi yang mulia, bukan ummahatul mukminin,”

Hati Sumayyah berdetak. Dia diam sebentar. Sumayyah menahan sebak. Dia kecewa dengan kejahilan masyarakat tapi, tiada istilah putus asa dalam menyampaikan ilmu baginya kerana itulah lumrah pendakwah. Sumayyah cuba mengangkat muka.

Rozita diam. Baginya jelas apa yang diperkatakan.

“ Enti berhujah dengan hujah siapa?”

“ Enti, Syeikh Tantawi sendiri mengatakan bahawa ia adalah adat dan bukannya ibadat. Enti sedarlah Sumayyah. Enti hanya membazir masa enti untuk mempertahankan pemakaian purdah di kolej kita, sedangkan ia tidak pernah diajarkan agama kita. Siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul Azhar,”

“ Enti kata siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul Azhar, tapi enti sedar tak bahawa di kalangan ulama’ pun ada yang terikut-ikut irama kerajaan sekular.”

“ Sedap je enti tuduh ulama’ begitu?”

“ Enti, enti tahu tak siapa Syeikhul Azhar ni? Enti kenal tak ulama’ ni?

Rozita terdiam.

Rupa-rupanya, Sumayyah terlebih dahulu mengikuti perkembangan isu semasa.

Sumayyah mengeluarkan sehelai kertas dari beg galasnya.

Sumayyah membaca kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut“ Dr. Nazreen Nawaz memberi kenyataan tegas mengkritik tindakan Syeikh Muhammad Tantawi. Katanya Syeikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul gendang mengikut irama kerajaan Sekular Barat. Antara perkara yang telah dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis, menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel Shimon Peres iaitu seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran dengan darah ribuan rakyat Palestin. Berlatar belakangkan kerajaan Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula, kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita Muslim. Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi langsung tidak menghiraukan tindakan kerajaan membenarkan para pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap pemerintahan rejim sekular Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam. Enti nak guna hujah ulama’ yang begini?” Sumayyah mengakhiri pembacaannya sambil menggelengkan kepala.

Rozita terdiam.

Rozita menambah lagi “ Tapi, enti tahu tak isu ni jadi isu yang panas pada tahun 2001 di Mesir juga,”

“Isu yang mana tu? Di American University di Kaherah tu ye?”

Rozita mengangguk. “ Yup, seorang pengkaji Muslimah telah dilarang memasuki perpustakaan American University di Kaherah kerana enggan menanggalkan niqobnya. Tengok di Negara Mesir pun jadi macam ni. Negara Islam tu,”

“ Negara Mesir Negara Islam? Enti biar betul, Ita…Mesir dah dikotori sekularisme di mana-mana,” Sumayyah menafikan kenyataan sahabatnya. “ Husni Mubarak kan presidennya,”

“ Maafkan ana, Ita. Tapi kalau tak silap ana Muslimah tu telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan mahkamah memutuskan larangan itu tidak sah. Maksudnya larangan untuk beliau masuk dengan keadaan mermakai niqab adalah tidak sah. Kesudahannya, wanita tersebut menang di dalam kes berkenaan.”

“ Oh, dia menang ye?”

“ Ha’ah,oh ye, enti. Ya, sebelum kita memutuskan sesuatu perkara atau isu sebagai hujah dan perdebatan, kita perlu tahu apa kesudahannya dan watak-watak utama dalam kes berkenaan. Enti tahu ke pasal arahan syeikh Tantawi sebenar,”

“ Maksud enti?”

“ Yelah, beliau mengharamkan niqab di University al-Azhar. Enti perlu ingat bahawa Universiti al-Azhar mempunyai kampus yang berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ini yang diajarkan Islam. Tapi, kolej dan universiti di Malaysia tidak begitu. Adalah haram dalam Islam untuk dicampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam sebuah pusat pengajian, tanpa tabir pula tu di dalam kelas. Jadi, kita memang tidak sama dengan mereka. Kita lagi perlu memakai niqab (purdah) kerana kita berada di kampus yang tidak mengasingkan kuliah dan kelas dan sebarang urusan untuk lelaki dan perempuan, “ Sumayyah menjelaskan panjang lebar.


“ Owh, begitu. Maksud enti tiada pelajar lelaki di kampus pelajar perempuan? Beginikah sistem di al-Azhar? Ana tak tau pun..”

“ Ha’ah, takde. Ana sempat singgah waktu lawatan sambil belajar ke Kaherah, tahun lepas. Memang kampus berasingan. Universiti lil baniin (untuk lelaki) dan lil banaat (untuk perempuan) adalah asing. Bagus, kan?” Sumayyah menjelaskan.

“ Subhanallah, bestnye..”

Sumayyah mengeluarkan sebuah fail yang diisi artikel tentang niqab di dalamnya. “ Cuba kita check and balance semula, ok, isu ni adalah berpunca daripada pekeliling yang dikeluarkan pada 5 Oktober 2009 oleh Syeikh al-Azhar kepada semua sekolah rendah dan menengah serta kolej-kolej milik Universiti al-Azhar, supaya pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah semasa dalam kelas atau dewan kuliah. Lihatlah apa alasan mereka, semua kelas dan dewan kuliah pelajar wanita adalah berasingan daripada kelas dan dewan kuliah pelajar lelaki. Justeru, tiada keperluan bagi pelajar wanita memakai purdah. Ini berbeza semasa berada di luar kelas atau di luar dewan kuliah. Kita lihat hasil dari mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi al-Azhar , dalam mesyuarat ni diputuskan beberapa perkara:

Pertama, pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar as-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar as-syarif.

Tentang perkara pertama yang diputuskan ni jelas pada kita bahawa niqab tidak diharamkan. Bahkan wanita yang berniqab tidak boleh pun dihalang daripada memasuki al-Azhar.

Kedua, pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar.

Lihat pada keterangan yang kedua. Pelajar perempuan diizinkan untuk memakai niqab jika ada orang lelaki di al-Azhar. Seperti yang kita tahu kampus mereka adalah khusus untuk pelajar perempuan. Dan kampus untuk pelajar lelaki bukan di tempat yang sama. Jadi, jika ada lelaki di dalam kampus, mereka dibenarkan berniqab.

Ketiga, para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuat kuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.

Keputusan yang ketiga juga jelas. Arahan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam kelas adalah arahan yang jelas tidak bertentangan dengan Islam kerana kelas-kelas ini hanya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Dan larangan memakai niqab ini hanya berkuat kuasa jika guru itu adalah perempuan. Lihat, kita di kampus yang bercampur dengan lelaki di dalam kelas dan gurunya juga lelaki, tentulah lagi perlu memakai niqab.

Keempat, para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah dari kalangan wanita.

Keputusan yang keempat juga begitu jelas. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab hanya dengan syarat para pengawal peperiksaan adalah dari kalangan wanita. Lihat, jika para pengawal terdiri daripada lelaki, maka larangan berniqab ini tidak sah lagi. Lihat, adakah nak kita samakan dengan kolej kita. Di kolej kita, bukan sahaja para pengawal peperiksaan terdiri daripada pensyarah lelaki dan staf lelaki, bahkan di dalam dewan peperiksaan juga bercampurnya antara pelajar lelaki dan perempuan. Lihat, kita lebih-lebih lagi perlu memakai purdah.

Kelima, Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha’ Islam.






Keputusan majlis yang kelima ini semestinya tidak ana persetujui. Lihat sahaja bagaimana kanak-kanak tidak ada masalah dengan pemakai niqab apabila mereka sudah terbiasa dengan ibu mereka sendiri yang berniqab. Bagi ana, jika kita nak menghalang orang dari berniqab hanya kerana kanak-kanak maka kita perlu kembalikan pada hukum itu sendiri. Ini bukan persoalan, minoriti ulama’ menghukumkan wajib berpurdah maka bermakna tidak perlu berhujah. Kedua-dua hujah ulama’ yang berselisih adalah berkaitan wajib dan sunat. Tidak ada ulama’ yang mengharamkan. Oleh itu, tidak timbul persoalan untuk mereka yang memakai kerana kedua-dua hujah sepakat kebaikan memakai purdah.

Jadi, ini semua berbalik kembali pada persoalan hukum berpurdah ini dalam Islam,” jelas Sumayyah panjang lebar.

“ Tapi, ada juga mereka menyebutkan bahawa pemakaian purdah adalah adat dan bukannya ibadat, malah ia merupakan isu khilafiyah dalam bidang fiqh,” Rozita menambah sambil menunjukkan kenyataan syeikhul azhar tersebut dalam artikel di tangannya.

“ Yup, ana tahu tu. Tapi, lihat kenyataan ini bertentangan. Pertama ia mengatakan bahawa ia adat dan bukan ibadat. Kedua ia mengatakan bahawa ia isu khilafiyyah dalam bidang fiqh. Kedua-dua ayat ini bertentangan. Lihat, jika purdah adalah adat, ini bermakna ia tak sepatutnya berada dalam isu khilafiyyah. Jika ia bukan ibadat, bagaimana ia termasuk isu khilafiyyah? Isu khilafiyyah adalah perkara-perkara yang ulama’ berbeza pendapat berkaitan hukum sahaja, bukannya soal adat pun dibincangkan. Ini bermakna ia ada kaitan dengan ibadah dan terbuktilah ia bukannya sekadar adat. Kerana ulama’ berselisih pendapat antara wajib dan sunat. Ini jelas membuktikan soal ibadah. Bukannya adat sahaja.” Sumayyah menjelaskan sambil menunjukkan pada kedua-dua kenyataan syaikh yang antagonis antara satu sama lain.

Rozita mengerutkan dahinya dan mengangguk.

“ Jelasnya, ana sendiri bersetuju dengan apa yang mereka bawa kerana mereka mengikut apa yang digariskan Islam sendiri dalam keputusan syeikh azhar untuk perkara satu hingga empat. Dan ia berkaitan isu khilafiyyah pun ana bersetuju kerana ia membuktikan pemakaian purdah ini berkaitan ibadah dan bukannya adat”

“ Tapi enti, lihat ni, beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi al-Azhar tersebut dibuat adalah adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan , ha, macam mana pendapat enti,”

“ Setuju, ana setuju. Untuk tujuan keselamatan, adalah tidak mengapa. Kerana kampus mereka ini hanya terdiri dari pelajar perempuan, jadi tidak mengapa membuka purdah, lagipun ini bagi mengelakkan pencerobohan. Lagipun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membuat kenyataan menyokong pandangan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi tersebut, Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas dengan berkata, “ Atas dasar keselamatan Negara, Tantawi mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi aktiviti haram mereka. Bagi ana tak da masalah kerana prems mereka semuanya perempuan. tapi, keadaan ini berbeza dengan Malaysia, jika keseluruhan kampus semuanya perempuan, barulah arahan ini sesuai diaplikasikan di Malaysia” Sumayyah menambah dengan menyokong bahagian ketetapan al-Azhar itu.

“Tapi,ada juga mereka menegaskan bahawa ketetapan ni dibuat demi untuk mengelak berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa pada tahun 2008 menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai,” Rozita menambah lagi hujah syeikh al-Azhar.

“ Enti lihat, walaupun tiada pelajar yang berniqab dalam tahun-tahun sebelum kita semua berniqab iaitu sebelum tahun 2007, telah ada kes peniruan di dewan exam. Selain itu,dalam tahun-tahun lepas pun ada peniruan di dewan exam, bukan sedikit bahkan banyak sekali yang terdiri dari pelajar-pelajar pengajian Islam dan bukan pengajian Islam, pakai tudung labuh atau pakai tudung bawal. Tidak ada lagi yang melibatkan pelajar berniqab, tapi peniruan masih berlaku. Adakah salah niqab? Jika salah itu diletak pada niqab, maka kita juga boleh menyalahkan pelajar yang meniru di kolej kita atas tudung mereka. Jadi, adakah kita nak mengharamkan mereka bertudung kerana mereka meniru? Ana tidak nampak ini boleh dijadikan hujah. Akhlak dan adab untuk tidak meniru di dewan exam yang perlu diterapkan bukannya pakaian yang dipersalahkan. Namun, ana bersetuju dengan pendapat Syeikhul azhar bahawa dilarang untuk memakai niqab apabila pelajar yang mengambil peperiksaan dan pengawal peperiksaan semuanya terdiri daripada orang perempuan. Ana rasa ini tiada masalah. Inilah yang sepatutnya. Pengawal peperiksaan adalah perempuan dan semua pelajar perempuan diasingkan tempat peperiksaan dari pelajar lelaki, maka barulah larangan berniqab itu boleh dijalankan untuk langkah keselamatan jika perlu. Tapi, terus terang bagi ana, tidak perlu tunggu berniqab, menipu itu ada macam-macam cara, yang pakai tudung labuh dan pakai tudung bawal pun boleh menipu dan meniru. Pelajar sekarang ada banyak tempat sorok mereka, ustaz-ustaz pun dah kenal pasti tempat-tempat sorok nota yang biasa di kalangan pelajar perempuan dan pelajar lelaki,” Sumayyah menjelaskan sambil menggeleng kepala kecewa.

Sumayyah menjelaskan lagi kenyataannya “ Terdapat pelbagai respon dalam masyarakat Islam. Enti tahu tak Ita, Hamdi Hassan? Enti kenal tak?”

“ Tak” Rozita menggeleng.

“ Untuk pengetahuan enti, Hamdi Hassan adalah merupakan ahli parlimen Mesir yang mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah menyatakan bantahan keras kumpulan fundamentalis tersebut terhadap arahan Tantawi. Hamdi Hassan berpendapat bahawa Tantawi perlu meninggalkan jawatan beliau kerana sudah beberapa kali menyinggung perasaan institusi agama terunggul tersebut, dengan merujuk kepada beberapa fatwa kontroversi sebelum ini seperti mengharuskan transaksi riba di dalam perbankan atas nama faedah (riba) yang dibenarkan. Hamdi Hassan walaupun berpegang kepada pendapat niqab itu bukanlah wajib, membantah arahan Tantawi tersebut kerana al-Azhar bagi beliau ialah institusi agama yang perlu meraikan pandangan semua mazhab muktabar. Pendapat Hamdi Hassan ini pun disokong oleh tokoh ulama’ terkemuka Mesir yang merupakan bekas Ketua Majlis Fatwa dan Kajian Universiti al-Azhar, iaitu Syeikh Ali Abu al-Hasan. Menurut beliau, pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk melarang mana-mana Muslimah daripada memakai niqab, melainkan untuk sebab-sebab sekuriti. Ujar beliau lagi, pemakaian niqab tidak bercanggah dengan syariat Islam serta undang-undang Mesir, justeru pengharamannya tidak diterima sama sekali,” jelas Sumayyah dengan teliti.

“Oh, kalau macam tu, perkara ni pun jadi isu besar jugalah ye,”

“ Mestilah isu besar, ia masalah hukum, jika ditebuk oleh orang kafir atau orang Islam sendiri, pastilah bangkit orang berilmu di kalangan masyarakat Islam sendiri untuk mempertahankan hukum Islam. Ini bukan perkara main atau soal remeh. Ia melibatkan hukum wajib. Kalau sekadar sunat je dan tiada pendapat yang wajib, ana rasa isu ni tak jadi sebesar begini,” Sumayyah menambah.

Tut…tut…

“ Assalamualaikum,” Sumayyah menjawab panggilan telefon.

“ Waalaikumussalam, Su. Mak Ngah ni. Macam mana dengan cadangan Mak Ngah tempoh hari?”

“ Oh, Mak Ngah…Mak Ngah sihat?”

“ Alhamdulillah, sihat. Su Sihat?”

“ Alhamdulillah Mak Ngah. Mak Ngah, Su minta maaf banyak-banyak….Su tak dapat nak terima pinangan anak Mak Cik Melah. Su nak sambung belajar lagi Mak Ngah…”

“ Su, kamu ni dah berumur dah..terima je dulu, nanti baru fikir nak sambung belajar ke ape…Lagipun, kalau dah kahwin pun bole sambung belajar,”

“ Mak Ngah, Su dah istikharah dah. Mungkin ada yang lebih baik untuknya,”

“ Maafkan Su, Mak Ngah…”

Tak pe, tak pe…”

Rozita berdehem-dehem.

“ Pinangan yang baru?”

Sumayyah tunduk. Agak bosan. Bukan calang-calang suami yang diimpikan, mestilah yang sayangkan Islam dan mengamalkan, bukannya yang Islam pada nama.

“ Su masih menanti? Menanti sesuatu yang tak pasti?”

“ Subhanallah, hanya Allah yang berhak menyusun segalanya,” Sumayyah memejamkan matanya, sambil menggeleng.

Itulah prinsip Sumayyah.

“ Baik, kita sambung.”

“ Janganlah enti risau, Ita. Ana ok je, tak, ana tak tunggu siapa-siapa. Untuk apa menunggu seseorang yang tidak mahu beramal dengan hukum Islam, tentu ada yang lebih baik. Allah itu adil. Surah an-Nur kan Allah dah berjanji wanita yang baik untuk lelaki yang baik,”

“ Macam tu lah kawan ana, kuat, tidak mudah mengalah,” Rozita memeluk sahabat karibnya Sumayyah.

“ Ada yang terlebih baik untuk enti. “Rozita menepuk-nepuk bahu sahabatnya mesra.

Sumayyah tersenyum sendiri. Matanya mengecil. Rozita membalas senyuman kerana amat mengenali wajah sahabatnya yang tersenyum ketika berpurdah. Sumayyah menelan makanan dengan beratnya. Sukar dia menerima hakikat aturan hidupnya yang pelik. Namun kerana Allah digagahi juga. Hanya jauhari mengenal manikam. Terbayang keindahan Yaman yang pernah diceritakan. Memang tiada yang sempurna tapi sekurang-kurangnya yang takutkan Allah, yang berusaha mencapai kesempurnaan kehidupan bertunjangkan Islam. Subhanallah, tentu Syurga terlalu indah. Dengan sebab itulah jalan ke sana penuh berliku, fikirnya dalam hati.

“Lagi satu, tentang isu pengharaman niqab di Universiti al-azhar ni perlu kita kaji bersama. Dari segi politik, pengharaman itu boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak, Negara sekular, pertubuhan-pertubuhan yang memusuhi Islam serta pertubuhan musuh dalam selimut di kalangan umat Islam sendiri. Ia boleh dijadikan prima facie di dalam Negara Eropah untuk mengharamkan secara total pemakaian niqab oleh wanita Muslim. Tidak mustahil juga, suatu hari nanti pemakaian tudung, hijab dan scarf pun bakal diharamkan. Malah tidak mustahil juga, suatu hari nanti lelaki Muslim pun turut dilarang daripada memakai kopiah, songkok atau serban kerana ia juga boleh dikatakan tiada kaitan dengan nas agama. Bayangkanlah jika Syeikhul Azhar terpaksa membuka serban al-Azharnya sekiranya ingin melawat Negara Eropah, bukan ke pelik tu? “ Sumayyah menambah.




Mereka berdua tersenyum sambil mengggeleng kepala membayangkan.

“ Enti ada usroh ke petang ni?”

“ Ada, kul 5.30 petang”

“ Nak ikut leh tak? Ana free petang ni,” Rozita memujuk sahabatnya untuk menyertainya.

“ Tak da masalah, insya Allah, kul 5.30 di Surau Parcel 8 ye. Jangan lewat tau. Naqibah mesti punctual,” Sumayyah mengingatkan Rozita dan dirinya sendiri.

Mereka berpisah di lif parcel 10. Rozita meneruskan perjalanan menuju lif parcel 6.

“ Oh ye, Su,” Rozita memanggil Sumayyah dan berpatah balik beberapa langkah.

Sumayyah yang baru melangkah ke dalam lif, menahan tangannya pada button OPEN lif tersebut. “ Ye,”

“ Apa kata kalau enti masukkan kisah persahabatan kita dalam novel enti,”

“ Bagus cadangan tu, memang dah masuk dah pun,” Sumayyah membalas sambil menarik purdahnya dan tersenyum. Memang begitulah keadaannya apabila sudah berada di blok asrama siswi.

“ Apa nama ana dalam novel enti?”

“ Enti ana namakan Aisyah iaitu watak paling nakal dalam novel ana,”

“ Heh, enti, tak nak la nakal….watak baik la…nama pun Aisyah. Eeii..bestnyer…nama ana Aisyah dalam novel enti, nama isteri nabi, Subhanallah, thanks,”

“Tak da apela, k, jumpe nanti insya Allah. Agak-agak rindu tu meh la ke bilik ana, macam tak biase lak..”

“ k, confirm, jap gi ana terpacak depan bilik enti, k,”

Sumayyah tersenyum. “ Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam,” balas Rozita. Mata mereka bertentangan. Lif tutup.

Satu mesej masuk:

“Su, nak gi tak jumpe adik-adik kite di Kuala Ponson? Ingat lagi tak? Rindu selalu..ingat lagi tak?”

Kampung Orang Asli Kuala Ponson Selangor:- Takkan sirna memori itu, ia segar di ingatan..ku merangkul kemas tubuhmu, erat kasih kita kau di dakapan..Aduhai adik! Dirimu bak kain putih..namun masih tiada lakaran warna nan indah..aku di kejauhan kan terus menongkah badai.. Menyahut seruan Ilahi..di tanah gersang mengaut khazanah ilmu..moga nun di sana..masih ada sinar hidayah..di balik kelam kan termaktub noktah bidayah..untukku memelukmu sebagai adikku seagama..duhai adik..jagailah hatimu nan suci..kan kucurahkan kasih sayang dan hikmah dari Tuhan kita..ketahuilah adikku….kenalilah DIA, DIA, ALLAH lah Tuhan kita semua..

Mesej Kak Zah dijawabnya dengan hati yang cukup sayu mengingatkan kenangan bersama adik-adik yang comel di Kuala Ponson.

Wallahua’lam.




(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."